Showing posts with label hd. Show all posts
Showing posts with label hd. Show all posts

Tuesday, June 9, 2026

BALIK KERTEH DAY 3

 Assalamualaikum semua,

Hari ketiga kat Kerteh, awal pagi pukul 6 lebih dah gerak ke Felda Ketengah Jaya untuk pi dialisis. Lepas habis dialisis ikut Edy pi ke dobi cuci baju, pastu pi beli roti paung, pi cari ikan dan sotong bakar. Sampai rumah, adik ipar singgah ke pasar malam sebab ada ramai orang. Bukan main meriah menu petang tu. Makan - makan dan makan jelah kerjanya.





sedap, lembut dan gebus


Kayu keramat

Ayam goreng RM2

popia dan satar goreng

apam balik


Thursday, May 28, 2026

PHOTO DIARY #17/2026

 Assalamualaikum semua,

Selamat hari raya aidiladha kawan-kawan. Raya kali ini kami tak balik kampung, beraya kat Selangor je. Aku ada join korban dengan adik ipar kat kampung juga. Hari ini aku ambil cuti tanpa rekod, lepas hd balik rumah la rehat. Esok aku kerja.

Jumpa badut buat belon kita suport beli 2 

Sentiasa suka pemandangan ini

Isnin lepas pertama kali guna tapak kat tangan

Menahan sakit, sakit masa dia cucuk jarum tu

Buat 2 jam je pertama kali pakai fistula kat lengan

Jarum tu dia pakai paling kecil tau, tapi besar dan panjang

Masa dia cucuk jarum tu, menitis gak airmata

Acik ni jiran aku, suka sangat bagi kata-kata semangat

Hari selasa aku kerja

Tak ramai, ada kawan pejabat belanja zus

Isnin aku cuti, jadi dia tak dapat borak jadi selasa tu sejam jugak teman dia borak



Tuesday, May 19, 2026

BENDA PALING DITAKUTI PESAKIT HD

 Assalamualaikum semua,

Khamis lepas kan aku ada cerita pasal kene ambil darah kan, setahun 3 kali kami kene ambil darah lepastu akan ada doktor review la kan. Sebab tu orang hd tetap kene jaga makan dan minum. Hari ini dah keluar keputusan darah tu, alhamdulillah masih nampak ok bacaannya. Aku memang jaga makan sebab tak nak kene marah dengan doktor hahahha. Walaupun tak cemerlang tapi kira lulus la jugak kalau periksa ni. 65% tu kira tahap bersih buah pinggang tu , kira cukup makan 65% yang sebelum ini aku 70% .

Hb masih lagi rendah, memang akan ada ubat diberi setiap kali buat hd

Paling penting sodium , calcium dan pottasium terkawal


Bacaan gula pun ok, alhamdulillah

Bacaan phospate pun terkawal, lega

Monday, December 1, 2025

OUTFIT HD DI HARI SABTU

 Assalamaualaikum semua,

Selamat pagi kawan-kawan semua, minggu ini nampak langit cerah hujan dah 2 hari tak turun. Masalah banjir di beberapa negeri pun dah makin pulih, banyak PPS yang sudah di tutup. Harapnya kalau hujan pun tak sampai banjir la ye di hujung tahun ini.

Outfit aku bila hd di hari sabtu memang tema santai, comot dan selekeh. Takde nak pakai makeup apa semua, memang baju  tshirt biasa, seluar track dan tudung sarung. Kecuali kalau ada kenduri kahwin baru la pakai elok sikit hehehe.


Seluar basahan biasa kat rumah je


Best stokin ini sebab panjang dan panas

Thursday, November 27, 2025

PHOTO DIARY #38/2025

 Assalamualaikum semua,

Ramai kawan-kawan tanya apa aku buat selama 4 jam hd. Macam-macam aktiviti boleh buat selain dari tidur dan berborak. Jom tengok aktiviti aku ye.

* Kak Suria amanda beberapa kali tanya aku pilih hd kenapa bukan capd. Kak, dana rasa takde masa dan tenaga untuk buat capd sehari 4 kali. Dana kan masak-masak, kene bangun awal pagi , lepas tu kadang fikir bila dah balik penat takut tak buat elok masa capd tu. Jadi dana pilih buat hd sebab lebih fleksible. 

Hari kerja elok la sikit bermakeup bagai kan

Lipstik merah lagi kan


Best baca buku ZRA ni


Awal pagi layan bersama ustaz 

Makan ni wajib tau

Air dan gula-gula


Layan tiktok dan shoppe


Main game


Cek kalendar , kot ada mesyuarat boleh ws untuk ingatkan boss

Cek email

Wednesday, November 26, 2025

TERLALAI

 Assalamualaikum semua,

Kisah semalam tengahari, lepas hd aku masuk pejabat macam biasa kebetulan semalam Aiyan cuti sebab penggiliran SPM. Bila aku masuk pejabat ada kawan datang  untuk bincang pasal jamuan jumaat ini. Sambil bincang jari ni gatal dok garu kaki. Rasanya luka kecil je tapi aku rasa ada benda mengalir, bila tengok kat kaki dah ada darah, lap dengan tisu, mengalir lagi rasanya 3 tisu jugak penuh darah. Aku dah cuak, nasib la ada hansaplast so lepas cuci dengan antiseptic letak la plaster tu. Tapi tak lama tu darah masih lagi banyak sampai mengalir keluar dari plaster tu. 

Silap aku sebab, sebelum habis hd memang akan diberi ubat untuk cair darah. Aku terlupa tentang tu, memang panik la juga. Dalam pukul 2 petang ada budak pejabat ambil kain kasa tu dia suruh balut kat kaki selepas letak plaster. Lewat petang dalam pukul 3 masih ada darah keluar lagi balut lagi sampai rumah malam baru ok. Memang berdebar jugak masa jadi, kepala pening sebab darah banyak jugak keluar. Silap sendiri kan harap lepas ni beringat la supaya tak gatal mengaru sampai berdarah.

Plaster yang kedua pun berdarah gini... masa tu memang dah debar dah