Tuesday, June 30, 2020

AKTIVITI PAGI AHAD DAN BALIK KE RUMAH SEMULA

Assalamualaikum semua,

Kami gerak balik ke Selangor semula pada pagi ahad, selalunya aku memang akan bangun awal pagi ahad tu. Pagi tu lepas setel buat sarapan, makan sarapan jalan-jalan depan rumah, tepi rumah tengok pokok-pokok mak. Tengok apa yang boleh di songlap untuk bawak balik heheheh. 

Benda yang paling aku geram adalah pokok mulberi emak, geram betul tengok pokok mulberi emak yang lebat berbuah dan banyak sangat pucuk dia. Tak macam aku punya pangkas 1 keluar 1 pucuk je, emak punya pangkas 1 keluar banyak pucuk huhuhu




yang ini mak tanam tepi jalan depan rumah... siap kata sesiapa nak ambil buah nya ambil lah... banyak gila buahnya

nampak pucuknya banyak baru tumbuh lepas mak pangkas

masa ni masih banyak yang merah lagi, belum warna maroon atau hitam... kalau petik pun masam sangat

ada 3 pokok yang mak tanam depan rumah... 2 pokok memang berbuah lebat... 1 pokok baru tanam 

nampak banyak pucuk keluar bila mak pangkas... geram betul nengok

rasa macam nak bawak balik sepokok tanam kt rumah aku hidup tak gini heheheh
betul-betul depan rumah tepi jalan je pokok mulberi emak ni

ini pemandangan yang paling aku suka tengok bila balik kampung

ini pokok utama, pokok mulberi pertama yang mak tanam... yang kat depan rumah tu dia berasal dari pokok ini lah

macam bunga raya bunga nya tapi bukan bunga raya

entah pokok apa entah
cantik betul bunga kertas emak, bunga kertas aku entah tak menarik gini pun



yang ini pun cantik je warnanya

paksu yang dah balik kampung... 

mintak paksu cabutkan pokok serai... gemok-gemok pokok serai emak

walaupun dah tak berapa subur pokok rose jepun emak, tapi tetap jugak aku songlap sebab ada banyak color

cendawan kukur yang emak tanam sendiri... sedap nya tak terkata wei

kulit lembu masak tumis pun sedap... aduhai layan betul

sebelum balik semula mesti singgah rumah atuk dan nenek, salam-salam sebelum balik

berhenti kat RNR seremban, ada budak tu nak makan burger layan la a&w lama tak makan rootbear float tu

sesi pembahagian harta dari kampung... 

bukan main posing... sedangkan berat tu hahahhaha

tengok la pokok mulberi aku, memang takmo membiak ke apa entahla... merajuk aku

sunyi dah bilik ni bila paksu dah balik kampung terus dah... jadi bilik baju dan bilik solat jelah

bekal rendang daging dari emak

sambal paru dan hati dari emak jugak

Monday, June 29, 2020

AKTIVITI DI KAMPUNG JUMAAT DAN SABTU

Assalamualaikum semua,

Maaf hari ini lambat buat entry, aku masih cuti rehat lagi hari ini. Saja je nak melepak di rumah, paksu dah balik kampung jadi esok dan hari seterusnya Aiyan akan ikut aku ke pejabat selagi sekolah tak buka lagi.

Kami gerak ke kampung dalam jam 9.30pagi dan sampai ke kampung dalam jam 3.00 petang. Sepanjang jalan hujan renyai dan ada 3 kemalangan itu yang lambat tu. Tapi kami selamat sampai.... alhamdulillah terubat rindu dengan semua kesayangan di kampung. Dapatla juga merasa jaga pakcik yang sakit dikampung. 

Jom kita cerita bergambar sepanjang 2 hari dikampung. Hari ahad nanti aku kongsikan esok ya.

Masa ni perjalanan lancar lagi masih belum hujan

Simpang selepas melepasi tol simpang renggam 

Dah sampai kampung... cuaca elok panas je

Menu mak masak untuk kami... tumis pakis

Ikan tenggiri masak lemak kencur

Kegemaran kami semua

Sampai je terus mandi lepastu baru makan

Makyan saja goda dengan kek yang sedap ni... termakan jugala 3 sudu

Memang heavenla masakan mak... lupa dah segala diet ke eat clean bagai

Bila kami balik mak abah mestu beli ikan tenggiri sebab kami kata di bandar mahal... mak kata kat kampung sekilo rm20 je

Pisang 40hari yang comel dan manis

Nangka yang sedap, ada kawan abah bagi

Hari sabtu mak masak menu ayam kampung masak kicap

Petang keluar pergi beli barang sikit dan singgah di penghujung tambak pontian... 

Makngah rekemen CKT udang besar nih, sedap lak tu

Malam tu makngah buat tart nenas untuk kami dan maktek... sedap

Friday, June 26, 2020

RESEPI BINGKA LABU

Assalamualaikum semua,

Seperti biasa di hari jumaat kita akan berkongsi resepi ya kawan-kawan. Hari rabu kan aku ada cerita dapat poslaju sukun dan labu dari kampung yang sukunnya busuk tapi labu selamat. Jadi labu tu aku buat bingka, maktek la yang suruh buat bingka. Gigih la aku cuba tapi hasilnya memang mantap, sedap manis lemak nya tu memang terbaikla.

Bahan-bahan:

2 cawan labu lenyek 
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
3 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
bijan secukupnya

Cara masak:

- Potong labu dalam bentuk kiub dan kukus hingga lembut, lepas lenyek kan hingga halus ( tapi aku tak lenyek halus sangat)
- Masukkan tepung, santan, telur, gula pasir, garam dan mentega cair dan pukul hingga sebati, atau boleh juga di kisar dalam pengisar
- Tuangkan bahan kisar dengan labu lenyek dan gaul hingga sebati
- Masukkan bancuhan ke dalam acuan atau loyang yang telah di gris dengan minyak, tabur bijan di atasnya
- Bakar dengan suhu 175 untuk 40-50 minit atau bergantung pada kerak atas yang kekuningan.


kita kukuskan lah labu ini ya

selepas di kukus selama 15 ke 20 minit

aku takde alat untuk lenyek labu ni, aku guna cawan je... itu tak halus sangat

ini lah bahan-bahan utamanya ya

nampak rupanya... kita gaulkan sebati

setelah sebati semua sebelum di bakar

jangan lupa tabur dengan bijan ya

tambah bagi banyak bijan hehehhe


bau dia masa bakar memang harum
dia naik juga sikit... 
aku suka yang garing gini atasnya
masih suam-suam potong untuk bagi rumah maktek
boleh rasa texture labu tu yang tak halus sangat
selamat mencuba ya