Tuesday, June 23, 2020

HAPPY BIRTHDAY MAKTEK DAN HAPPY FATHERS DAY

Assalamualaikum semua,

Ahad malam hari tu kami ada buat sambutan sikit, sempena hari bapa dan hari jadi maktek. Sambutan yang ringkas je tapi seronok la juga bila kami dapat berkumpul. Sampai aku lupa nak ambil gambar menu hari tu. 

Menu malam tu Penne carbonara, ayam bakar ala dominos, kek dan durian. Memang lupa sangat nak ambil gambar makanan, sibuk layan tetamu heheheh.
Paling seronok mesti lah Aiyan dan Ecah malam tu, bila dapat jumpa memang la mereka bukan main ligat, walaupun hampir tiap hari jumpa hehehhe.

Beli kek cocoa indulgence di kedai Pistachio je
dah lepas habis makan menu utama baru ambil gambar dengan kek, orang yang dirai... budak 2 ketul tu dah tak sabar nak makan kek

Aiyan la yang paling seronok, dari awal dah tanya bila nak makan kek heheheh

dia pun nak potong kek sekali...tak sabar sangat dah tu

makan kek bersama-sama 
meja aiyan la berguna di waktu begini hehehhe
petang tu maktek bagi durian bawa dari raub.. kita layan durian lagi
ambil gambar sambil makan durian, blur jadinya hahahha

33 comments:

  1. durian raub memang power sedapp kan kak dana., lagi2 kalo durian free., kehkeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu wak adik.... udah adik ipar bagi takkan kita nak tolak kan... rezeki jangan di tolak wak adik

      Delete
  2. Replies
    1. beli kecik je kek nya, besar kang tak habis lak

      Delete
  3. happy fathers day untuk semua.. ;)

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat raikan hari bapa dan harijadi ramai-ramai.
    Dapat bayangkan makanan Dana tulis lebih-lebih lagi ayam panggang Domino's tu Dana pernah tunjuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tulah kak, sementelah ada paksu jugak tambah meriah

      Delete
  5. Replies
    1. terima kasih wak, kakaknya jawabnkan bagi pihak

      Delete
  6. birthday orang lain tapi aiyan kat depan ea hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti, mula-mula beria dia ingat birthday dia... tiap kali ada kek memang dia kata birthday dia

      Delete
  7. selamat hari bapa. epi besday utk maktek

    ReplyDelete
  8. Kalau menu Dana, takde gambar pun akak dah boleh bayangkan banyaaak dan sedap2..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe alah kak, gambar boleh menipu kadang

      Delete
  9. masuk blog ni memang kena bersedia mental dan fizikal..Hahha..
    makanan sedap2.. rasa nak melangkah ke dapur je nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah alah langkah jelah kak, apa barang lepak ruang tamu je

      Delete
  10. Kalau mkn ramai2 suanya terasa sedap..

    ReplyDelete
  11. Hi good night, how are you? Do you accept one following the other's blog? We can be friends (there is no distance for friendship) and partner with our blogs. https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  12. Seronok dapat sambut ramai2..terasa meriahnya

    ReplyDelete
  13. nampak sedap sangat kek tu Dana terliur lak kak ana hehe :)

    ReplyDelete
  14. durian!! oh durian!! sedap durian tu dana oii. kat sini takda lagi. tetiba aku craving truk nak makan durian lak. hpy birthday mak teh, cumel dan nampak sedap lak kek tu. dgr menu kau pun aku dpt imagine sedap, pehal weh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sana takde musim durian lagi yek, lambat la pulak belah sana

      Delete
  15. sanah helwah maktek n selamat hari bapa...meriah sambutannya tu

    ReplyDelete
  16. nampak sedap kek tu..menarik pattern belah atas dia tu...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...