Friday, June 26, 2020

RESEPI BINGKA LABU

Assalamualaikum semua,

Seperti biasa di hari jumaat kita akan berkongsi resepi ya kawan-kawan. Hari rabu kan aku ada cerita dapat poslaju sukun dan labu dari kampung yang sukunnya busuk tapi labu selamat. Jadi labu tu aku buat bingka, maktek la yang suruh buat bingka. Gigih la aku cuba tapi hasilnya memang mantap, sedap manis lemak nya tu memang terbaikla.

Bahan-bahan:

2 cawan labu lenyek 
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
3 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
bijan secukupnya

Cara masak:

- Potong labu dalam bentuk kiub dan kukus hingga lembut, lepas lenyek kan hingga halus ( tapi aku tak lenyek halus sangat)
- Masukkan tepung, santan, telur, gula pasir, garam dan mentega cair dan pukul hingga sebati, atau boleh juga di kisar dalam pengisar
- Tuangkan bahan kisar dengan labu lenyek dan gaul hingga sebati
- Masukkan bancuhan ke dalam acuan atau loyang yang telah di gris dengan minyak, tabur bijan di atasnya
- Bakar dengan suhu 175 untuk 40-50 minit atau bergantung pada kerak atas yang kekuningan.


kita kukuskan lah labu ini ya

selepas di kukus selama 15 ke 20 minit

aku takde alat untuk lenyek labu ni, aku guna cawan je... itu tak halus sangat

ini lah bahan-bahan utamanya ya

nampak rupanya... kita gaulkan sebati

setelah sebati semua sebelum di bakar

jangan lupa tabur dengan bijan ya

tambah bagi banyak bijan hehehhe


bau dia masa bakar memang harum
dia naik juga sikit... 
aku suka yang garing gini atasnya
masih suam-suam potong untuk bagi rumah maktek
boleh rasa texture labu tu yang tak halus sangat
selamat mencuba ya

41 comments:

  1. rajinn.. nmpk sedap je labu lemak manis tuuh

    ReplyDelete
  2. Rajinnnnn sungguh ko Dana..
    Dekat dah hulur pinggan Minta sepotong 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe jenis teringin nak makan kene masak sendiri

      Delete
  3. sedap tu dana. teruskan berkongsi resepi tradisi di sini.

    ReplyDelete
  4. rajinnya.. kami suka cuma tak makan banyak kuih ni. tu yg kdg bila teringin kami beli je. tapi kalu ada org beri labu free memang kami kena buat jugak la sambil2 bagi jiran sikit sorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun tak makan banyak, bagi kat jiran-jiran dan adik

      Delete
  5. suka labu.. Tapi sekarang tengah diet. Punya banyak bookmark resepi ni. nak makan bila dah kurus nanti. Hahha

    ReplyDelete
  6. bingka labu memang sedap
    dah lama tak buat
    hihihi

    ReplyDelete
  7. Wak suka sangat bingka labu ni
    Buat kuih koci pun sedap.

    ReplyDelete
  8. NAMPAK HALUS LABUNYA ELOK DIBUAT BINGKA RAJIN DANA

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis labunya pun elok lemak apa semua kak

      Delete
  9. Aduhai... dulu selalu buat bingka labu style begini juga... sedapnya! Lama sangat tak godek tepung, tak kukus labu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak, akak tu kejap je kang jadi lah tu

      Delete
  10. rajin betulll dia memasak..nampak sedap tu. nnt boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin kene masak sendiri... baru lah dapat hasilnya hehehhe

      Delete
  11. sedap Dana, tapi kak ana ni tak tahan makan labu, berangin satu badan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang nya kak, tapi bila dah angin tu nk makan lagi pun tak seronok

      Delete
  12. Yang terbakar atas dia tu yang akak suka. Dengan bau bijan 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bagi atas dia garing kak ... best kan

      Delete
  13. dengan rupa yang menyelerakan ..memanng sedap giler nie..

    alhamdulillah

    ReplyDelete
  14. Kalau kat utara panggil bengkang..sedap tu buat makan petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bingka dan bengkang tetap sama rasanya

      Delete
  15. Rajin Dana! akak pun suka juga makanan yang berunsurkan labu. Lemak manis kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lemak manis tak tambah gula banyak pun sedap

      Delete
  16. Dana, nanti bagi detail pengeposan kat ruangan email blog akak ya 😊

    ReplyDelete
  17. Nampak sedap..tai sygnya akak x makan labu la....

    ReplyDelete
  18. haa..yang garing atas tu yang tambah sedap bingka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, itu yang saja buat garing2 atasnya

      Delete
  19. Boleh try ni.... Tak pernah buat bingka ...baru baru ni buat jemput jemput.
    Bukan main lagi gambo bawah tu, bingka berposing hihi

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...