Monday, June 8, 2020

CARA AKU SIMPAN LAUK DALAM PETI

Assalamualaikum semua,

Selamat pagi korang, selamat bercuti umum hari ini ye. Esok kerja seperti biasa, lepas ni mesti ramai kawan-kawan yang balik kampung lepas dibenarkan rentas negeri pada 10 jun. Apa pun sila utamakan kebersihab diri, pakai pelitup dan sentiasa ikuti SOP yang diberi. Siapa tak rindu mak ayah kita di kampung kan.

Oklah, cara aku simpan bahan basah dalam peti. Aku simpan dalam bekas pakai buang ni, tulis siap-siap apa isinya. Supaya mudah nak diguna nanti, paling penting bahagian dada ayam tu kene asing, kalau campur sekali bila masak  mesti tak laku. Jadi kita asingkan untuk buat masakan yang sesuai, macam ayam butter, popcorn ayam, ayam goreng kunyit dan masuk dalam mee atau nasi goreng. 

Masa sebelum bersihkan ayam dah tulis siap-siap

Nasib peti ais lama masih ada lagi, dapatla buat isi lauk juga


Bila dah tulis, bila nak suruh paksu or papa keluarkan pun senang

36 comments:

  1. Akak pun buat mcm ni jugak tp malas nk tulis2 bagai...sbb akak ingat tp kalau suruh anak2 yg amik atau kuarkan..mesti salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak tulis susah kak oi, sebab bila dah beku macam sama je semua

      Delete
  2. Sama juga isi dalam bekas ni. Senang nampak. Ada ditulis atas ada tak.



    ReplyDelete
    Replies
    1. kene tulis atas dengan tepi kot ada yang terhilang tulisannya

      Delete
  3. aku dalam plastik je, tu lah if beli lauk tu akan simpan dalam plastik yg berasingan, cukup2 tuk sekali makan. space saver

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu simpan dalam plastik jugak, tapi sekarang lama dah tak beli plastik zip lock tu, boh dalambekas je tapi tulah keburukannya banyak bekas lak menimbun bila dah habis isi hehehe

      Delete
  4. Akak pun buat camni, asingkan siap2 dan tulis portion/menu.
    Senang nak masak tinggal amik ikut keperluan, menu apa. Tak yah fikir nak masak apa ni ekk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana kekadang je siap2 tulis menu kak hehehe...

      Delete
  5. Senang nak cari sebab kalau dah beku nampak macam sama jae.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tuh, bila dah beku lebih kurang je rupanya wak itu kene tulis

      Delete
  6. Sama la...kena guna bekas jernih..kalau tak...nnt susah nak suruh anak keluarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kita mungkin la kenal kot dah belek-belek tapi kalau suruh suami/anak ke memang payah

      Delete
  7. Fiza pun simpan dalam bekas ni cuma tak label je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak label nanti tak jumpa dik, sebab selalu sekali beli ayam paling kurang 2-3 ekor lebih lagi time PKP nih... tak kira lagi ayam kampung or ayam pencen

      Delete
  8. Assalamualaikum. Wah memang kemas, tak serabut mata memandang bila bukak peti. lagi menambah semangat nak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.... kadang mood masak tetap malas jugak walaupun gini keadaan peti nya

      Delete
  9. dana, nanti refer ---> https://www.adianiez.com/2020/05/jom-blogwalking-follow-peserta-segmen-blog-adianiez.html

    awak bertuah utk segmen aida.

    ReplyDelete
  10. Sha pun guna bekas ni. Senang nak nampak isi dalam apa. Sebelum ni guna bekas aiskrim asyik tertipu je πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kene guna bekas transparent gini senang nampak isi

      Delete
  11. Sama gak cara simpan bahan mentah, cuma tak label je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak label kadang tak nampak sangat jenis mls nk bukak-bukak itu yang label senang kerjaan

      Delete
  12. haaa sama jugak, kita pun simpan dalam tupperware camni tapi takde label lah...nak masak kena jenguk satu2 dulu apa bahagian dia..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab akak lagi malas nk jenguk itu tulis siap2 senan nak kuarkan terus nnti kalau nk masak

      Delete
  13. akak tulis gak dana.. tulis tarikh esp. takut over sgt time dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itu mesti banyak stok tu kak... dana selalu paling lama pun untuk 2 minggu je kak hehehe

      Delete
  14. Saya pulak biasanya asingkan ayam untuk gulai, sup semua masuk bekas. Yang bahagian dada tu asing masuk plastik, asing untuk mee, masak kunyit ke, buttermilk ke macam tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang la cara kita ye, kadang guna plastik juga bila nak jimat tempat

      Delete
  15. baguss..akak pun buat macam ni cuma takde buat label la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak label susah nk jumpa kak hehehhe...

      Delete
  16. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  17. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...