Monday, June 29, 2020

AKTIVITI DI KAMPUNG JUMAAT DAN SABTU

Assalamualaikum semua,

Maaf hari ini lambat buat entry, aku masih cuti rehat lagi hari ini. Saja je nak melepak di rumah, paksu dah balik kampung jadi esok dan hari seterusnya Aiyan akan ikut aku ke pejabat selagi sekolah tak buka lagi.

Kami gerak ke kampung dalam jam 9.30pagi dan sampai ke kampung dalam jam 3.00 petang. Sepanjang jalan hujan renyai dan ada 3 kemalangan itu yang lambat tu. Tapi kami selamat sampai.... alhamdulillah terubat rindu dengan semua kesayangan di kampung. Dapatla juga merasa jaga pakcik yang sakit dikampung. 

Jom kita cerita bergambar sepanjang 2 hari dikampung. Hari ahad nanti aku kongsikan esok ya.

Masa ni perjalanan lancar lagi masih belum hujan

Simpang selepas melepasi tol simpang renggam 

Dah sampai kampung... cuaca elok panas je

Menu mak masak untuk kami... tumis pakis

Ikan tenggiri masak lemak kencur

Kegemaran kami semua

Sampai je terus mandi lepastu baru makan

Makyan saja goda dengan kek yang sedap ni... termakan jugala 3 sudu

Memang heavenla masakan mak... lupa dah segala diet ke eat clean bagai

Bila kami balik mak abah mestu beli ikan tenggiri sebab kami kata di bandar mahal... mak kata kat kampung sekilo rm20 je

Pisang 40hari yang comel dan manis

Nangka yang sedap, ada kawan abah bagi

Hari sabtu mak masak menu ayam kampung masak kicap

Petang keluar pergi beli barang sikit dan singgah di penghujung tambak pontian... 

Makngah rekemen CKT udang besar nih, sedap lak tu

Malam tu makngah buat tart nenas untuk kami dan maktek... sedap

28 comments:

  1. adoi...segala jenis masakan sedap sedap ditayangkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah bila balik kampung... ini pun teringat-ingat lagi

      Delete
  2. Balik kampung rasa air tangan emak.
    Siap mak ngah buat biskut raya walaupun sudah habis raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. air tangan mak kan specaial, tart tu kebetulan inti ada lagi itu yang gigih malam-malam dia buat

      Delete
  3. Balik kampung je terus makan sedap. Heaven!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, apa la artinya nak diet kan heheheh

      Delete
  4. seronok dpt blk kampung mkn mcm2 menu kn..sedapnya nangka tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak nangka orang bagi, sedap manis...

      Delete
  5. Masakan emak mmg sedap..
    Tu yg sentiasa teringat nak balik kg Kan Dana..
    Akak tengok pun dah cucur air liur🤤🤤🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, walaupun masakan simple tapi sedap lain macam

      Delete
  6. Bila bila teringin nak masak lemak cekur tulah Dana...mcm sedap je. Kalau mak zaman dia kuat dulu dia masak lemak cekur ni guna ikan tuka, anak pari tu...
    Mmg syoklah kan makan masakan mak...hakak lama dah tak rasa huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak tak kisah macam-macam guna untuk masak dengan kencur... semua layan je janji pekat dan banyak rasa kencurnya

      Delete
  7. Masakan mak adalah masakan yang paling sedap di dunia hehehe

    ReplyDelete
  8. masakan mak memang terbaik!!!

    uii best char kuey tiaw tuuu udang besaarrr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kadang mak goreng telur mata pun rasa sedap macam apa...

      Delete
  9. kalau balik kampung memang lupakan jelah pasai diet.. Rugi..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mmg rugi kalau diet, sebab compom takkan jadi

      Delete
  10. Lemak kencur tu adududud *meleleh air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheeh itulah kita yang tengok pun teringat2

      Delete
  11. Masakan emak tiada tandingannya.
    tentu seronok dapat pulang ke kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wak, alhamdulillah seronok sangat

      Delete
  12. untunglar masih ada mak abah kat kampung tuuuh., ;p

    ReplyDelete
  13. nahh confirm ke laut lah diet camni, sedap2 masakan kampung, kegemaran semua tu weh.

    ReplyDelete
  14. Kak Dana memang terer membuatkan ku berliur. haha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...