Showing posts with label WW. Show all posts
Showing posts with label WW. Show all posts

Wednesday, August 26, 2026

WW JEREBU DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR MAKIN TERUK

Assalamualaikum semua,

Jerebu makin teruk, semalam petang hujan lebat dekat rumah tapi pagi tadi masa keluar rumah, bukan kabus tapi jerebu. Jaga diri kawan-kawan ya.

macam kabus tapi bukan


pagi tadi nampak mendung je tapi bukan sebab nak hujan tapi sebab jerebu tebal


Wednesday, August 5, 2026

WW GELANG KRISTAL

 Assalamualaikum semua,

Ini lah masalah bila selalu layan live tiktok, ternampak dan terbeli.

cantik kan 

cuma kat tangan aku yang gelap ni nampak tak berapa cantik hahahah



adakah kene beli lagi 1 lagi gelang kristal heheheh

Wednesday, July 29, 2026

WW BIZIIII

 Assalamualaikum semua,

Semalam PUB bagi surat dia mesyuarat kat Johor, suruh setiausahanya buat tuntutan perjalanan,. Sudahnya hari ini dia duduk depan aku bercerita perjalanan dia ke sana. Gini la kerja setiausaha, kerjanya sibuknya bermusim, ada masa kita boleh buat kerja santai ada masa kene cepat.



Kenapa jadi mcmni lak ye kalau ambil gambar pc... 


Wednesday, July 22, 2026

WW JERUK KELUBI @ ASAM PAYA

 Assalamualaikum semua,

Terjumpa di kedai jajan, beli sebab nak makan tapi makan sebiji pun dah kemasaman. Kenal tak buah kelubi atau asam paya ni?







Wednesday, July 15, 2026

WW NAMPAK MACAM TAK BERGUNA, TAPI KALAU HILANG....

 Assalamualaikum semua,

Nampak macam tak berguna, makan , tidur, berak, kencing tapi kalau dia hilang memang kita yang tak lena tidur mencari. 

Gini lah dia sambut kita tiap petang masa balik kerja





Wednesday, July 8, 2026

WW BILA BURUNG CIRIT

 Assalamualaikum semua,

Kejadian semalam petang, bila parking bawah pokok.

meriah

bila parking bawah pokok ini lah hasilnya


malam tadi suruh Edy cuci kereta

kilat dah

Wednesday, July 1, 2026

KESAN JARUM DI FISTULA



 Assalamualaikum semua,

Walaupun dah selalu kene cucuk tetap juga rasa sakit dan seram.

Macam kene gigit ular ke kene gigit drakula, hujung jarum tu kan besar
Macamni rupa jarumnya 


Lewat petang baru aku bukak plaster ni, kalau bukak awal darah masih akan keluar., plaster ni menekan di tempat jarum tu

Wednesday, June 24, 2026

IF MY MIND WAS A ROOM, HOW WOULD IT LOOK LIKE?

 Assalamualaikum semua,

Ini semalam ternampak di blog MY Azian Khalil  lepas tu rasa nak cuba jugak lah. Kadang kita kan takde idea, jadi aku buat dekat chatgpt dan gemini. Ini hasilnya

. Sign in chatgpt atau gemini
2. Create image
3. Guna prompt ni, " If my mind was a room, how would it look like?"
4. Generate image!
5. Buat posting guna gambar tersebut.

Ini chatgpt memang sesuai sebab aku suka gelap-gelap ni

Ini pulak gemini, cuma nampak macam genius sangat la kan dahla dalam library heheheh 


Wednesday, June 10, 2026

WW JARUM FISTULA AV

 Assalamualaikum semua,

Jarum cucuk fistula ada 3 jenis, buat masa ni aku dah guna 2 jenis tunggu sikit hari lagi naik taraf guna jarum paling besar. 


Ini pun dah nampak besar kan

Jarum pink ni guna pertama kali pada 25 Mei 2026


Ini mula guna 6 Jun 2026

Jarum besar boleh sedut volume darah  yang banyak lagi, baru cucian tu bersih

Wednesday, April 29, 2026

WW BIZI

 Assalamualaikum semua,

Biasalah setiausaha ni kadang memang nampak takde kerja, tapi ada masa bila dah banyak kerja gini la

Layan sekerim malaysia jap

Wednesday, April 15, 2026

WW SIPUT SEDUT

 Assalamualaikum semua,

Hari tu ada beli siput sedut siap siang buang montot dan cuci. 400g dapat RM18 walaupun agak mahal tapi puas hati sebab siput bersih dan besar. Orang rajin gini lah kan.


Puas hati besar-besar, sebelum ini pernah beli online tapi siput kecik dan tak boleh nak sedut

Wednesday, April 8, 2026

WW KELAS ROTI AIYAN

 Assalamualaikum semua,

Seminggu 2-3 kali dia bawak balik roti, donat, pizza.








Bomboloni dia dh mkn, ini dia bawak balik