Tuesday, July 5, 2022

KENDURIAN = KENDURI DURIAN

 Assalamualaikum semua,

Projek 2 minggu lepas rasanya ni, buat rancangan dengan kawan pejabat buat kenduri durian. Jadi kami cari pembekal durian beli durian RM300.00 lepas tu kongsilah makan di pejabat, ada juga dimasak jadi serawa dan makan dengan pulut.

Buatnya hari jumaat, isnin tu masuk pejabat masih ada bau lagi durian tu hhehehhe.

Banyak ini duriannya

serawa durian di lawankan dengan roti dah siap masak, ada jua santan dan gula melaka


Sesi membuka durian 

kawan dekat pintu tu je yang tak makan durian heheheh kesian dia


dah siap kopek untuk di makan dengan pulut

durian makan dengan pulut, santan dan gula melaka ini cara orang kelantan, sedap


kerani aku yang paling sibuk

Monday, July 4, 2022

PROJEK ALBUM GAMBAR

 Assalamualaikum semua,

Beberapa minggu lepas aku ada buat projek album gambar, dok pilih gambar raya tahun ini dan tahun lepas kumpul dan cetak lepas tu masukkan dalam album gambar. Dulu senang jumpa album gambar di Mr Diy tapi sekarang dah takde dah rupanya. Aku cetak gambar guna aplikasi pixajoy je, senang , cantik hasilnya dan harga pun berpatutan sangat. Beli album gambar jenis yang melekat atau `sticky` agak mahal harganya tapi demi nak siapkan projek ok je.

Bila dah di susun dalam album, suka betul belek satu-satu gambarnya tu. Puas lain macam tengok album dari belek di hp atau pc je. 

*Ada ke kawan-kawan yang tak boleh komen di blog aku ni? Sebab makin lama makin sepi blog aku ni, sebab ada pernah kena kes tak boleh tinggalkan komen di blog, kot la ada terjadi gitu bagitau aku ya.

Asingkan gambar ikut kategori

album yang aku beli

cetak dengan pixajoy dia masuk dalam bekas kotak macamni, kemas tersusun

Ini gambar untuk projek album kedua pulak

video album gambar yang siap disusun

Friday, July 1, 2022

RESEPI UDANG MASAK LEMAK CILI API DENGAN NANAS DAN SELASIH

 Assalamualaikum semua,

Rajinkan diri untuk selalu masak dan boleh kongsi resepi dekat blog ni. Sejak aku hilang dekat 3 bulan blog aku makin sunyi dari pengunjung, sedih jugak kengkadang. Takpelah blog picisan mana lah ada yang kenal sangat kan.

Jom aku kongsikan resepi masak lemak cili api udang dengan nanas dan selasih. Kebetulan memang lama dah tak masak lemak cili api dengan nanas ni, kebetulan aku ada beli pokok selasih dan pernah terbaca sedap masak lemak udang dengan selasih jadi aku cubalah. Memang makin sedap dan bau dia pun harum je.

Bahan-bahannya:

1 kilo udang

3 ulas bawang putih, kisar

4 biji bawang merah kecil, kisar

15 biji cili api hijau, kisar

2 inci kunyit hidup, kisar

2 batang serai, ketuk

2 helai daun limau purut

Segenggam daun selasih ( kalau tak ada pun takpe)

1 kotak santan kecil

1 biji nanas

air secukupnya

Cara Masak:

- Masukkan bahan kisar, serai dan air. Masakkan dengan api sedang untuk 5-10 minit.

- Bila bumbu macam dah masak masukkan nanas gaul dan tutupkan periuk, masak untuk 5 - 10 minit.

- Bila nanas dan layu masukkan 1/2 cawan air dan udang, gaulkan rata tutupkan kejap biar udang masak sikit

- Tambahkan santan , air, daun selasih dan garam. Kacau selalu jangan sampai pecah minyak santannya tu bila dah mendidih sikit boleh matikan api. Jangan masak lama sangat udang tu nanti keras pulak.

bahan utama






harum je tau bau daun selasih tu

ini lah dia daun selasih tu, bahasa inggerisnya `sweet basil`, kalau bahasa indonesia di panggil kemangi.

Thursday, June 30, 2022

PHOTO DIARY #17/22

 Assalamualaikum semua,

Berjumpa lagi kita di segmen `photo diary` terasa kejap pulak dah sampai hari khamis. Tanpa berlengah lagi jom la kita layan cerita bergambar ya.

Hari sabtu jarang dapat sarapan dekat luar sebab Edy kerja, tapi sabtu lepas dia tak kerja apa lagi sarapan dekat luar lah terus tutup dapur hehehe

masih tak berani pakai pakai seluar jeans lagi

hari ahad ada kenduri kahwin anak pada akak cleaner pejabat, sedap semua menu nya

terima kasih akak jemput kami sekeluarga, semua bergambar belakang Aiyan nak nampak kecik kan heheheh

balik dari kenduri jenjalan ke Aeon Wangsamaju lepas tu balik singgah beli lokching

pokok mulberi bila kene cantas pendek memang dia akan mula berbuah banyak

Aiyan dengan seluar pendek pisang yang dapat dari makciknya di kampung

petik apa yang perlu di kebun tepi rumah

aku suka roti inti kelapa, tapi bila dapat inti kelapa putih melepak gini memang terbantut mood nak makan

tumpang bergambar dengan cermin besar bilik boss hehehhee

cantik tak butang kita yang baru tu?

kalau masuk kereta dia senyap je toleh belakang memang tengah lena lah 

kerepek sukun yang maktek bawa dari kampung

dari khamis lepas sampai minggu ni adik bongsu aku ada urusan di kampus, mesti mak aku rindu dia takde seminggu 

tepi laut di tambak Pontian

si Aisyah ni memang fotogenik dan fotogedik heheheh... cantik gambar ni aku suka
semalam maktek bagi rojak petis, sedapnya lahai

Wednesday, June 29, 2022

WW 3 BERADIK SIAM


Assalamualaikum semua,

Tiga beradik siam  yang ada dekat rumah, oh iya emaknya pun siam.


Ini abang ngah, Cik Teh anak batch pertama

dia tak suka aku ambil gambar atau video dia

Cik Bu ni batch pertama juga, tapi badan selim je muka memang siam sungguh

si Susu, batch terakhir paling bongsu lah ni paling nakal. Muka memang sombong dia tak suka kalau aku yang pegang dia, dia suka atok dia je

Tuesday, June 28, 2022

JOM KITA BERINAI...

 Assalamualaikum semua,

Aku perasan lepas keluar dari hospital bulan 4 haritu selain rambut aku yang banyak gugur kuku aku pun jadi rapuh. Tak pernah jadi macamni lepas tu makin teruk pulak jadinya. Selain cari suppliment aku cuba pakai inai daun kirim dekat maktek. Kat kampung memang ada pokok inai besar pokoknya. Harapnya akan pulihla masalah kuku rapuh ni.


ini daun inainya, bercinta betul nak asingkan daunnya tu

Dapat lah banyak ini


jari sebelah kiri masa ni belum teruk lagi tapi tepi-tepi kuku tu dia mula rapuh dah


jari belah kanan la paling teruk, paling tak tahan dok tertarik kat tudung lah telekung memang tak selesa

paling teruk ibu jari kanan


belah kiri aku pakai sendiri, jari belah kanan tu Edy yang pakaikan hahhahh comot

Lepas pakai sekali warna oren-oren

esoknya aku pakai lagi

nampakla pekat sikit, udah macam baru kawin lak pakai inai rupa gini

comot lah aku pakai lupa nak boh selotape hahahha... gasakla labu