Tuesday, December 20, 2022

TELUR OH TELUR/EGG/ ENDOK

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat lepas balik kerja ajak Edy cari barang dapur. Ke pasaraya Giant yang dekat dengan rumah nampak depan pintu masuknya bukan main banyak telur papan. Telur saiz A dan B, harga pun cun betul, lepas tu beli lah 1 papan dia limit 2 papan sahaja. Udah kami pun bukan ada niaga kot buat kuih ke apa kan jadi beli 1 papan jelah. Nak beli 2 papan takut lambat habis kang rosak pulak.

Saiz A RM13.50, saiz B Rm12.90 murah kan?

aku fikir mungkin masalah telur dan makin pulih kot



Bab pilih telur cek helok ke tak selalu memang kerja Edy lah

telur yang 10 biji pun banyak harga yang jenama giant pun murah dalam RM4.00 lebih je


hari ahad buat masak sambal telur 

29 comments:

  1. kat tempat ammi belum lagi orang jual endok sepah2 gini...masih terkawal. balik seremban haritu beli yg 10 bijk tu pun dalam 7.80 juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahalnya kak tp omega memang rege gitu, dana biasa beli yang 10 biji jenama giant tu masih lagi RM4.50

      Delete
  2. elok telurnya Dana?risau stock lama...kuantan bhgn telur masih kosong yg ada telur omega kayangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah elok semua telurnya kak... dekat sini biasa sentiasa ada stok yang 10 biji pun ada bukan omega je

      Delete
  3. Wah...rupanya depa pi longgok kat sana ya..patutlah kat sini takda..hihihi..
    Lauk telur sekarang bukan lagi lauk bawahan kan..semua orang cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ini murah je kak harganya jadi tak kira kayanganlah

      Delete
  4. Barang rare sekarang ni telur. Mana-mana susah nak jumpa. Kalau ada kejap kat kedai lama pula baru nak ada balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat giant dekat rumah tu stok sentiasa ada cuma yang berlambak gini seminggu sekali memang banyak, biasa yang 10 biji tu

      Delete
  5. wah..banyak. kat area umah Ayu pun stok ok dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak dah mula banyak semula rasanya, selalu banyak telur 10 biji je

      Delete
  6. Wah, bestnya, telor banyak. Sini dia jual telor tak elok lagi, jadi akak masih beli telor omega. Kalau beli sepapan, hampir separuh busuk sini, kawan kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah elok semua telurnya kak, sini tiap minggu ada topup banyak gini buat masa ni elok telurnya semua

      Delete
  7. Bagusnya banyak telur. Samalah tidak beli banyak beli sepapan sahaja. Hehe terus kenduri masak telur ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak kat pasaraya ni selalu memang ada bekalan, kalau tak papan gini yang telur 10 biji pun ada yang biasa harga pun masih murah lagi

      Delete
  8. Kalau bab telur ni menjadi kegilaan Pak Zain...dia beli banyak2...x tau la sape nak makan...dulu Dania ada boleh la dia selalu goreng..ni yang dalm fridge, sepapan lagi kat dapur...aduhaiii...pening tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah terbiasa sentiasa ada telur di rumah kak

      Delete
  9. Sedapnya sambal telur tu Dana.
    Sini Penang macam tak ada masalah telur. Cuma kadang bila beli di pasaraya dapat telur lama agaknya, banyak yang rosak isi. Lebih suka beli di kedai runcit, dapat telur segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti tak best bila telur lama, kalau rebus pun nnti rupanya tak elok melekat2 gitu

      Delete
  10. Alhamdulillah lega penggemar telur

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, lauk yang boleh masak macam-macam

      Delete
  11. Wah banyak betul telur ye. Tempat kitorang, telur cepat je habis. Masa keadaan ekonomi yang tak berapa baik ni, telur pun jadi rebutan sebab murah.

    Dr Amelina Tempelak Beautifulnara, Ohmedia dan Rotikaya Sebab Putarbelit Kenyataan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah tengah ada stok banyak itu yang memang bertingkat-tingkat gini...

      Delete
  12. wahh mbakyu mangan sambal endog yo., hehe

    ReplyDelete
  13. Tak Dana!
    Di LD masih susah nak dapat telur sampai kita rasa rindu nak makan telur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapatla akak nak sarapan telur rebus macam dulu ye

      Delete
  14. Tengok entry Dana ini baru ingat, telur kat rumah dah habis, dah masanya untuk tambah.. hehehe.. Harapnya ada lah dekat sini.. Lama tak nampak telur bersusun gini..

    ReplyDelete
  15. ehhh murahnya kak yang giant tu! sini 10 biji kalo maslee hurmm mau RM6 lebih untuk gred A&B..

    ReplyDelete
  16. kat area aida ni, tak pernah ada masalah telur takde langsung.
    takde kedai ni, lajak ke kedai lain, dana.
    alhamdulillah la.
    telur ni wajib ada kat rumah ni.
    telur dadar. telur setengah masak. sambal telur ofcoz lah :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...