Monday, December 12, 2022

HANTAR PAKSU KE UKM

 Assalamualaikum semua,

Haritu aku ada cerita kan yang paksu akan masuk UKM semula untuk belajar secara bersemuka. Tinggal 2 sem je atau setahun je lagi untuk dia habis belajar di sana. Ya Allah moga dipermudahkan la urusan belajar adik aku tu moga impiannya jadi cikgu bahasa inggeris tercapai dengan mudah. 

Hari jumaat petang dia sampai rumah kami, maktek yang ambil dia di TBS, sabtu dia dan maktek pergi cari barang keperluan dan ahad hantar ke UKM. Mulanya maktek yang nak hantar tapi kesian lak dia dah ambil jumaat jadi aku nak hantar la tapi eh maktek pun nak ikut sekali. Boleh je lagi meriah kan. Paksu ni sepanjang dia daftar masuk sampai sekarang semua memang aku dengan maktek yang uruskan, takpe kami ada dekat sini tak perlu susahkan mak abah kat kampung. Memang selalu kalau nak hantar paksu ke UKM abah mesti bagi duit banyak untuk minyak dan upah tapi kami tak ambil. Kami dah kerja biarlah itu paksu yang guna untuk belanja dia di sana.

Kena pakai cermin mata dah sebab ada masalah silau

sabtu malam tu pergi makan malam bersama

maktek belanja masa ni

menu kami malam tu

Ahad pagi lepas sarapan gerak la kita ke UKM

punyalah banyak barang sampai seat belakang tu separuh guna untuk letak barang dia

hantar barang dulu, nasibla Edy dan adik ipar ada tolongla angkut barang

pukul 11 lebih sampai UKM dah mula mendung, dapat dekat kolej lama masa dia semester pertama dulu

Kebetulan baju dia sama warna pulak

paksu memang disukai oleh anak buah nya

gambar dari maktek dari seat belakang

konon nak ke tandas di Bangi Gateaway tapi eh terbeli barang pulak

cuba teka siapa yang ambil gambar kami ni?


nampak kemeja batik ni, murah dan lawa pulak cuma RM25 je. Belikan la sehelai buat paksu

bye bye paksu kami balik dulu 

29 comments:

  1. Untung Paksu ramai temankan dia ke kolej kediaman.
    Hehe ramai betul menghantar. Ingatkan Dana dan Maktek serta anak-anak yang pergi, rupanya para suamipun ikut.
    Agak gambar itu suami Dana yang ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh itulah kak selalunya kami bergilir je tapi saja meriah pulak. Dana kalau pergi memang Edy yang jd driver kak, itulah adik ipar pun ikut sekali boleh jenjalan sekali kak. Bukan kak, Masa gambar tu diambil Edy tengah naik hantar barang paksu

      Delete
  2. Baguslah ada budak lelaki nak jadi guru TESL. Ada gak pelapis. Teringat masa buat TESL di UM dulu. Dah 25 thn grad n jadi cikgu BI....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa di sekolah dia selalu join chorul speaking itu jadi minat pulak dia sampai masa isi borang dia pilih TESL masa diploma dan teruskan hingga degree.

      Delete
  3. untung jadi anak bongsu ni
    maktek dah tersepit kt blkg tu...ini brg budak laki kalau bdk perempuan lagi la byk hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul untung, kakak-kakak semua dah kerja jadi banyak tempat dia boleh dapat duit heheheh. Itulah maklum masa belajar online banyak barang dia dah bawak balik dan rosak

      Delete
  4. Moga paksu berjaya capai citanya hebat english fasih speaking ni

    ReplyDelete
  5. all the best to pak su..belajar rajin2 yer..
    zaman u la paling heppening sekali..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak dekat 2 tahun belajar online je, best sebab dapat berkepit dengan mak abah

      Delete
  6. semoga paksu berjaya capai cita2nya., aminn

    ReplyDelete
  7. All the best Paksu, bahu kiri kanan penuh menggalas harapan keluarga dan negara!

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat belajar face to face... Cuya habiskan degree dgn belajar online je...sob2...sedih.. tapi itulah cubaan yang Cuya harus hadapi.. ada baik buruknya belajar on9 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia pun dalam setahun lebih juga kelas online nasib akhir-akhir dapat belajar face to face sem last nanti kene buat praktikal

      Delete
  9. Paksu Ayyan sama macam Paksu Ahnaff. Untung sebab ramai kakak². Dia sorang je lelaki. Hihihi. Tapi paksu Ahnaff jadi penternak lembu je. Mrmang minat dia dari kecik. Kite rasa yang ambilkan gambar tu si comel ecah (ehhh, betul kan namanya ecah.. lupeee. Hahahah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sama pulak sebab paksu pun dia sorang je lelaki, takpe penternak lembu pun masyuk apa. Janji ada kemahuan untuk kerja bukan duduk rumah goyang kaki je. Heheheh betul si kecik tu yang ambil gambar

      Delete
  10. Seronok paksu ramai menghantar. Penuh satu MPV tu..memang meriah bila ramai yang hantar. Selamat kembali belajar face to face Paksu. Sikit lagi nak habis. All the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah selalu cuma ada myvi je jadi memang tak boleh hantar ramai-ramai, ini ada rezeki lebih tukar kereta besar sikit dapatla ramai yang mengikut heheheh

      Delete
  11. semoga Paksu terus sukses dalam urusan kuliahnya dan terus berjaya dalam hidup....BTW memang seronok ada aktivti keluarga begini walaupun sekadar menghantar orang ke U kan hahaha

    ReplyDelete
  12. Oh...inilah paksunya bakal cikgu BI tu... hensemnya paksu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, moga dipermudahkan jd cikgunya tu. Hensem? kembangla hidung dia kalau dengar ni

      Delete
  13. Akak confuse ni...kat umah akak...acu x rapat pun ngan anak2 lain..tapi kalau akak semua nak berkepit..erm...kira akak ni bongsu la kot..hahahah...wah..x lama je lagi Paksu belajar ye...semoga dipermudahkan untuk mencapai cita- cita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain maklong paksu memang anak buah suka bergayut. Maklong mereka selalu dicari jugak tp paksu selalu melayan sbb takut nak melawan akak-akak nya tu pasal. Itulah kak lama dia belajar online

      Delete
  14. Semua dah kembali ke tempat belajar kan.. Dah boleh belajar bersemuka ini..
    Banyak betul barang Paksu.. Semoga dipermudahkan urusan pembelajaran PAkSu.. Aamiin..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...