Friday, December 2, 2022

RESEPI TEMPE GORENG BAWANG PUTIH

 Assalamualaikum semua,

Ini menu paling ringkas, mudah dan sedap bagi aku. Boleh makan buat kudapan atau buat lauk. Aku ni jenis kalau tempe, goreng dengan tepung aku suka cicah sambal kicap kalau tempe dengan bawang putih suka cicah sos cili je.

Jom tengok resepi nya ya.

4 ketul tempe, potong nipis

3 ulas bawang putih,tumbuk (lagi banyak lagi sedap)

1/2 inci kunyit hidup tumbuk

Garam,tumbuk

Minyak masak

sedikit air

Cara masak:

- Gaulkan semua bahan tumbuk dengan tempe hingga sebati, biarkan sekejap biar meresap.

- panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan, siap makan cicah dengan sos cili. 


Tambahkan air sikit biar semua sebati

Gaulkan dan biarkan semua sebati sebentar


Ini memang menu minum petang aku

28 comments:

  1. wah..fav ni tempe, tak pernah lak cuba mcm ni..leh try ni.. tq for the recipe ...

    ReplyDelete
  2. pernah makan yg sepupu org jawa johor buat dia letak biji ketumbar jintan2..kita yg pertama kali makan ni rasa sedapnya la

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah boleh jugak kak boh biji ketumbar dan jintan, tapi dana selalu guna cara mudah ni... kalau dengan tepung boh ketumbar jintan pun sedap

      Delete
  3. Sedap tempe goreng dgn tauhu goreng buat makan dgn nasi ayam penyet kat 8ndon ye cikkak dana tuuh.. 😀😀

    ReplyDelete
  4. Sedapnya…selaku orang Jawa, haruslah akak cinta tempe. Hehe
    Rasanya akak tak pernah lagi buat cara gini, dulu-dulu family selalu buat cara gini untuk goreng ubi. Memang sedap. Jadinya samalah kesedapan kalau buat guna tempe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba nanti kak, kalau dengan ubi kayu memang sedap kan

      Delete
  5. sedap nya kak dana! haha resepi cara buat tempe tak da ke? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu another level, tak pernah cuba buat tempe sendiri

      Delete
  6. oooh tempe. faberet ni dana. nanti try resepi dana ni. saya if mkn kat kedai seblh ofis, mesti ada tempe goreng halus2 tu

    ReplyDelete
  7. Selalunya yang simple tu jadi lauk jahat...hihihi

    ReplyDelete
  8. Akak kalau tempe ni kureng skit..tapi lepas ni kena la selalu masak tempe...Uncle Dania tu suka..hahaha...adoiii

    ReplyDelete
  9. memang sedap goreng macam ni. selalu cicah sambal kicap

    ReplyDelete
  10. Sedapnya.. selau salut tepung je.. Nanti boleh test cara Dana nie.. Sha on je cicah sos mahupun sambal kicap..

    ReplyDelete
  11. tempe ni buatlah camna pun...tetap sedap di tekak separa jawa akak ni

    ReplyDelete
  12. Memang sedap! ini kalau kat kampung mak akak pun suka goreng macam ni jer. Nyumssss~~~~

    ReplyDelete
  13. Pernah buat tumbuk bawang putih, jintan manis, ketumbar. Versi kunyit belum cuba lagi. Mesti sedap. Tempe goreng gitu je dah sedap, inikan tambah penambah rasa yang lain. Lawan dengan sambal kicap makan sorang boleh habis. hehe...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...