Thursday, December 22, 2022

PHOTO DIARY #41/2022

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari khamis, esok hari terakhir kerja sebab minggu depan aku nak cuti seminggu sampai awal tahun. Rancangannya nak balik Kerteh tapi tak pasti lagi sebab dekat sana tengah banjir , mak mentua pun pesan jangan balik lagi minggu ini harap minggu depan dah ok. Tak nak bebel panjang, jom kita layan cerita bergambar.

Banyak perisa dah love letters ni, tapi bestnya kalau ada jual yang mix ye

minggu lepas makan di kedai siam, somtam dia sedap ooooooi

cik Bu yang sekarang tengah sibuk cari jantan

Dia ni kan putih tapi suka baring merata gini, habis berhabuk bulu tu tukar warna coklat

pelita tepi rumah yang masih elok hidup sampai ke tengah malam

sekodeng awek

lama tak buat cekodok kentang bawang

sarapa aku setiap pagi di hari kerja heheheh


Jus oren pulak

nasib-nasib dapat yang isi kuning tu cair gini... rebus tak guna timer

berangan

dah lama tak makan sate, bila dapat sate yang sedap kejap je habis

sesekali bermanja dengan acik Aiyan

orang Terengganu makan nasi goreng wajib ada keropok gini

Pertama kali buka pintu opis sendiri, berdebar jugak tau

Hari khamis kan , kene lah berbaju batik


kejadian di batang kali, beberapa kawan pejabat yang kene bertugas untuk kaji struktur tanah

Kejadian banjir di kampung mentua

mak mentua dan adik ipar

pergi ke bandar naik kereta, nak balik tak lepas kereta lalu sebab air dah naik jadi balik naik lori... adik ipar 2 orang tu baju merah dengan biru kene naik lori 

26 comments:

  1. Biskut love latter tu.. ohsem.. Bomba tu kenapa Dana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bomba tu tolong mana- mana orang kampung yang stuck banjir kak

      Delete
    2. Semoga dipermudahkan buat semua.. Aamiin..

      Delete
  2. ye betul. sini masih hujan dan ada kawasan yang banjir. Hope rumah mak mertua semua selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni rumah mil masih ok tapi jalan nak ke kampung tu rendah, itu yang naik air

      Delete
  3. cantik kan bekas love letter tu... xyah lah balik dlu dana kang stuck pulak kalau ada jalan yg naik air... mcm teruk jugak banjir kt kelantan-trganu skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah cantik bekasnya colorful, itulah kak kalau tak suurt mmg tak balik kampungla

      Delete
  4. Sedapnya satey. Kasihan juga lihat suasana banjir kali ni. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak makan sate, itulah kesian setiap tahun sama juga

      Delete
  5. Replies
    1. iya cantik, kalau dia bulatkan mata dia lagi comel

      Delete
  6. Dana hari-hari sarapan telur rebus 2 biji je? Patutlah nampak makin slim.
    Moga segera surut banjir di pantai timur, dapatlah Dana balik sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tiap pagi kecuali sabtu ahad tp takde selimnya kak, ilusi je tu hahahhaha. Itulah kalau tak surut memang cuti kat rumah jelah

      Delete
  7. Dugaan org pantai timur
    semoga semua dipermudahlan

    ReplyDelete
  8. Sedapnya air Dana. Selamat bercuti Dana.
    Harap surut banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, sedap layan air buah pagi-pagi, itulah kalau tak surut tak balik kampungla

      Delete
  9. Comelnya kucing2 Dana..
    Apapun semoga dipermudahkan urusan mertua Dana..

    ReplyDelete
  10. Dana.... kenapa tayang som tam tu? Aduhai.... kecur liur dibuatnya!

    ReplyDelete
  11. ohhh, aiyan bahasakan acik ke kat kucing..comelnyaaa 😂

    ReplyDelete
  12. biskut love letter tu pun ada kenangan, fav arwah suami MA tu..since dia x , x beli pun...makan bila org beli je, kalau tak..raya cina, dia pun sama sibuk membeli..eh eh, terpanjang plak komen
    Allahu,,teruk banjir this year kan, moga dipermudahkan urusan mereka2 yg terlibat kat sana & family mertua Dana pun...aamiin

    ReplyDelete
  13. Wah bagusnya Dana...sarapan sihat..

    ReplyDelete
  14. sarapan sihat tu. kalau aida, letak kicap manis sikit. yummy!
    aida pun sgt suka makan nasi goreng berulamkan keropok.
    best! krup krap krup krap.
    kalau nasi beriani, wajib makan dgn papadom. syok!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...