Thursday, December 1, 2022

PHOTO DIARY #38/2022

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari khamis yang sejuk, pagi-pagi dah hujan sama macam semalam. Tengahari panas tapi petang mesti hujan, subur rumput rampai tepi rumah aku tu. Oklah jom kita layan cerita bergambar, takmo bebel panjang.

balik dari kampung tidak sah kalau tak mengcopet tanaman di sana, dapat pokok bunga ros kampung dan cuban oregano sepasu

walaupun bunganya kecik tapi aku suka sebab banyak bunga nya


dah lama kami tak makan The chicken rice shop, masih sedap macam selalu

cik Teh yang bulunya dah makin bertukar warna


bunga ni besar wangi pulak tu

peminat otak-otak

hari ahad Edy kerja, jadi aku masak mee kari dah lama tak masak

bila Edy kerja, duduk rumah siang-siang hari tak bukak langsir bermalasan lah

aku nak ambil gambar bunga ros pengantin yang berbunga sejambak tapi blur pulak

walaupun bunganya tak banyak kelopak tapi wangi baunya

ada acik belanja dia fresh oren

semalam Aiyan pakai baju melayu sempena sambutan hari kanak-kanak di sekolahnya

Boss aku belanja roti bakar

Boss aku yang rajin ajak bersembang sambil dengar radio dekat tempat aku, semalam dia balik dari mesyuarat lapar suruh belikan roti bakar. Bila aku kata nak ambil gambar, terus dia buat gaya gini heheheh 

19 comments:

  1. mencopet pokok jer dia yerrr... biasa tuuu!! Hahaha.. alaa nak mee kari tu Dana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan masa balik ke kl aritu tak banyak barang kak, banyak kosong itu angkut mana boleh

      Delete
  2. Ahahaha lamanya tak dengar perkataan mencopet!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah perkataan yang orang zaman urban ni tak kenal

      Delete
  3. bestnya dpt boss sporting mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, tapi itulah tak tahu lama mana dia dekat sini

      Delete
  4. Dapat makan nasi ayam sedap seperti dahulu.
    Sporting bos untuk ambil gambar.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nasi ayam tu. Kalau di KK Kak Amie suka makan di situ. Tak lupa pie tee yang sedap!

    ReplyDelete
  6. Kitorang pun suka TCRS. Dia punya sedap tu maintain je kan kak.
    Mee kari tu pun sedapp.. ishhh, semua yang akak masak nampak sedap. Hahaha.

    ReplyDelete
  7. ujan pg dan ptg. SEGAR pokok2 kita alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. Dah lama x mkn chicken rice shop... teringin plak... mee kari dana pun nmpk sedap... adoi semua rs nakkk.. hahaha

    ReplyDelete
  9. lama tak makan kat CRS, hopely kualiti mknan ok, the latest pergi kat sini, tak berapa berkenan. ehh cik teh tu cam si mochi saya lah, makin byk lak bulu oren timbul, takkanlah nak bertukar jadi oyen??? 😢

    ReplyDelete
  10. Bunga ros pengantin..seindah namanya..🌹
    Seronok kerja kalau dapat bos macam tu🤭

    ReplyDelete
  11. Suka tengok bunga ros tu...alahai boss Dana comel la..bos akak serius je...

    ReplyDelete
  12. Sempoi betul Bos Dana.. hehehe..
    SUkanya tengok bunga-bungaan tu..

    ReplyDelete
  13. Balik dari kampung, ada je bekalan pokok kan. Hehe buat tambah-tambah koleksi gitu. So far TCRS memang maintain sedap cuma kadang porsi dan service dia macam drop sikit. Bagusnya boss kak dana boleh bergaul dengan pekerja lain. Sempoi orang kata. Seronok bekerja dapat boss baik.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...