Assalamualaikum semua,
Hari khamis lepas kan aku ada cerita nak pergi tengok wayang dengan keluarga maktek. Kami memang tak bagitau kat Aiyan dan Aisyah nak tengok wayang sampai dah kat Aeon baru bagitau. Seronoklah dua orang tu. Aku suruh maktek yang tempah atas talian, ambil belakang sekali 6 set terus pukul 10.45 pagi memang tak ramai orang. Aiyan mesti nak duduk sebelah Aisyah, mula tu mulut bising jugak dok cerita tapi lepas tu senyap bila menghayati cerita.
Bagi aku yang dewasa ni, filem ini memang sesuai untuk semua peringkat usia. Memang tontonan seisi keluarga, jalan cerita nya pun best. Gambar pun cantik, bangga sebab mereka betul mempromosikan bandar melaka, bukan nya cerita Malaysia tapi gaya bandar macam di luar negara. Dari 5 bintang kami beri 4.5 bintang.
laju je Aisyah tu |
masa ni Aisyah belum sampai lagi, gambar sorang |
sebelum tayangan mula-mula dia kata tak sejuk, tapi dia pakai shawl mama nya |
cerita dah 30 minit dah mula rasa sejuk pakai sweater dah |
sebelum keluar panggung masa ni |
diaorang kata nak tengok filam super mario pulak nanti |
Aisyah punya gaya |
mewarna pulak |
sebelum masuk panggung masa ni |
lepas dah keluar |
cantik semua gambar yang Aisyah ambil |
siapa ambil gambar ni? goyang hahhahaha |
Aisyah yang ambil gambar |
potographer kecik... |
kami makan tengahari sama sebelum balik... |
Puas hati tengok kan? Orang tepuk x bila ceta habis? hehehe
ReplyDeletetepuk kak...
Deletewah kemain lagi ye photographer kecik tu ada bakat
ReplyDeleteye memang berbakat budak kecik tu, dia bab suruh bergambar pun nombor 1
DeleteSeronoknya. Kami tunggu dia keluar di Astro/ Netflix sahajalah nampaknya.
ReplyDeleterasanya tak lama lagi keluar dekat astro
DeleteSemua cakap filem Mechamato menarik jalan cerita.
ReplyDeleteSeronoklah ada tukang gambar cilik ambilkan gambar yang cantik.
aah menarik jalan ceritanya kak, sangat bercirikan Malaysia...
Deletewahh sonok semua tgk wayang ., hehe
ReplyDeleteye wak sesekali kan...
DeleteDengar Aqil cerita..katanya best..Adah belanja dia bawa tengok wayang masa balik Kedah beberapa hari lepas.
ReplyDeletebest kak, antara animasi kita yang memang taraf antarabangsa
DeleteBest cerita ni layan dengan anak-anak memang seronok.. Soalan utk yang tengok cerita ni.. Apa nama penuh Amato?
ReplyDeletenama betul Amato , Amat . betul tak?
DeleteBahagianya Aiyan dan Aisyah.
ReplyDeleteMak ayahnya sporting betul tonton bersama-sama.
Ye kak mak pak nya pun dah lama tak tengok wayang hhehehhe
Deletenak bawak anak tp yg seketul baru bersunat tu belum sembuh lagi lukanya...agak2 keluar kat netflix tak nanti? ahaksss...jimat duit maknya
ReplyDeleteComelnya Aisyah.. Pandai dia amik gambar..
ReplyDeleteMemang terbaiklah Mechamato ini..
aida da bwk anak2 juga, dana.
ReplyDeletetapi tu la, aida tidur separuh cerita hingga abis :) ha ha ha ha...
ngantuk tak boleh nak kautim dah.
apa yg penting, anak2 aida happy.