Friday, December 23, 2022

RESEPI BERGEDIL DAGING

 Assalamualaikum semua,

Sabtu minggu lepas aku terasa teringin untuk makan soto untuk sarapan pagi. Bosan asyik nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, mehun goreng, kuetiaw goreng, mee kari jadi kita nak layan soto pulak. Aku takde perencah soto jadi aku guna je perencah campuran, itu nanti aku kongsi di minggu depan resepinya. Hari ini aku nak kongsi resepi bergedil daging yang aku buat, sangat sedap dan memikat hati. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

1 kilo setengah kentang 

2 keping daging kisar ramly

5 biji bawang merah kecil, hiris halus

2 biji bawang merah kecil, hiris dadu

1 batang daun bawang, hiris halus

serbuk lada hitam dan sedikit garam

Telur secukupnya

Cara masak:

- Kentang kita kupas belah 4 atau 6 dan goreng hingga empuk. Selepas itu lenyek kentang hingga hancur semua.

- Dalam kuali masukkan dagin kisar masak tanpa minyak hingga hampir kering, lepas tu masukkan bawang merah yang kita hiris 4 biji tu. Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam. Masak hingga daging garing dan sejukkan.

- Masukkan dalam 1 mangkuk besar kentang lenyek tadi, daging kisar, bawang yang kita potong dadu dan daun bawang. Boleh tambah juga serbuk lada hitam dan sedikit garam gaulkan semua hingga sebati ya.

- Lepas tu kita bentukkan la jadi bulat dan leperkan, dan celupkan dalam telur yang kita kacau. Lepas tu goreng dengan api kecil hingga masak.

* Tip untuk goreng bergedil supaya dia elok, masukkan bergedil biarkan hingga dah betul masak baru terbalikkan kalau tak akan hancur. Sebab aku mula-mula jadi gitu hheheheheh 


sambil tengok tv kita kopek kulit kentang

Gaulkan semuanya, daging bukan main banyak

bentuk  kan bulat leper, tapi aku punya bentuk tak sama saiz


yang dah siap goreng, dia punya nak siap kan seksa

buat dulu sikit lepas Edy dah makan baru siapkan yang selebihnya

ini mangkuk Edy dia tak suka daun sup

ini mangkuk aku, bergedil lebih 

27 comments:

  1. Hurm.. Dah komen tapi tak keluar pula.. hehehe.. Kita cuba lagi..
    Comel begedil Dana,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kdg dia pergi kt spam tu kak, nnti dana jenguk ek... begedil org mls kak buat kecik2 je

      Delete
  2. Sedapnya bergedil.. Makan dengan soto best nie.

    ReplyDelete
  3. bercinta nak buat bergedil ni makan sekejap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee itulah kak, tp tingin punya pasal gigih

      Delete
  4. Kalau bab buat begedil ini kak suka serah pada Firdaus. Kakak hanya goreng kentang dan sediakan bahan. Cepat jew dia menyiapkannya. Kalau boleh dia nak goreng juga, tapi kakak tak bagi. Biar kakak yang goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau untuk lenyek kentang tu dana suruh AIyan atau Edy, gaul tu dana kalau suruh Aiyan habis berterabur tu kak. Goreng api kene perlahan kalau api kuat geseng nanti

      Delete
  5. biasanya daging n ayam yg x abis tu dibuat begedil ni. bahan2 nak buat ringkas je tp nak membuatnya malas. huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dia agak remeh sikit tp bab makan sekejap je cikgu

      Delete
  6. dapnya bergedil daging rajin dana makan ratah ja pun ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak sebab nak ratah banyak, sanggup buat

      Delete
  7. uishhh, kita suka sangat bergedil tapi tak pandai buat..hahahaha! selalunya housemate yang pandai buat, kalo teringin, kita mintak kat dia je..😂😂 nanti boleh la pakai resepi akak ni hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak selalu suruh adik buat, tinggal makan je tp ni tingin buat sendiri lak

      Delete
  8. Sedapnya bededil.. Ibu suka benor paggil bergedil ni bededil.. ;)

    ReplyDelete
  9. Sy biasa beli je lepas tu goreng . Sedap pula tgk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli kadang dapat sikit je buat puas makan

      Delete
  10. Buat begedil ni leceh kerjanya. Tapi memang puas hati yang buat sendiri gini. Boleh letak daging secukupnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu kak, sebab tu kerajinan datang jarang2

      Delete
  11. Oh! Dana goreng kering daging, keluarga akak rebus daging.
    Boleh cuba cara Dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goreng bagi bawang sikit rempah garam dgn serbuk lada hitam... cuba kak

      Delete
  12. sedapnye..ye betul, nak buat punya la remeh kan, makan laju je nanti..sbb sedappp... satu memang x cukup la kan..

    ReplyDelete
  13. Sedapnya bergedil banyak daging.cicah sos meratah pun sedap ni..Buat bekal anak sekolah pun sesuai ni

    ReplyDelete
  14. alamak! begedil. sup kaki ayam plak tu, dana.
    hadoi, feveret ni!
    ari tu aida gi kedai frozen. terbeli begedil frozen tau ha ha ah ha...
    saje je nak mencuba. ada tu dlm freezer lagi.

    ReplyDelete
  15. ▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.

    Pada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
    -------------------------------

    ▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.

    ▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.

    Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
    -------------------------------

    ▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.

    Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
    ------------------------------

    ▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
    Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
    ------------------------------
    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...