Assalamualaikum semua,
Berjumpa lagi kita di hari jumaat yang indah, panas hari ini. Moga cuaca terang panas gini sampai ke petang hendaknya. Hari ini aku nak kongsi resepi yang sangat ringkas, mudah tapi sedap. Janji memang sedap. Jom kita tengok resepinya ya.
Bahan-bahan :
4-5 ekor sotong besar , potong 5
1 biji bawang merah besar, hiris nipis
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 batang serai, ketuk
5-7 biji cili api
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap lemak manis
1 biji tomato, potong sedang
1 keping asam keping
sedikit air
*Petua sotong supaya kekal kenyal tanpa berair
- Rebus air dalam periuk kecil, bila mendidih celurkan sotong kejap. Lepas tu toskan.
Cara masak:
- Tumiskan semua bahan bawang merah, putih, cili api dan serai hingga layu dan masukkan tomato.
- Kacau-kacau hingga tomato layu boleh masukkan sotong dan sos cili, gaulkan semua masukkan kicap, asam keping dan sedikit air. Masak sebentar dan boleh matikan api, sotong tak boleh masak lama nanti keras pula.
Siap, sotong kita tu takkan benyek berair sebab kita dah celur dulu.
bila mendidih je air celur kejap sotong |
Pia suka sangat la ni masak kicap..hari2 masak kicap pun tak apa
ReplyDeleteDia tak suka pedas kan
Deleteselalu masak kunyit je, masak kicap pun mcm menariks gak ni...yum yum
ReplyDeletecuba masak kicap pulak kak,sedap
DeleteUishhhhh sedap2.. Tengok pun dah terliur ni.. Acane?!! ;)
ReplyDeletekene cuba masak la jawabnya tu Lina
DeleteSedapnya sotong goreng kicap...aduhai..kena cari sotong la weekend ni...tapi nak buat sambal...eh..x leh jadi ni..kena gak la buat jugak
ReplyDeleteheheheh takpe kak masak kicap sikit lebihnya buat sambal
DeleteSedap ni..bebila beli sotong boleh tiru. Selama ni kalau beli sotong asyik buat sambal je. Takpun goreng celup tepung.
ReplyDeletesila cuba pulak ye, senang tapi sedap
DeleteBagus petuanya. Nak kena tiru jugak ni. Terima kasih Dana.
ReplyDeletesama2 kak jangan lupa cuba nanti
Deletetq share tips & resipi. lamanya tak makan sotong masak kicap. klu beli sotong biasa buat goreng tepung je sbb anak2 suka makan.
ReplyDeletesegmen jumaat share resepi dan tips sekali ehhehe.
DeleteSedapnya sotong berkicap slmt jamu selera
ReplyDeleteselamat juga kak
DeleteSedapnya sotong masak kicap. Dapat kuahnya gaul dengan nasi putih pun dah cukup sedap!
ReplyDeleteya betul tu kak oi
Deletesotong nie kalau masak apa2 pun sedap..paling suka sotong goreng tepung..Kalau masak kicap nie pun favret jgk
ReplyDeleteye betul macam udang msk apa pun sedap kan
DeleteOh, kena celur dulu. Patut akak masak sotong, dari besor jadi kecut. Hehe.
ReplyDeleteheheheh lepas ni cuba ya nanti kak
DeleteAla....tengok Dan masak sotong ni baru teringat ada beli sotong kat Kedah...lupa nak masak..hihihi
ReplyDeleteammi selalu tak celur gitu sotong..tapi ammi letak je dalam kuali yg panas pastu campak 1-2 asam keping .. nanti dia keluar air sendiri
ReplyDeleteni kegemaran suami sy, masak kicap.
ReplyDeleteOwh.. kena celur dulu ye Dana.. Baru Sha tahu.. tq tau kongsikan tips.. lepas nie pasti menjadi masakan sha menggunakan sotong..
ReplyDeletesedap oii menu Dana ni.
ReplyDeletesatu lagi aida sgt suka sotong masak itam.
kalau balik umah mak, masak la.
kat rumah, tak masak sebab asben tak makan itam sotong tu.