Assalamualaikum semua,
Terjumpa di kedai ahad lepas, makin moden dah ya tepung pelitanya. Mujurla rasanya masih sedap lagi.
![]() |
| sikit je dia boh daun pisang |
![]() |
Assalamualaikum semua,
Kisahnya si Aiyan la, hari ahad aku ada goreng rangka ayam tapi tak abis. Jadi rabu petang aku panaskan la rangka tu, petang tu balik kerja hujan lebat lapar pulak. Aku panaskan tomyam dan celur mehun. Pastu dah siap tu aku ws la Aiyan ajak makan, tapi dia kata tak nak dah kenyang.
Oklah kan, tapi aku suruh dia tutup pintu sebab nak maghrib, pastu dia nampak la rangka ayam tu. Bau semerbak ayam tu buat dia bukak meja lipat dan cakap nak rasa rangka goreng tu.Dipendekkan cerita habisla 2 rangka ayam dia bedal.
![]() |
| Bukan main heksen kata dah kenyang |
![]() |
| Yang kat pinggan aku ni pun dia makan dah tinggal tulang dia ambil pulak rangka ayam ku |
![]() |
| Selamat sudah. |
Assalamualaikum semua,
Hari khamis tu, ada budak opis tegur, akak memang beli kain baju dengan sarung bantal sofa tu memang 1 kayu ke? Hahahah aahla patut mcm biasa dilihat kan.
Assalamualaikum semua,
Hari ini aku nak kongsi resepi dan petua masak telur ikan mayong. Walaupun nak beli telur ikan ni memang agak susah dan mahal harganya. Sesekali bila dapat beli bukan boleh sembarang masak gitu je macam telur itik atau telur ayam. Nak masak dia ni ada petua kene ikut hehehe. Supaya tak rasa dan bau hanyir ikan tu. Jom tengok aku kongsikan ya.
Cara sediakan telur mayong:
Bahan- bahan:
300g telur ikan mayong
6 keping asam keping
1 inci halia
1 sudu kecil cuka
air secukupnya
Cara Masak:
- Rendamkan dengan asam keping dan air untuk 30 minit
- Bila dah rendam, toskan dia.
- Dalam periuk kecil masukkan asam keping 3 keping, cuka dan halia.
- Bila dah mendidih, masukkan telur ikan untuk 2-3 minit lepas tu toskan dan cuci.
- Lepas tu kita pun boleh la masak kan dia.
* Macam aku sebab aku pemalas, aku suruh Edy belikan asam pedas ikan pari kuah lebih. Jadi aku tinggal masukkan telur dalam kuah asam pedas ikan tu. tambahla daun kesum dan bunga kantan. Siap. Mudah dan cepat heheheh
![]() |
| aku tak suka rebus lama-lama |
![]() |
| asam pedas orang malas |
![]() |
| Masak api kecil je biar telur tu masak tapi jangan lama sangat |
Assalamualaikum semua,
Pagi tadi sejuk betul, dari tengah malam hujan tak berhenti. Pagi tadi pun masih hujan lebat masa sampai kat pejabat. Ingat nak buat entri masa tengah hd tapi mengantuk lepas tu bila nak tidur terlelap kejap je dah terbangun. Bekal macam biasa dah masuk 2 minggu bekal roti putih sapu mentega dan tabur sikit gula. Itu je yang lalu untu makan pagi-pagi. Waktu hd kene makan kalau tidak kang BP rendah , kaki kejung atau mengigil badan lagi bahaya. Oklah jom kita layan cerita bergambar.
![]() |
| Ini la yang baru nya... cermin mata kami hehehhee |
![]() |
| Bekalan roti |
![]() |
| Stokin baru heheheh |
![]() |
| selalunya kalau khamis aku mesti pakai baju batik maroon atau tudung maroon, rupanya aku banyak baju batik maroon atau hitam bunga maroon. Ini baju baru, batik biru cantik kan? |
![]() |
| adik nurse tengah memilih brooch |
![]() |
| Suruh mereka pilih seorang 2 biji |
![]() |
| tapai ubi, kegemaran |
![]() |
| Pokok tepi sekolah dah kene tebang, terus nampak lapang dan panas persekitaran sekolah |
![]() |
| Kurang seorang kawan perempuan, dah dekat sebulan kawan yang seorang tu cuti jaga emaknya. Jadi budak lelaki ni lah mangsa ajak makan sama-sama |
![]() |
| Peneman aku masak setiap hari, merata dia tidur kadang atas sofa, atas rak , kadang kt tepi sofa |
Assalamaualaikum semua,
Selamat pagi kawan-kawan semua, minggu ini nampak langit cerah hujan dah 2 hari tak turun. Masalah banjir di beberapa negeri pun dah makin pulih, banyak PPS yang sudah di tutup. Harapnya kalau hujan pun tak sampai banjir la ye di hujung tahun ini.
Outfit aku bila hd di hari sabtu memang tema santai, comot dan selekeh. Takde nak pakai makeup apa semua, memang baju tshirt biasa, seluar track dan tudung sarung. Kecuali kalau ada kenduri kahwin baru la pakai elok sikit hehehe.
![]() |
| Seluar basahan biasa kat rumah je |
![]() |
| Best stokin ini sebab panjang dan panas |
Assalamualaikum semua,
Ramai kawan-kawan tanya apa aku buat selama 4 jam hd. Macam-macam aktiviti boleh buat selain dari tidur dan berborak. Jom tengok aktiviti aku ye.
* Kak Suria amanda beberapa kali tanya aku pilih hd kenapa bukan capd. Kak, dana rasa takde masa dan tenaga untuk buat capd sehari 4 kali. Dana kan masak-masak, kene bangun awal pagi , lepas tu kadang fikir bila dah balik penat takut tak buat elok masa capd tu. Jadi dana pilih buat hd sebab lebih fleksible.
![]() |
| Hari kerja elok la sikit bermakeup bagai kan |
![]() |
| Lipstik merah lagi kan |
![]() |
| Best baca buku ZRA ni |
![]() |
| Awal pagi layan bersama ustaz |
![]() |
| Makan ni wajib tau |
![]() |
| Air dan gula-gula |
![]() |
| Layan tiktok dan shoppe |
![]() |
| Main game |
![]() |
| Cek kalendar , kot ada mesyuarat boleh ws untuk ingatkan boss |
![]() |
| Cek email |