Friday, December 5, 2025

RESEPI DAN PETUA MASAK TELUR IKAN MAYONG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi dan petua masak telur ikan mayong. Walaupun nak beli telur ikan ni memang agak susah dan mahal harganya. Sesekali bila dapat beli bukan boleh sembarang masak gitu je macam telur itik atau telur ayam. Nak masak dia ni ada petua kene ikut hehehe. Supaya tak rasa dan bau hanyir ikan tu. Jom tengok aku kongsikan ya.

Cara sediakan telur mayong:

Bahan- bahan:

300g telur ikan mayong

6 keping asam keping

1 inci halia

1 sudu kecil cuka

air secukupnya

Cara Masak:

- Rendamkan dengan asam keping dan air untuk 30 minit

- Bila dah rendam, toskan dia.

- Dalam periuk kecil masukkan asam keping 3 keping, cuka dan halia. 

- Bila dah mendidih, masukkan telur ikan untuk 2-3 minit lepas tu toskan dan cuci.

- Lepas tu kita pun boleh la masak kan dia.

* Macam aku sebab aku pemalas, aku suruh Edy belikan asam pedas ikan pari kuah lebih. Jadi aku tinggal masukkan telur dalam kuah asam pedas ikan tu. tambahla daun kesum dan bunga kantan. Siap. Mudah dan cepat heheheh







aku tak suka rebus lama-lama 

asam pedas orang malas


Masak api kecil je biar telur tu masak tapi jangan lama sangat


No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...