Showing posts with label comot. Show all posts
Showing posts with label comot. Show all posts

Monday, August 17, 2020

COMOT DAN ANAK-ANAK NYA

 Assalamualaikum semua,

Pagi ini kecoh pejabat bila dapat khabar dari bangunan sebelah yang jabatan kami akan berpindah ke putrajaya. Yelah banyak yang nak dibuat kalau kene pindah, pihak yang kat atas tu pun takkan tak fikir kesusahan staf, selfish betul.

Oklah kita cerita pasal anak comot , comot beranak 2hb ogos... malam kami sampai dari kerteh. Jadi sekarang umur anak nya dah 16 hari. Anak nya 2 ekor putih dan 2 ekor hitam. 2 ikut emak 2 ikut bapak heheheheh. Kami memang geram nengok anak kucing tu, nasibla comot ini steady je kalau kami dok main dengan anak nya pun dia tak marah atau cakar. Dia cuma pantau sambil tunggu sebelah je

Aku dah bagi nama kat anak-anaknya, abis tanya kat aiyan... dia nak letak nama putih, putih dan hitam hitam hahahha

Cik teh= cik puteh

Cik bu = cik kelabu

Cik tam= cik hitam

Cik mot = cik comot

kalau menyusu pun pandai tau susun sendiri selang seli gini heheheh...

budak baju belang tu lah paling geram kat budak bulu 4 ekor ni

semalam petang hujan lebat, anak nya kene tempias emak dok bunyi bising... bawak la masuk dalam rumah... geram nengok

ini cik tam... memang hitam semua


ini cik bu, sebab telinga dia ada warna kelabu

dah makin besar dah semua, mata pun dah buka... 14 hari umurnya

mak nya tak nak duduk belakang rumah dok bawak anak-anaknya pindah depan jugak... 

cik mot antara yang awal buka mata... 

ini cik teh, masa ini belum buka mata lagi... 

gigih papa buatkan rak siap tutup grill tepi tu supaya dia pindah sini... belakang rumah

masa seminggu, emaknya dok lah bawak pindah sana sini... masa ni bawak pindah dalam rak depan bilik... tempat sini gelap dan sejuk

baru umur 1 hari masa ini

ini malam masa baru lepas beranak nih... basah lagi budak-budak tu

Wednesday, July 8, 2020

WW SI COMOT

Assalamualaikum semua,

Si comot kucing menumpang di rumah kami, sekarang dia bunting jadi makin manja dengan Edy. Tapi nasibla dia pandai kencing dan buang air besar dalam toilet, selalunya dia buang air besar dan kecil di longkang tepi parking.

masa paksu ada, dia suka bermanja dengan paksu

spesis kucing siam rupanya ni
muka marah bila kita nak ambil gambar dia


suka tidur dekat dengan aiyan

gaya tidur dia sekarang

masa ini pertama kali aiyan tahu nenen comot ada 8 hehehhe

kat mana aiyan baring,situ dia landing

mula-mula ingat dia sakit kaki tapi ini gaya tidur dia

suka duduk depan pintu paksu, mesti dia cari paksu...

tempat laluan orang ini lah dia landing... 

bila papa suap aiyan, dia pun sibuk nak tumpang sekaki... comot-comot