Wednesday, July 8, 2020

WW SI COMOT

Assalamualaikum semua,

Si comot kucing menumpang di rumah kami, sekarang dia bunting jadi makin manja dengan Edy. Tapi nasibla dia pandai kencing dan buang air besar dalam toilet, selalunya dia buang air besar dan kecil di longkang tepi parking.

masa paksu ada, dia suka bermanja dengan paksu

spesis kucing siam rupanya ni
muka marah bila kita nak ambil gambar dia


suka tidur dekat dengan aiyan

gaya tidur dia sekarang

masa ini pertama kali aiyan tahu nenen comot ada 8 hehehhe

kat mana aiyan baring,situ dia landing

mula-mula ingat dia sakit kaki tapi ini gaya tidur dia

suka duduk depan pintu paksu, mesti dia cari paksu...

tempat laluan orang ini lah dia landing... 

bila papa suap aiyan, dia pun sibuk nak tumpang sekaki... comot-comot

25 comments:

  1. Semalam kucing terbiar itu tidur dalam rumah.
    Wah macam mana ajar Comot buang air di tandas? Senang jaga kalau begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. comot tak pernah tidur dalam rumah time malam, mungkin masa dengan tuan lama dia diajar buang air di toilet... sebab memang kami tak ajar pun

      Delete
  2. macam kucing Siam jer ni Dana...kat rumah adik ipar ada 2 ekor mcm ni..diaorg beli kalau tak silap RM500 seekor..
    senang kalau dia biasa buang air kat tandas ni...jimat beli pasir dan x payah nak cuci potty dia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kucing kak, dana pun google baru tahu yang comot ni kucing siam, Edy yg panggil dia comot sebab muka dia nampak comot... itulah kak, nasibla dia tak membuang merata

      Delete
  3. Kucing kalau pandai ke tandas, memang syukur sangat. sebab tak bebankan penjaga dia. Yang kencing berak merata memang mengundang marah la jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sebelum ni masa dia jarang masuk rumah memang kencing berak dia kat longkang tepi parking jauh dari rumah...

      Delete
  4. alahai comelnyaaaa si comot ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah comel ke... akak ingat comot je tak comel

      Delete
  5. Comel. Tidur pun ada macam2 gaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak dia bunting tu tidur dia pun macam-macam gaya

      Delete
  6. Jenis berkasta kayangan jugak ni Dana..... comel. Kalau pandai buang air kat toilet oklah....ni ada kucing dtg pas tu berak kat pasu bunga kita pulak sakit hati mak tau hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe yeke kayangan kak.... dana tak tau pun jenis apa masa mula-mula tp edy la cakap comot mata dia biru, itulah tak ajar pun dia yg reti buang air dlm toilet

      Delete
  7. bijak si comot tahu tempat bukan air kat mana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin masa kat tempat tuan lama dia, dia dah di ajar gitu

      Delete
  8. amboi manjanya si comot yang comel hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh... dia manja dengan edy dan paksu, dan kadang dengan aiyan, aiyan suka ngacau dia je

      Delete
  9. kucing ni baka siam ke..nmpk gaya mcm tu..kucing saya pon memula ajar toilet jenuh gak la die bising dlm toilet..nasib bek lelama paham bhse heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah akak google baru tahu dia jenis kucing siam... kami tak ajar pun mungkin masa dengan tuan lama dulu dah di ajar nak buang air kat toilet itu dia pandai tu

      Delete
  10. comot yang tak comot pun sebenarnya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehe itu panggilan pertama masa Edy panggil dia pertama kali dia dtg makan kat rumah, terus melekat nama tu

      Delete
  11. comot yang comel. pandai dia bermanja.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...