Friday, July 24, 2020

RESEPI NASI AYAM ALA CHE NOM VERSI DANA

Assalamualaikum semuaa,

Hari ini dia punya seronok lain macam, sebab Edy bagitau cuti dia dah diluluskan. Dapatlah kami balik kampung kerteh untuk raya haji nanti. Lama gila tak balik kerteh, rasanya last balik raya tahun lepas. Ada singgah kampung bulan 10 tapi itu pun kejap sangat. Insyallah akan balik kampung rabu hingga isnin. 

Hari ini aku kongsi resepi nasi ayam mudah ala che nom, sedap nasi ayam ini dan mudah. Rasa dia pun sedap sampai si Aiyan dok puji suruh mama nya buat lagi.

Bahan utama untuk nasi ayam ala che nom ini, halia dan bawang putih yang ditumbuk.

3-4 inci halia ditumbuk
15-20 ulas bawang putih ditumbuk
*bahagikan bahan yang ditumbuk kepada 4 bahagian

ini bahan utama nya ya
Bahan untuk sup ayam:

1 bahagian halia dan bawang putih tumbuk
garam
1 ekor ayam yang di potong sedang
2 liter air
1 sudu lada hitam kasar
daun sup

Cara masak:
- Lumurkan bahan tumbuk dan garam pada ayam hingga rata biarkan untuk 5 ke 10 minit
- Rebuskan air hingga mendidih baru masukkan ayam dan masakkan hingga separuh masak.
- Ambil dan toskan ayam, asingkan sup dalam 6 cawan untuk masak nasi.
- Masukkan sedikit lada hitam kasar dan daun sup.

kita gaulkan dengan bahan tumbuk tadi ye... 

tulang tu memang nak tinggal untuk sup ya, bagi lagi berperisa

Bahan-bahan untuk nasi:

1 bahagian halia dan bawang putih
2 helai daun pandan
5 cawan beras 
2 senduk mentega atau planta
6 cawan air rebusan ayam
3 sekawan
1 batang serai di ketuk
garam

Cara Masak:

- Masukkan mentega, pandan ,serai, 1 bahagian halia dan bawang putih tumbuk dan 3 sekawan tumiskan hingga naik bau
- Masukkan beras gaulkan hingga rata bahan dan masukkan air rebusan ayam, garam dan kacau rata
- Set kan HP untuk 8 minit


bahan utama nya ya... memang naik bau betul

Masak dalam noxxa je cepat dan boleh isi banyak

Add caption

aku guna beras biasa je, gaulkan hinga rata ye

masukkan air rebusan dan garam lepastu HP je hingga nasi masak

nasi dah masak kita boleh gemburkan ya
Bahan untuk ayam

1 ekor ayam yang telah direbus tadi
1 bahagian halia dan bawang putih tumbuk
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap manis
sedikit garam
1 sudu madu
minyak masak

Cara masak:

- Perapkan ayam dengan semua hingga sebati dan biarkan untuk 30minit atau lebih
- Panaskan minyak dan goreng kan ayam dengan api kecil menggunakan kuali non stick supaya ayam tidak melekat


Kita perapkan biar lama sikit
bila dah perapkan gini kita gorengkan dengan api keciil sebab ayam kan dah masak separuh

gunakan api kecil dan gunakan penutup kuali supaya ayam cepat garing dan tak terpercik

Bahan untuk sos merah

6 biji cili merah besar, kisar
1 bahagian halia dan bawang putih tumbuk
2 biji cili api bangla, kisar
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu cuka
5 sudu air rebusan ayam

Cara masak:

- Kisarkan semua bahan di atas, selepas itu masakkan dengan api kecil hingga mendidih kecil dna sejukkan.

Kicap pulak aku tak buat, sedikit malas di situ heheheh

dah siap... 

terbalik pulak cara ambilnya... sekali dengan sup nya ya

37 comments:

  1. Terus rasa macam nak makan nasi ayam la....sedapnyaaaa....akak suka buat 2 cara steam chicken dan goreng mcm tu...kat rumah banyak plak selera lain2

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah macam2 selera kan, dana pun suka jenis yang steam tu... tp kadang tukar-tukar jugak layan je

      Delete
  2. Ai suka masuk air fryer ayam tu. Kurang minyak. Hhehehe.

    ReplyDelete
  3. Sedap betul nasi ayam dalam periuk tu. Belum digembur pun dah tau sedap sangat!
    Nasi ayam memang tak pernah tolak...ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh.... tulah nasi dia pun dh sedap kan kak

      Delete
  4. kalau singgah sini hari Jumaat pasti ada saja resepi yg menggiurkan. Terus suruh isteri buat nasi ayam esok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh memang segmen kongsi resepi buat hari jumaat kotla ada kawan nk cuba, senang sikit dah hujung minggu

      Delete
  5. Sedapnya Dana, halia tumbuk banyak...sedap aroma dia.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nasi ayam..teringin pulak nak makan

    ReplyDelete
  7. NASI AYAM DANA SAMBALNYA MMG SEDAP TERLIUR SUDAH

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa teringin nak makan. Tengok gambar pun dah terliur ni T-T Nanti kena cuba. Terima kasih di atas perkongsian ^^


    Jemputlah baca entry terbaru Nisha di Blog HadiahBintangJatuh (HBJ),

    Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 4) + Nasihat + Kesimpulan + Throwback
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/pengalaman-ambil-kos-pengurusan_23.html

    Dan memeriahkan giveaway oleh Jari Boloq (tamat pada 24/7/2020 pukul 6 petang ni) Boleh klik banner di entry ini ya. Insya-Allah ada rezeki hehe
    https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/giveaway-my-life-alhamdulillah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene cuba masak ni, tak pun kene cari kedai nasi ayam ni

      Delete
  9. Wahh dari bahan dia dah boleh bayangkan bau diaaa.. sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh betul tu halia dan bawang putih tu harum

      Delete
  10. Kih3 sedangkan kita pun asik tukar selera ni kan pulak budak2

    ReplyDelete
  11. Rasanya mcm biasa dengar nama resepi ni cuma belum pernah rasa.boleh cuba

    ReplyDelete
  12. Cili api Bangla? Nampak benar pertama kali baca.
    Hehe buat sendiri boleh makan banyak kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cili api tu merah menyala, memang ada ditulis dari bangla dan pedas gila cili api tu

      Delete
  13. kena buat sendiri baru puas makan.
    Kalau makan kat kedai, ayamnye secoet aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah wak, buat sendiri puas makan... cuma kuncinya kene rajin sikit la wak heheheh

      Delete
  14. terbaik dana :) shida pun sdikit sbyk byk tgk resipi chenom :)

    ReplyDelete
  15. menu wajib setiap bulan ni..tak pernah jemu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhehe betul tu, siapalah tak suka makan nasi ayam kan

      Delete
  16. Sedapnya dana..anak2 akak pun suka nasi ayam

    ReplyDelete
  17. alamak, menu hari ini nasi lemak, esok kue tia,nasi ayam bila ya?terliur ni.

    ReplyDelete
  18. Alahai.. Sedapnya Dana..
    Rasa macam nak berjiran je dengan Dana..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...