Friday, July 3, 2020

RESEPI KERABU MAGGI

Assalamualaikum semua,

Selalu kalau ke kedai makan siam kerabu maggi antara yang aku suka pesan bila aku tak rasa nak makan nasi. Sebab rasa masam manis pedas dia tu yang buat rasa sedap. Tapi kadang kalau di kedai sepinggan tu berharga antara 5.90- 7.90 ikut pada lauk dalam nya. 
  Baru-baru ini ada pesan maggi siam ini dengan kawan pejabat, 1 bungkus baru rm1.20 kira sangat murahla bagi aku. Bila dah beli tu, teruja la pulak nak cuba buat, kebetulan barang semua ada kat rumah. Masa ini paksu masih ada lagi dengan kami.
Resepinya ringkas tapi memang bau dia tu sangat membangkitkan selera.

Bahan-bahan:

3 pek maggi siam
5-6 ekor udang saiz besar
5 batang sosej , potong 4
1 biji bawang holland, potong nipis
1 biji tomato, buang biji dan potong kecil
2 batang serai, potong bulat
2 pokok ketumbar, hiris kasar
4 biji cili bangla, potong serong
1/2 kiub ayam
2 biji limau kasturi- gunakan air
gula
garam

Cara Masak:

- Sediakan air untuk mencelur, tambahkan garam dan 1/2 kiub ayam dalam air bila mendidih celurkan udang hingga masak, angkat dan toskan
- Celurkan sosej pula dalam air tadi celurkan hingga masak, angkat dan toskan
- Celurkan 3 bungkus maggi siam dalam air tadi hingga lembut, angkat dan toskan
- Ambil 2 senduk air celuran dan simpan dalam mangkuk
- Dalam 1 bekas besar masukkan perencah maggi siam, gula dan garam, air limau masukkan juga air celuran yang kita simpan dan gaulkan hingga sebati
- Masukkan maggi ,udang, sosej dan semua  bahan lain gaulkan semua hingga sebati. Siap

bahan-bahan utama ya

gaulkan semuanya hingga sebati

terlebih cahaya pulak lah... 

dah siap kerabu maggi kita dengan udang gabak... sedap

22 comments:

  1. masa sahur Ramadhan lps, abe kie buat maggi kerabu siam utk anak2. Habis licin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia tu masam masin tu membuka selera lagilah dimakan time sahur

      Delete
  2. Suka mee segera Serda ni. Rasanya buat kerabu memang kena guna mee ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah memang secukupnya mee dia pun sedap tak kembang

      Delete
  3. nampak senang tapi nak sedia bahan tu macam banyak kerja pula. time rajin boleh try resepi ni..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh bagi akak biasa je ni kira ringkas sebab kalau nak masak memang persediaan gini dik oi

      Delete
  4. menarik untuk dicuba. kalau kedai memanglah tak puas makan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ammi, baru beberapa suap dah habis dahla kene kongsi lak sebungkus tu bila buat sendiri puas hati betul

      Delete
  5. Tak payah dah ke Siam kalau nak makan. Sedap betul nampak kerabu maggi ni. Udangnya pun besau2 melangkau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah itulah buat sendiri puas nak letak bahan apa kak

      Delete
  6. Replies
    1. Hahahahha... udang beberapa ketul je pun buat rasa2

      Delete
  7. kalau macam ni wak panggil kerabu udanglah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang nya 5 ketul je wak... kene panggil kerabu maggi gak hahahah

      Delete
  8. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    kerbau meggi memang di antara kerabu kesukaan saya. biasanya beli je kat gerai berhampiran rumah. memang sedap dengan rasanya yang masam2 dan pedas. nantila nak try buat sendiri, baru puas hati makan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam ustaz, rasanya yang masam pedas tu membangkitkan selera makan... cuba nanti buat sendiri ustaz

      Delete
  9. Letak udang buatkan kerabu maggie tu nampak lagi sedap

    ReplyDelete
  10. Rajinnya Dana.. Selalu je tengok orang share pasal kerabu mangga nie.. Tapi tak pernah makan dan cuba pun..

    ReplyDelete

  11. Satu family puasa makan ni udang beso beso....Masa pi Padang Besar dulu belilah jugak maaggi siam ni... sebab kononnya nak buat kerabu maggi. Makan kat sana sedap betul. Sampai KL buat sendiri, rasa dia tak sedap mcm kat sana. Sudahnya samapi expired. Sayang betul..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...