Monday, July 13, 2020

KISAH POKOK DAUN KESUM KU

Assalamualaikum semua,

Selamat pagi isnin semua kawan, minggu ni bermula untuk murid darjah 5 dan 6 masuk sekolah, minggu depan murid 22 hb murid darjah 1 hingga darjah 4 pula mulakan sekolah. Aiyan dah hari-hari tanya bila dia boleh sekolah, dah rindu sangat dengan kawan-kawan nya lah tu. 

Aku mula tanam pokok kesum ni dari batang daun kesum yang beli kat kedai, mula-mula aku rendam 2 hari dekat air hingga ada akar sikit, ada 5 batang masa tu dan aku cucuk kat tanah. Lepas 2 minggu baru dia nampak keluarkan daun, mula tu ada 3 batang yang hidup, tapi satu-satu mati tinggal 1 je.

Dari 1 pokok tu aku siram penuh kasih sayang, beri baja hingga dia nampak subur lepas tu aku pindahkan ke bekas besar sikit nampak dia subur banyak keluarkan cabang. Baru-baru ini kan musim hujan nampak dia lagi subur, galak bercabang dah ambil beberapa batang untuk masak pun masih subur lagi. Semalam tengahari lepas balik beli barang, terus lah pangkas batang dia yang ada, ambil daunnya dan tanam semula batangnya harapnya dapat hidup dan membiakla.

Ini awal bulan mac 

Lepas 2 minggu 1 pokok je yang survive... masa ni bayam brazil aku pun baru mula tanam

selepas beberapa minggu nampak subur gini, baja memang bagi juga

nampak makin banyak cabang, masa ni ada jugak lah aku ambil buat masak walaupun masih kecik 
aku tukar bekas supaya dia makin besar, aku pangkas batangnya dan tanam kat bekas kangkung sikit

Dalam masa beberapa minggu sangat subur nampak pokok kesum ku itu,
lagi lah bila musim hujan ni

sabtu pagi, geram pulak tengok dia punya cabang tu... 


ahad tu aku pangkas lah batangnya... banyak ini 
lepas tu aku togelkan daunnya, biarkan batang dia untuk tanam semula 
tinggal banyak ini lagi pokoknya, masih banyak lagi cabangkany lepas pangkas



gunakan 2 pasu kecil untuk biakkan

ada 1 anak pokok yang aku tumpang tanam kat pasu kangkung, tanam sini juga

daunnya aku basuh, masukkan dalam plastik zip lock ini

simpan dalam sini

boh kat bahagian sejuk beku, nak guna mudah, masih segar lagi... sebelah tu aku simpan bunga kantan

28 comments:

  1. Comel-comel je daun kesum.
    Boleh guna apabila diperlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hheheh pokoknya pun masih comel lagi, itu pasal lah

      Delete
  2. banyak tanaman dana
    ada kencur, kunyit, halia, bayam brazil
    Cerita pasal kesum aje, meri yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh itu nanti boleh cerita lain kali wak...

      Delete
  3. Alhamdulillah..menjadik tu Dana.
    Akak suka bau kesum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah alhamdulillah kak, sebelum ni ingat memang tak hidupla, tak sangka subur jugak dia...

      Delete
  4. nampak subur semua tanaman dana

    ReplyDelete
  5. pokok kesum saya kena serang bena habis mati, tanam lepas tu tak menjadi-jadi pokok kesum ni. ke sebab saya rendam lama sgt..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga batang dari pokok kelsum ni yang akak tak rendam pun akak cucuk je terus kt tanah... janji buang semua daun

      Delete
  6. memang, musim2 hujan ni kemain subur pokok kesum kannnn...pokok bayam brazil pun samaaaa

    ReplyDelete
  7. Tengok kawan-kawan bercucuk tanam, teringin rasa nak buat. Tapi itulah, entah bila angin rajin nak datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehheheh tanam yang mudah hidup bole la kakcik, tak berani nak tanam yang susah nak jaga takut kang mati kita sakit hati

      Delete
  8. subur kan pokok2 skrg mi hari2 ujan
    alhamdulillah, akak pun pg2 layan pokok2 dulu he hee hilang stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah subur betul, kita dpat layan pokok time hujung minggu je kadang petang hujan

      Delete
  9. Hebat! Jimat duit lepas ni. Eh next week anak2 start sekolah dah kan, semoga baik2 aje semuanya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe bolehla tanam yang biasa guna untuk masakan heheheh

      Delete
  10. rasanya kesum ni kene selalu potong batangnya kot kak... tapi tulah kat kampung umah makcik dia tanam belakang rumah bukan main subur ... faktor tanah jugak kot

    ReplyDelete
  11. ammi belum ada rasa nak bercucuk tanam kat rumah burung ni. Tapi haritu masa PKP kat rumah mama pun takde sibuk nak belek pokok mama padahal mama hari2 dok borak ngan pokok2 dia.

    psttt..ada yg kata "baja siam" tu elok. gemuk2 hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah ada dengar jugak ammi, tapi tak terbeli2 lagi... harganya pun tengok boleh tahan...

      Delete
  12. Kami masa PKP pun try tanam kesum. eh hidup la. dulu pernah try sekali, dia hidup. then lepas tak siram kes blk kg, dia mati. pastu try tanam lagi lain kali xhidup. tak sangka ms PKP hidup.hehhe.. Kami buleh la amik buat masak asam pedas je pun. tu yg gigih tanam, kalau beli asyik guna sikit selebihnya kering gitu je la. Sejak tu beli pastu simpan kat tempat peti ais atas, beku sikit takpe, janji ada bau

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa pkp lama skit kita ada masa jenguk tanaman kan... kalau hari kerja kadang nak jenguk kejap pun malas hehehe...

      Delete
  13. Wah.. wah.. meriahnya hasil tanaman Dana.. ohsem..

    ReplyDelete
  14. bagusnya sis. rajin memasak n menanam

    ReplyDelete
  15. tahniah dana..berhasil semuanya..shida ade satu je pokok daun kunyit hehee..musim hujan ni elok dia naik..hehee

    ReplyDelete
  16. Kalau hujan hidup subur betul kan. Banyak juga dapat tu kak. Berguna juga cucuk dekat tanah guna yang beli tu.

    ReplyDelete
  17. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...