Monday, July 6, 2020

RESEPI MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Assalamualaikum semua,

Selamat hari isnin semua ya kawan-kawan, kalau ikutkan hari ini aku tak nak kongsi segmen resepi tapi aku takut aku terlupa nak up cerita pasal siput sedut ini. 
Sepanjang dah kahwin ini lah pertama kali aku masak sendiri siput sedut, selama ini setakat beli yang dah siap masak kat kedai adalah. Kalau kat kampung aku biasalah masak siput ni tapi itu pun tolong mak potong bontotnya dan emak yang masak. Kat rumah sendiri aku rasa tak berapa rajin nak potong bontot dia tu, rasa macam leceh lagi lah dengan kawasan dapur yang terhad hehehehe alasankan 
Bulan lepas ada orang di jupem ini yang amik pesanan siput sedut yang dah siap potong bontot dan bersih tinggal masak je. Walaupun harganya 1 kilo RM28 aku tutup mata je beli lah siput ini. Berkobar-kobar nak masak sendiri siput kan. Balik rumah tu terus mintak resepi dengan mak, batang keladi takde kosong je pun dah sedap. 

Bahan-bahan:

1 1/2 kilo siput sedut 
8 biji cili api, tumbuk
4-5 ulas bawang putih, tumbuk
5 biji bawang merah kecil, tumbuk
1 inci kunyit hidup, tumbuk
1 batang serai, ketuk
1 kotak kecil santan
daun kunyit
1 keping asam keping
3-4 sudu besar minyak
air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan bahan yang kita tumbuk dan serai hingga naik bau dan hampir garing masukkan siput kacau hingga rata
- Tambahkan 1 cawan air, asam keping dan tutupkan penutup kuali dan masakkan siput untuk 10 ke 15 minit dengan api kecil
- Buka penutup besarkan api masukkan santan, air 1-2 cawan ,daun kunyit perasakan dengan garam dan perlahan kan api biarkan hingga betul-betul masak untuk 5 minit lagi dan boleh matikan api.
Siap


siputnya memang dah bersih tinggal masak je
agak besar jugak siput nya

bahan utama ya untuk masak lemak cili api siput sedut

Tumiskan bahan hingga masak ya... 

gaulkan rata biarkan masuk rasa rempah tu dalam siput

bila dah sebati bolehla tutupkan dengan penutup biarkan isi nya masak


bila dah tambah santan semua, biarkan kuah masak mendidih buih kecil boleh matikan api

besar juga siputnya.. puas lah menyedut srut srut

puas makan... siap bagi kat maktek dan jiran sebelah lagi

20 comments:

  1. tak sangka kami lepas kawen pandai jugak masak dan siang siput sedut ni. zaman bujang semua mak buatkan. hehehe.. nasib baik laki tahu dan pandai siang siput ni, dia ajar kami kena ketuk belakang siput baru mudah nak sedut

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat kampung biasa akak potong belakang dan siang siput ni cuma bila kat rumah sendiri rasa leceh pulak nk ngerjakan sorang hehehhe

      Delete
  2. bila dah mengidam beli terus biarpun harganya mahal... kepingin nak makan seput sedut ni. x puas kalau beli kat kedai sbb sikit n mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu cikgu, lagi lah bila dah mula kerja ini yang free nya di waktu hujung minggu je...

      Delete
  3. BESAR N CANTIK SIPUT SEDUT TU SELALU TENGUK DLM PAYA HITAM WARNANYA..MAHAL JUGA HARGANYA YA

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang malas gini lah kak, malas nk ngerjakan nak siang siput nya... jadi beli yang siap je tinggal masak hehehe

      Delete
  4. Bunyi sruutt sruutt tu la yang paling epik bila makan siput sedut kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, dulu-dulu malu nk sedut time kat kedai makan...masa anak dara dulu lah, sekarang gasak hahahha mesti lah kene srut2 kan baru nikmat

      Delete
  5. Samalah Dana Kak kalau memikirkan nak sedia siput sedut ni jadi malas nak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tulah pasal kak, sebab tu bila ada orang jual yang siap siang bersih dana beli hehehhe

      Delete
  6. Kalau dah masak memang suka menyedutnya.
    Bab memotong hujungnya seko2 tu yang leceh
    lepas tu kalau lambat, dah merayap ke mana2 ntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah betul tu wak, kalau kt kampung kawasan luas nak memotong dia pun boleh buat ramai-ramai laju je kerja cepat la siap...

      Delete
  7. Sedapnya.. sesekali buat aktiviti menyedut ini memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehehe itulah kak, puas menyedut bila masak sendiri

      Delete
  8. Style Dana kena tumis eh...akak nyer style x letak apa bawang cuma cili ngan kunyit hidup and santan..nak buat cara macam Dana ni la...sesekali tukar kan...sedapnya siput sedut..lama x makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. style orang nogori memang tak boh bawang kan kak... sedap style nogori tapi cili dia banyak santan pun banyak rasa sodap... cuba lah kak masak style boh bawag dan tumis kejap

      Delete
  9. favorite akak tapi sekarang ni payah nak dapat siput sedut dan kalau bonda akak dia suka buat gulai lemak...ahhh rinduu

    ReplyDelete
  10. Mahal jugak harganya sekilo ek Dana....Hakak mmg jaranglah beli siput ni... sebab mmg jarang pi pasar. Dulu dulu pernahlah... yg kelakonya siput siap berjalan merata hahaha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...