Tuesday, July 7, 2020

BENGKEL GELANG MANIK AIYAN

Assalamualaikum semua,

Sejak paksu dah balik kampung, memang aku jaga Aiyan di pejabat. Boss aku pun dah bagi kebenaran untuk jaga Aiyan di pejabat sementara sekolah masih belum buka lagi. Bila jaga Aiyan di pejabat aku kena beri dia aktiviti untuk di buat, so aku pilih untuk bagi dia bengkel manik. 

Bukan main seronok lah dia, teruja nak buat keychain nama dia, nama mama lepastu buat gelang dengan manik tu. Bila dia dah buat gelang tu dia paksa mama pakai gelang yang dia buat. Dia buat dia, untuk mama, ecah, maktek dan comot hehehehhe. Bagus juga aktiviti ini dapat mengasah dan merangsang motor halus Aiyan.

kumpul semua ini letak dalam  bekas besar ini, senang dia nk pilih dan buat

masa ni dia kata nak buatkan gelang mama nya


setelah banyak kali percubaan, jatuh manik berterabur akhirnya siap lah gelang mama

dah siap mama kene la pakai... cantik kan dia kata, iya cantik 

petang tu suruh papa beli lagi manik dan huruf dia buat kat rumah pulak...gelang nama Aiyan


untuk comot pun ada, tapi kami pakaikan kejap lepastu buka... tak selesa pulak tengok dia

malam tu dia gigih nak buatkan untuk adik Ecah dan maktek

siap pun untuk Ecah... 

Ini pulak untuk maktek, semua dia susun sendiri mama tolong ikat je

ini dia buat semalam petang, untuk mama siap ada tulis mama lagi kan, gelang baru kenalah pakai kang dia tanya lak heheheh

26 comments:

  1. Cantiknya.. kreatif juga idea Dana.. Memang meransang motor dialah.. Aktiviti yang ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah beli kat mr diy je set ni, ada jugakla kerja dia buat dari asik main hp kan

      Delete
  2. kreatifnya. siap buat untuk kucing lagi. bagus aktiviti ni, takde la budak mengadap henpon je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu... tapi si comot tu takmo pakai heheeh

      Delete
  3. Warna-warna manik Aiyan buat untuk mama. Memang mata akan tertarik pada gelang tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah warna nya pun terang... walaupun cuma plastik cantik pulak bila jadi gelang

      Delete
  4. Pandainyaaaaa Aiyyan....aunty SA pun nak laaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe boleh-boleh nanti aiyan buatkan, jangan lupa tinggalkan alamat dekat email dana ye kak
      norhidana@gmail.com

      Delete
  5. Alhamdulillah...kreatif Aiyan...memang ralit kalau dh mengadap benda tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah betul, tapi tulah kene sabar jugak lah bila manik tu jatuh melantun ke mana2

      Delete
  6. Cantiknya Aiyan buat gelang untuk mama dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... itulah mama dah pesan suh buat cantik2

      Delete
  7. next time kak dana try ajar dia buat rubik cube tuuu., mesti genius nnti., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah wak, terima kasih atas idea yang bernas ye wak

      Delete
    2. tutorial nk solve rubik cube tu ada byk kat dlm youtube ye kak dana., hehehe2

      Delete
  8. Replies
    1. alhamdulillh kak, tapi kadang datang juga malasnya tu

      Delete
  9. Permainan yang mampu mengasah minda dan kreativiti
    Tahniah Aiyyan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wak, budak-budak macam aiyan kene sentiasa ada aktiviti untuk dibuat atau dia akan bosan

      Delete
  10. aktiviti yang bagus untuk minda...
    Alhamdulillah...untung Dana sbb boss bagi jaga anak kat ofis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, kene buat aktiviti kalau tak dia bosan... boss dana yang kali ini memang baik kak

      Delete
  11. Bagus Aiyan berjaya dia buat apa yang dia planning tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak tapi banyak kali jugak lah buat tak jadi, jatuh la manik tu apa lah

      Delete
  12. wahhhhh pandai aiyannnn buat gelang. rasa puas hati bila dpt buat & org pakai hasil buatan aiyan ye hehe

    ReplyDelete
  13. Hehehe.... mamanya kan tokey manik dulu dulu..... haruslah menurun kan

    ReplyDelete
  14. Bagus Aiyan semua orang dapat. kreatif dia susun.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...