Tuesday, July 28, 2020

PRELOVED LIPMATTE SOBELLA

Assalamualaikum semua,

Hari ini dari awal pagi dah sibuk, kene setelkan kerja-kerja, esok aku dah mula cuti raya. Aku cuti rabu sampai selasa, memang sakan lah katanya. Jadi kerja banyak perlu disetelkan sebelum cuti kan, kalau tak kesian kerani yang kene jaga tempat aku masa aku cuti. Nasibla boss aku senang nak di jaga dan sangat simple orangnya.

Aku pernah bercerita dengan korang semua kan pasal koleksi lipstik sobella aku, di sini dan sini . Kalau ikutkan lipstik aku sentiasa bertambah dan bertambah, asal ada keluar koleksi baru mesti aku beli, lagi dan lagi. Ada kawan pejabat aku yang cadangkan untuk aku preloved lipstik aku. So, aku buat lah preloved lipstik tu tapi hanya untuk lipstik yang aku jarang pakai kalau yang aku pakai banyak kali memang aku tak jual. Atau pun ada warna yang aku beli tapi tak kene dengan kulit aku jadi aku tak pakai itu lah aku preloved.

Semalam preloved lagi kat kawan aku ni, 10 batang juga yang terjual. Dari aku tak pakai, terbiar sampai kering lebih baik lah aku preloved kan. 

belah kiri tu lah yang cadangkan supaya aku preloved, dan dia lah pelanggan setia lipstik aku

dari sebelum ini penuh dah tinggal banyak ini je... tinggal dalam 22 batang je 

selalu ada lagi sorang, tapi dia WFH jadi 2 orang ini jelah yang memborong

lipstik belah kiri tu semua yang dia borong, tak kira depan dia dan eyeshadow yang dia pegang tu

19 comments:

  1. Nasib baik boleh jual balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kalau tak jual bagi je kat sedara, tapi ada yang memang tak pernah pakai atau pakai sekali dua why not jual

      Delete
  2. zaman remaja dulu suka juga kumpul lipstik, sekarang beli satu pakai sampai habis baru beli lain...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita cepat jemu kalau pakai 1 je hehehe... itu yang penuh 1 kotak

      Delete
  3. ammi ada 4 batang je lipstick tp yang kerap pakai cuma 1 je. yang lain tu especially jenis2 yg matte camni mcm tak best je kat bibir ammi yg tebal ni.

    ReplyDelete
  4. Sejak PKP ni je saya stop beli lipstik, hantu lipstik gak saya ni huhu

    ReplyDelete
  5. banyaknyee shida pakai sobella lipmatte..kalau dekat boleh beli juga..

    ReplyDelete
  6. kak dana., bgtau kawan belah kiri tu dh jelita xyah pakai lipstik ponn., hehehe

    ReplyDelete
  7. Tergeliat lidah wak nak ngeja dan nyebut tajuk tu
    Ingatkan tajuk akasia, lipstik rupanya

    ReplyDelete
  8. wahhh banyak koleksi Sobella akak. seronok tengok, macam-macam warna ade..

    ReplyDelete
  9. waaa byknya koleksi.. Tp memang tahu sobella ni best lipstiknya

    ReplyDelete
  10. Banyaknya collection Sobella akak. Saya hari tu beli 2 je, itu pun pulun pakai sampai kering haha.
    Tapi Sobella best!

    ReplyDelete
  11. Wanita dan brg2 kosmetik berpisah tiada

    ReplyDelete
  12. Selama ni tak tau pun lipstick boleh preloved. Ai kalau dah tak pakai tu sampai kering atau lembik buang terus.

    ReplyDelete
  13. Banyaknya koleksi Dana.. Lawa-lawa warnanya..
    Elok juga diprelove dari sayang rosak macam tu je kan..

    ReplyDelete
  14. geramnya tengok koleksi lipmatte akak. saya tak boleh nak pakai lipstick sebab ada masalah bibir kering..huhu

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...