Assalamualaikum semua,
Berjumpa semula kita di hari jumaat yang indah ini. Indahla esok lusa dah cuti hujung minggu. Bagi suri rumah separuh masa macam aku hujung minggu lah masa yang dinantikan untuk rilex sikit hehehhe.
Minggu lepas aku dengan Aiyan ada tengok video di youtube kekti mazlan dia ada share pasal kek orea 3 bahan. Si Aiyan kan penggemar oreo dia pun sangat teruja, lepas dah habis tengok video tu dia ingat semua bahan-bahan. Papa dia balik kerja malam tu dia pun pesan la suruh beli bahan untuk buat kek oreo dia tu. Esoknya gigih la buat, punyalah puas hati dia makan bertambah-tambah. Kek nya sedap, terasa coklatnya tu. Almaklum dia buat sendiri hehhehehe, cara buat memang sangat senang...
Bahan-bahan:
2 paket oreo panjang ( apa-apa perisa pun boleh)
1 kotak air kotak full cream @ 125 ml
1 paket kecil eno
Cara Masak:
- Kisarkan oreo dengan krim dia sekali hingga hancur dan masukkan dalam 1 bekas besar
- Masukkan susu dan kacau dengan oreo hingga sebati biarkan sebentar
- Masukkan eno dan kacau lagi hingga sebati semua bahan.
- Masukkan adunan ke dalam bekas loyang yang dah di lengser dengan minyak dan kukus selama 30 minit
- Bila dah 30 minit boleh keluarkan dan siap.
ini je bahan nya ya... |
kisarkan oreo hingga hancur dengan krim nya, lupa lak aku nak ambil gambar rupa oreo yang dah hancur tu |
Lepas dah campur dengan susu dan eno |
aku punya loyang besar takde loyang kecil, gasakla janji jadi |
dah siap.... bau dia sedap tau |
makan dengan aiskrim... sedap |
Pelik ada guna eno.
ReplyDeleteMemang senang 3 bahan.
eno ni macam baking soda lah hhehehehe
Deleteni la resepi viral yg guna eno tu kan..uishh mudah nya nak buat..nak cuba jugak laa
ReplyDeletehehehe nanti bolehla cuba
Deleteok..taknak buat sebab senang sangat..hahaha...
ReplyDeletehahahha suruhla askar My buat sebab senang
Deletewow! lemak berkrim disukai ramai...cuma dah tua ni x leh makan manis2 sgt.
ReplyDeleteheheheh bila buat oreo ni manis just nice je cikgu...
DeleteFav oreo ni. Kena buat hihihi.
ReplyDeleteCuba jangan tak cuba tau
DeleteMudahnya.. 3 bahan je.. Kalau buat aktiviti masak kek ni dengan anak2 memang seronok kan..
ReplyDeleteIya mudah, itu yg aiyan beria suruh buat
DeleteKalau anak-anak jumpa menu begini, memang boleh habis licinlah!
ReplyDeleteSedapkan kalau guna oreo.
Betul kak... cuba ajak si kecik tu buat mesti dia suka boleh buat sendiri
DeleteSelamat makan kek :D
ReplyDeleteHhhehehe terima kasih
DeleteWAH ENO PUN JADI BAHAN KEK BARU TAU
ReplyDeletehehehehhe dia punya fungsi sama macam serbuk penaik kak
DeleteSedap tu kek oreo. Sy ada juga tengok kekti mazlan..resepi mudah guna 3 bahan ja
ReplyDeleteitulah ikut kekti mazlan punya resepi lah ni
Deletekadang ikut resepi pun x jadi jugak haha hari tu adik perempuan sy try buat but then entah apa yg kurang kek orea dia buat x berapa menjadi. sy makan ja x cakap apa2 tapi anak dia yg kmplen kata nda sedap lol sy gelak ja
ReplyDeletebiasalah tu, kadang buat benda yang kita tak pakar memang akan tak jadi... heheheh
Deletefuhh best ni dana, cfrms sedap sebab base dia mmg oreo. jrg org tak suka oreo kan.
ReplyDeletebetul tu, aku setuju...
Deletewahh menjadi ye. tak pernah cuba lagi kek style macam ni.
ReplyDeletehehehhe jadi, nanti cubalah fizah
Deleteish ish ish asyik nampak kek oreo akak je kat FB, kat IG, now kat blog lak..hahaha
ReplyDeleteheheheh alah apa lah sgt kek oreo akak ni dibandingkan kek lapis tu... bila lah nk oder kek lapis sunah ni hehehhe
Deleteseriuslah..tak pernah terbayang ada kek tanpa tepung.
ReplyDeletecubalah buat nanti ammi, suruh si kakak buat mesti seronok budak-budak tu makan
DeleteOwh.. boleh eh guna eno tu.. first time tahu.. hehehe..
ReplyDeleteayo daftar di agen365*com :D
ReplyDeleteWA : +85587781483