Friday, July 17, 2020

RESEPI KEK LAPIS OREO DAN BISKUT CRACKERS

Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari jumaat untuk berkongsi resepi. Resepi yang mudah, ringkas dan sedap. Minggu lepas aku ada kongsikan resepi kek oreo 3 bahan, kali ini aku kongsikan kek lapis oreo pula. Aku jumpa dalam www.rasa.my  sebab mudah nak buat aku pun cubalah. Rasa dia sedap juga, cuma lain kali aku kene lebihkan oreo lagi.

Bahan-bahan:

2 bungkus oreo panjang
1 paket biskut cream crackers
3 kotak susu fullcream kecil
sedikit minyak

Cara Masak:

- Kisarkan oreo dan cream crackers secara berasingan.
- Campurkan oreo dengan 1 kotak setengah susu dan gaulkan hingga sebati
- Campurkan biskut crackers dengan 1 kotak setengah susu dan gaulkan sebati
- Lengserkan minyak dalam loyang supaya tidak melekat, lepas tu masukkan 1 senduk campuran biskut cracker dan ratakan dalam loyang kukuskan selama 5 minit
- Bila dah keluarkan, masukkan pula campuran oreo 1 senduk dan ratakan kukuskan selama 5 minit buat hingga 3 ke 4 lapis dan siap.


Guna 3 bahan juga

Kisarkan lah hingga hancur ya 

Oreo tu macam sikit, aku campurkan sikit biskut coklat julies ni

Hasilnya selepas  di kisar

Campurkan dengan susu, gaulkan hingga sebati ya

Bila dah gaul rata, bau dia sedap tau

Campurkan oreo dengan susu juga gaul sebati

bau dia pun sedap betul rasanya... oreo tu pun dah sedap kan

lapiskan jangan tebal sangat tau.. lepastu kukus dalam 5 minit

Lapiskan dengan oreo

aku dapat buat 4 lapis je, tapi itulah kerja nak cepat tak berapa handsome rupanya

gini lah rupanya, silap aku patut bagi oreo lebih baru rasa coklat dia lagi sedap,
 ini bekas kedua dapat 3 lapis je

rasa dia memang seimbang gitu


makan pulak dengan aiskrim

memang layan tau

42 comments:

  1. Macam-macam olahan guna Oreo.
    Nasib baik senang.

    ReplyDelete
  2. Rajinnya Dana.
    Kalau buat mesti anak-anak suka nih! sebab depa sumer suka oreo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab mudah kak itu rajinla cuba... tapi tulah niat nk buat lg tapi dah mula malas

      Delete
  3. kreatif sekali masakan la ni mesti sedap tu

    ReplyDelete
  4. perempuan memang kreatif dalam bab macam nie..

    rupapun maxam sedap jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang lelaki pun dah ramai yang pandai masak

      Delete
  5. Perghhh nampak sedap wooo..kecur den nengokkk..nak kena try gak lerr gamaknyaa

    ReplyDelete
  6. ehhhhh mengada-ngadalah resepi ni..memanggil2 je utk suruh ammi buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh cuba lah nanti ammi, suruh si kakak buat bersama adik-adiknya

      Delete
  7. Replies
    1. tak tahu la boleh ke tidak , takut terlebih masak ke apa... sebab ikut resepi kukus

      Delete
  8. memang sedap. kecur air liur bila tengok. nak suruh isteri buat kek lapis cam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahan pun mudah, memang boleh buat minum petang ni cikgu

      Delete
  9. wow..memang teruja tengok..memang sedap ni

    ReplyDelete
  10. macam-macam boleh buat dengan biskut oreo ni tapi tak pernah try lagi la nak buat kek..hehe

    ReplyDelete
  11. W'salam aunty.
    Nampak sedap dan senang disediakan.
    Saya nak cuba juga laa.

    ReplyDelete
  12. Rajin nya buat dessert selalu.

    ReplyDelete
  13. dugaan apakah ini kakkkk!!! dugaan menggoda tekak..hahahaha

    oreo tu, isi dia tak payah buang kan...mmm nak cuba lah nanti...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah isinya akak blend sekali bagi hancur... sebab itu la datang manisnya

      Delete
  14. simple dan sedap. apa2 ada oreo mmg sedap. lambat tgok post ni, if awal, boleh bawa dak ava buat tadi

    ReplyDelete
  15. betul tu kak, kalau payah n banyak bahan tak berapa rajin nk cuba

    ReplyDelete
  16. uuuish dapnyeee !! buat sendiri puas hati dapat makan banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh itulah.... kalau senang boleh buat sendiri yg susah2 mmg tak rajin akak

      Delete
  17. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  18. Ini sgt sedap ok.. sila POS shah Alam sikit

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...