Thursday, July 16, 2020

PHOTO DIARY #20/2020 SELAMAT HARI LAHIR KE 9 RAYYAN IZZAN

Assalamualaikum semua,

Semalam 15 Julai 2020 hari lahir ke 9 Aiyan. Alhamdulillah membesar dengan jaya nya anak mama nih. Betapa nak membesarkan dan menjaga anak istimewa ini memang perlukan seribu kekuatan dan kesabaran. 
Masa dia kecil, dia kurus sangat sampaikan selalu kene beli baju saiz baby walaupun dia dah umur 2 tahun. Tapi sekarang tak boleh dah pakai saiz budak 9 tahun sebab dia besar dah macam budak darjah 6. Hehehehhe

Semalam aku siap pesan jangan ada yang wish birthday dia sebab saja nak buat suprise kat dia. Kek pun minta maktek yang belikan. Malam tu dia tengah main game pastu maktek bagi salam, dia pun jengukla nak bukak pintu rupanya maktek ada sambil bawa kek dan nyanyi lagu Happy Birthday sukalah dia. hehehhe 

Dia baru 9 tahun tapi besar tinggi tak lama lagi lagi tinggi dari mama kot. 
Selamat hari lahir Rayyan Izzan, moga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat, sentiasa dalam lindunganNya. 


dari aiyan lahir sampai 9 tahun
1,2- gambar aiyan umur sehari
3- masa aiyan setahun
4- aiyan dua tahun
5- di gohtong jaya 3 tahun
6- masa ni 4 tahun
7- di taksa little caliph 5 tahun
8- 6 tahun
9- masa 7 tahun
10,11- umur 8 tahun
12- gambar pagi 15/7/2020 
muka tak sabar nak makan kek dia



yang sebelah tu malu-malu kucing

birthday boy steady je posing sama je bila aku nak ambil gambar
Hanjuku Choc cheesecake beli di pistachio, sedap
beli nasi arab dengan kawan... rm30 banyak ni... sedap dan cukup untuk 5 orang makan
Menu simple, tak sempat nak beli macam-macam bila masing-masing kerja
lepas dah kenyang makan dia pun tertidur, masa ni tetamu ada lagi dia dah tidur

masa ni Ecah nak balik dah... siap posing dulu sebelum bye-bye

gaya bye-bye apa lah ni Ecah ya

28 comments:

  1. happy birthday aiyan! jd ank yg soleh ye.. =)

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun kelahiran buat anak Dana, Rayyan Izzan.
    Semoga menjadi anak soleh yang membahagiakan keluarga.
    Amvoi! meow pun sama landing baik punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, terima kasih kak, itulah si comot tu suka menempel dengan aiyan je

      Delete
  3. Selamat hari lahir Aiyan. Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan..Aaminnn..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir Rayyan Izzan
    Semoga dipermudahkan segala urusan sehariannya

    ReplyDelete
  5. alhamdulillahh...hepi besday aiyan!!! syok ah diaaa sambut birthday!

    ReplyDelete
  6. happy birthday aiyyan..sedap nasi arab tu

    ReplyDelete
  7. Happy birthday Rayyan Izzan. Semoga membesar menjadi anak yang soleh. Aamiin.

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday. Cepat masa berlalu, besar sudah.

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday... semoga membesar menjadi anak yang soleh ye...

    ReplyDelete
  10. Selamat hari lahir Rayyan. Rajin2 belajar, taat pada ibu dan ayah. Moga jadi anak soleh, berjaya dunia dan akhirat. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  11. Happy besaday abang!
    Baju elmo adik tu sama pulak dengan anak kite hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, baju tu beli kat pasar belakang opis tahun lepas tak silap tapi baru sekarang muat

      Delete
  12. semoga ayyan sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan membesar jadi anak yang soleh.

    ReplyDelete

  13. ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  14. Happy birthday ayan semoga membesar menjadi anak soleh kebanggaan ibu ayah.. sedapnya Nasi arab

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...