Assalamualaikum semua,
Hari ini aku cuti, walaupun duduk di Selangor tapi kerja di Kuala Lumpur kan, jadi merasa jugakla cuti sempena KL City menang bola. Mencari resepi nak di kongsi apa ye...
Menu ni aku masak lama dah, sebelum balik kampung hari tu, lupa nak kongsi. Tauhu telur masak sup menu yang aku kongsikan.
Bahan-bahan:
3 tiub tauhu telur, potong bulat dan goreng
2 ulas bawang putih, ketuk
2 biji bawang merah kecil, hiris
Sedikit serbuk lada hitam
1 biji telur
2 tangkai daun sup
1 batanng lobak merah, hiris halus
air secukupnya
1 biji tomato, potong dadu
Bebola ( ini tak letak pun takpe,kebetulan ad bebola lebih aku guna je)
Garam secukupnya
Cara masak:
- Tumiskan bawang putih dan merah hingga naik bau, masukka serbuk lada hitam kasar
- Masukkan lobak merah dan tomato, bila lobak dah nampak layu boleh masukkan 1 cawan air. Biarkan hingga mendidih dan masukkan bebola.
- Tambahkan air lagi, bila mendidih masukkan sebiji telur dan kacau lepas tu perasakan dengan garam dan daun sup.
- Tuangkan sup tu pada tauhu telur yang kita dan goreng tadi. Siap
*Kalau nak kuah yang pekat, boleh tambah sikit tepung jagung yang ditambah air. Masukkan akhir sekali biar pekat sebelum matikan api.
Kalau takde bebola, tak payah letak pun boleh je |
Siap... ratah je pun sedap tauhu telur ni |
Selamat bercuti kak Dana, sedapnya nampak sup tauhu telur tu!
ReplyDeleteTauhu telur memang sedap. Ok Dana buat ala-ala sup.
ReplyDeleteMakan sup tauhu telur macam tu je pun dah kenyang kan.
ReplyDeleteSedap tu..
Suka tauhu telur buat sup macam ni..x yah makan nasi pun x pe...bleh diet..menu sihat kan
ReplyDeleteSedapnya nampak sup tahuntelur tu.Masa goreng bau dia memangah tengaj goreng telur dadar kan...
ReplyDeletesedap selalu resepi dana
ReplyDeletesedap makan macam tu je an dana
ReplyDeleteTerliur tengok mesti sedap ni
ReplyDeleteBuat meratahlah ni
ReplyDeletetak cukup semangkuk
kesukaan anak-anak ammi..segala yg ada tauhu telur mesti berebut
ReplyDeletesuka sangat sangat. kalau makan kat luar, nampak memang ceduk 3-4 ketul terus. tapi tak pernah masak kat rumah, takde orang makan
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete