Thursday, December 2, 2021

PHOTO DIARY #45/2021

 Assalamualaikum semua,

Jom kita layan cerita bergambar ya    

sabtu lepas Edy tak kerja, sarapan kat luar la, lama tak sarapan kat luar... layan roti telur bawang... roti canai melayu

Lepas tu ke Aeon Big Wangsa Maju, cari tshirt dan seluar basahan untuk Aiyan

Jumpa baju comel untuk budak perempuan, mesti belikan untuk Aisyah... 

Antara baju yang Aiyan pilih... sehelai RM10 je, baju besar kain pun best

Buat donat pandan untuk jual di kedai Puspanita

gebus kan, ramai juga yang suka donat pandan ni sebab bau dia yang harum

dah lewat malam lepas buat donat, buat rojak petis pulak

Tempat jalan kaki tepi sekolah Aiyan dah ada bumbung... 

kawasan hutan tepi rumah, kalau siang hari suka tengok tapi kalau malam atau pagi waktu nak pergi kerja scary wei

Masih lagi buat penghantaran buah potong.. 

semalam punya pengepauan... ikut suka dia banyak mana nak paw mama nya

antara kerongsang yang ada di kedai Puspanita, sentiasa ada penambahan yang baru

Bila lah aku nak rajin pakai makeup semula...

teringat Firdaus kak Amie makan sotong goreng tepung, tapi udah rupa cekodok pulak sotong goreng tepung kedai siam ni

subuh tadi hujan renyai jadi aku lah yang kene hantar Aiyan ke sekolah... sebelum pukul 7.00 pagi dah sampai orang pun lenggang je lagi

17 comments:

  1. dap nye pic 1st tu..roti canai, panas2 plak...yum yum
    emm..nak cari tshirt squid game gak for iris, x jumpa lagi

    ReplyDelete
  2. Hari ni hujan dari semalam. Tengok masa antar anak pagi tadi ke sekolah, jalan clear jer, rasanya ramai yang tak pergi sekolah hari ni

    ReplyDelete
  3. Bagus kan dah ada bumbung, taklah panas atau basah

    ReplyDelete
  4. pertama kali tengok donut warna hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Donat pandan warna hijau baru mengancam, dengan bau pandan sekali

      Delete
  5. Banyak jenis kuah roti canai.
    Hehe Dana jual barang tapi kena beli barang lain daripada koperasi yang sama.
    Donut itu sekali tengok warna sama warna epal hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang ada 3 jeniz kuah kak, itulah kak kita jual barang dan jd customer jugak...

      Delete
  6. Duduk bandar pun masih nampak hutan ek.
    kat kampung ni dah susah nak jumpa hutan

    ReplyDelete
  7. gambar makanan tak pernah tak nampak sedap.
    eh aku pun dh lama tak guna lipstik, dh expired bedak, lipstik tu semua

    ReplyDelete
  8. Geramnya tengok donut pandan tu..nanti Dana buat step by step cane nak buat doh dia bleh? hehehehe...kakakmu ini baru nak belajar

    ReplyDelete
  9. macam mana ye rasa donut pandan tu.. x penah mkn lagi la

    ReplyDelete
  10. Meriahnya kuah roti telur tu.. kalau kat sini, paling pun dapat kuah dal dan kuah kari.

    ReplyDelete
  11. dana kurangkanlah aiyan tu makan manis ye..risau gak.
    anak ammi yg no. 2 ni pun ammi control sbb makin tembun badannya.
    maaf ye

    ReplyDelete
  12. Terliur tengok rojak petis. Berzaman tak makan sebab susah nak jumpa orang jual.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...