Thursday, June 19, 2025

PHOTO DIARY #18/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi kelam kabut sikit kat dapur, rasanya awal dah bangun. Pukul 4 pagi dah bangun masak, tanak pulut lepas tu goreng roti sardin dan ayam untuk ayam korea. Sambil itu aku potong buah juga. Malam tadi plan nak masak maggi goreng tapi tak sempat rupanya hahaha. Rasanya kene ada 3 dapur untuk masak rasanya la. 

Bila sampai di hd, baru pukul 7.45 aku dah mengantuk sangat. Pukul 8 terlelap, sedar- sedar dah pukul 8.35, lepas tu segar sikit mata. Kita buatla entri, jom tengok cerita bergambar.

Hari batik kan 

Kutip mulberi pokok jiran sebelah

Lebat lagi buahnya tapi susah nak ambil, jiran dia pindah balik kampung tapi dia sewakan rumah. Jadi dia minta Edy tengok-tengokkan rumahnya

Edy dah pindahkan ulam raja, harap subur la dia

Dia la yang sentiasa sabar menanti


Cantik kan


Hari isnin kami sampai kat pejabat, pintu tak bukak lagi dah pukul 8.30, orang yang biasa ambil kunci kerja luar.

Suka beli manggis kat kedai buah ni, manggis nya kecil dan comel

Hari ahad, rutin ke kedai eco

Memula nak makan mehun goreng tapi nampak tauge terus ambil menu nasi

20 comments:

  1. Kalau banyak menu nak masak tu, eloklah ada 3 tungku dapur macam kak Dana usulkan tu. hihi..mulberry, sedap dapat yang manis. Menara Merdeka 118 tu menarik sangat permandangan dia waktu malam sebab garisan lampu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, tapi dapur kita kecik tak muat nak tambah 1 lagi dapur hehehhe

      Delete
    2. Beli dapur gas yang ada tungku 3 pun okay tu kak Dana. Ada juga extra satu. hihi...

      Delete
  2. sedapnya pagi sarapan nasi daya tenaga kerja seharian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kerja tak payah makan tengahari dh kak

      Delete
  3. kdai ECO ni memang da macam rutin tiap tiap minggu dah hhahahaha

    ReplyDelete
  4. mmg kalo ada 3 tungku btambah pantasss kerja dapur! ehehe.. wahhh bestnya mulberry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk masak nasi atau tanak kadang guna noxxa juga, cuma itulah dapur kita kecik tak muat nak letak 1 lagi dapur

      Delete
  5. sedap tu manggis ..dh musim ek..mcm lama xmkn..ikan keli fav..aritu br masak menu keli berlado..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah beberapa minggu ada jual dekat kedai buah tu kak... ramai peminat keli ni

      Delete
  6. rajinnya 4am dah bangun masak.....suburnya tanaman, mulberi & achik meow omei tu hiksssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi mencari sesuap nasi hehehe itu bangun kul 4, kalau ada pesanan banyak pukjul 3 dah kene masak

      Delete
  7. Aduhhhh.....sedap nampaknya gambar last sekali tu..akaksuka..kalau akak pun dah nampak lauk tu...nak-nak tauge..confirm amik nasi...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau peminat tauge memang gitu... lagi nampak yang macam ranggup lagi tu

      Delete
  8. Lagi musim manggis ya kak? Saya pun sukaaaa sangat buah nih. Besar atau kecil sama sukanya 😉😁. Yg penting maniiis. Kalo dah makan nih bisa habis banyak tak sadar 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim tapi bukan musim besar rasanya... memang sedap manis masam gitu kan

      Delete
  9. Dana rajin memasak, memang sesuailah tungku banyak.
    Kalau akak ni…ermmm malas nak kata diri sendiri 😆

    Dana peminat taugeh, akak pulak kerja buang taugeh kalau jumpa dalam masakan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi itulah kak rumah kecil , dapur tak muat nk letak 1 lagi dapur... hehheeh oh akak bukan peminat toge rupanye heheh

      Delete
  10. Mulberi tu kalau makan kekdang dapat yang masam. Kalau manis pulak memang manis....

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...