Tuesday, July 18, 2023

DEMI MENCARI SESUAP NASI

 Assalamualaikum semua,

Mencuba ambil tempahan makanan untuk mesyurat, rela dalam paksa sebab adik kedai yang minta buatkan. Aku cuba cabar diri boleh atau tidak untuk aku buat, hari isnin agak kelam kabut dan kalut. Walaupun pukul 4 pagi aku dah bangun masak tapi itulah. Kelam kabut sampaikan aku tak sempat pakai makeup. Seharian dari pagi sampai petang kawan pejabat tegur, sakit ke sebab muka pucat. Siap ada pegawai yang suruh aku pakai makeup sebab muka pucat sangat.

Hari ini nekad, dah buat persiapan lebih teratur dari semalam. Malam banyak dah setelkan kerja . Pagi alhamdulillah lebih mudah , siap boleh siapkan menu kedai makaroni ayam bakar, sempat pakai makeup lagi. Moga aku tetap boleh siapkan tempahan ni dengan jayanya hingga jumaat ini.

30 bungkus mehun goreng dengan telur dadar

Memang pucat bedak pun tak pakai

hari ini mee goreng dengan telur mata, 20 bungkus

pagi ini sempat la pakai bedak dan gincu sikit.

18 comments:

  1. zaman sekrang kena ada side income...ini memang terbaik...baba makanan kalau murah dan sedap ramai akan repeat order...goodluck

    ReplyDelete
  2. caiyok caiyok!!! you can do it!! kalau rajin semua pun jadi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, tapi dana tak pandai buat kuih macam akak la

      Delete
  3. Allahu penat sangat tu kak..moga dipermudahkan semuanya! ameen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dik tapi kita cuba kot la rasa ok boleh teruskan

      Delete
  4. Semoga berjaya. Kena pandai susun masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu kak, takpe kita buat mana yg boleh

      Delete
  5. Uishh…nampak sedap mi goreng telur mata tu 😋
    Tahniah Dana berjaya cabar diri 👏

    ReplyDelete
  6. ciayok! ciayok Dana!!! memula mmg kelam kabut, pastu ok lah pandai lah ejas2 masa

    ReplyDelete
  7. Mesti masak sedap ni sebab tu orang order. Suka bihun goreng tp x suka masak bihun.. hheehe..

    ReplyDelete
  8. Why not Dana.. Kalau suka masak, pandai masak tentu boleh jadikan pendapatan sampingan..
    Semoga terus diluaskan pintu rezeki Dana sekeluarga..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, sempat siapkan Tempahan..apa pun, take care Dan Semoga dimewahkan Rezeki..Aamin!

    ReplyDelete
  10. Wahhh.. memang kagum la ngan akak ni tau. Moga dipermudahkan semuanya kak 😊

    ReplyDelete
  11. Ni kalau cicah dengan roti canai,capati & sewaktu dengannnya...sedap ni Dana..
    Berniaga itu kan sunnah..walau kecil-,kecilan tapi banyak kebaikan..Semoga Allah mudahkan urusan..

    ReplyDelete
  12. org laki tak bermekap ok je muka dorang kan..pelik napa kita tak berbedak muka jadi pucat

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...