Friday, July 21, 2023

RESEPI SARDIN KACANG PEAS

 Assalamualaikum semua,

Maaf hari ini sibuk sikit sampaikan lupa nak buat entri resepi. Sedangkan dari pagi lagi dah fikir nak buat entri pasal ini. Resepi ini aku cuba-cuba je, entah teringin nak makan. Jadi lah sardin dengan kacang peas. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 tin besar sardin (jenama apa pun boleh)

1 tin kacang peas (buang air nya dan toskan)

2 biji bawang besar, hiris nipis

4 ulas bawang putih, hiris nipis

5-7 biji cili api

1 sudu besar cili boh

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili api hingga layu.

- Bila dah layu masukkan kacang peas tumis gaul kejap lepas tu masukkan cili boh. Akhir sekali masukkan sardin.

- Perasakan dengan gula garam dan siap. 






sedap bagi aku, rasa lemak manis kacang peas tu

16 comments:

  1. kacang peas dgn sardin sedap makan dgn roti r nasi

    ReplyDelete
  2. mcm ni pun boleh yer..nampak menariks jugak ni.. tq share resepinya

    ReplyDelete
  3. Cicah roti pun sedap ni. Nampak simple. 😋

    ReplyDelete
  4. resepi ni kalau rumah kak ana memang tak jalan Dana, bdk2 ni anti nau dengan kacang peas hehe :)

    ReplyDelete
  5. mudah nak masak ni...tapi Cuya tak suka kacang peas lak...biasa masuk tomato je

    ReplyDelete
  6. W'salam Dana..
    Hari ni saya pun makan lauk sardin.. Lama dah tak makan sardin, sesekali berselera..
    Biasa saya masak sambal sardin sebab semua isi rumah makan pedas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sardin masak pedas memang lagi sedap kan kak

      Delete
  7. kalau buat sardin letas peas ni nampak gaya ammi ngan husband jelah makan..anak-anak cukup menyampah dgn kacang ni walaupun selalu je ammi paksa makan kalau ammi letak dalam nasi goreng

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi goreng sardin campur kacang peas..campur belimbing buluh pernah

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...