Friday, December 15, 2023

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA VERSI MERAH

 Assalamualaikum semua,

Dari pagi nak up gambar tapi asyik tak lepas je, jadi masa ni baru sempat nak up entri ya. Resepi yang biasanya dijumpai di hari raya tapi kalau dah teringin boleh je buat kan. Lauk  yang sedap tapi nak buat agak renyah, jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

3 keping tempe- potong kecil dan goreng

3 biji kentang potong dadu- dan goreng

3 keping tauhu, potong dadu dan goreng

300gm paru di rebus dulu , potong dadu

10 batang kacang panjang, potong pendek

1 batang lobak merah, potong dadu

set suun dan tauhu kering

2 biji bawang merah besar, kisar

5 ulas bawang putih, kisar

sejemput udang kering dan bilis, kisar

3-4 batang serai, ketuk

5 sudu besar cili boh

1 ketul gula melaka

sedikit asam jawa

garam secukup rasa

Cara masak:

- Tumiskan serai dan minyak hingga naik bau, masukkan bahan kisar , masukkan cili boh masak hingga pecah minyak.

- Bila dah pecah minyak baru masukkan paru yang telah di potong dadu, tambahkan sedikit air masak dengan api sedang untuk 15 minit hingga paru empuk.

- Masukkan asam jawa, tauhu kering, lobak merah dan kacang panjang. Gaul lagi hinga semua masak.

- Masukkan garam dan semua bahan goreng, kentang, tempe dan tauhu, Gaul lagi biar semua sebati , akhir sekali masukkan suun bila dah secukup rasa boleh matikan api.












aku makan dengan nasi impit dan kuah kacang

10 comments:

  1. huwaaaa terliurnya Dana...dapat sepiring pun jadi la

    ReplyDelete
  2. Sedap sangat sambal goreng jawanya ni Dana!

    ReplyDelete
  3. Saya baru tahu kalau masakan ini di tempat Mbak adalah Sambal Goreng Jawa.
    Disini namanya hanya Sambal Goreng. Biasa disajikan pada hajatan-hajatan atau juga sebagai masakan tambahan saat Lebaran.

    Kunjungan pertama ke blog Mbak. Salam kenal dan salam persahabatan.

    Salam dari saya di Sukabumi, west java, INA

    ReplyDelete
  4. yumm yumm yumm.. kami di sini x pernah makan.. tp nmpk sgt menyelerakan

    ReplyDelete
  5. Kagum betul dengan orang yang buat sambal goreng ni, terrajin la nak potong & goreng semua bahan tu dulu.

    ReplyDelete
  6. apa pun color...kalau dah sambal jawa confirm saya suka

    ReplyDelete
  7. Suami akak suka..tapi akak x pandai buat...

    ReplyDelete
  8. Why dasa so jauh.. Sambal kesukaan ini..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...