Friday, December 1, 2023

RESEPI TUMIS LABU AIR

 Assalamualaikum semua,

Dah lewat petang baru sempat buat entri, maafkan la diriku ini ya. Kali ini aku nak kongsi resepi tumis labu air, aku dah lama tak masak labu air. Masa tu terjumpa di eco terusla beli, simpan lama juga baru masak. Mudah je nak masaknya rasanya pun sedap tau. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

1 biji labu air, buang kulit dan potong sedang

1biji bawang merah, kisar kasar

sejemput udang kering

3 ulas bawang putih, hiris

5 biji cili api, hiris kasar

garam

air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan bawang kisar, bawang putih cili api dan udang kering hingga naik bau .

- Masukkan labu air, tutupkan dengan penutup, bila dah lembut tambah air. Perasakan dengan garam dan siap.








10 comments:

  1. Wanginya udang kering ditumis buat perencah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan ada lagi stok udang kering itu yang guna tu kak

      Delete
  2. Kita suka lauk² tumis air macam ni. Tapi masalahnya nanti makan bertambah pulak šŸ¤­

    ReplyDelete
  3. wah..sedap ni.. lauk simple mcm ni yg buat bertambah ni.. kann?

    ReplyDelete
  4. Kak Danaaaa,, Lama tak singgah sini.. Best ni sayur labu air. menambah2 nasi kena plak ikan kering dan sambal belacan. simple tapi kemain sedap kan..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya...tapi tu la..x tau nak guna ikan bilis ke udangkering ke sebab Mak Pah x leh makan dua2 tu

    ReplyDelete
  6. Arwah suka buat sup letak suhun

    ReplyDelete
  7. Biasanya masak tumis berkuah campur suhun

    ReplyDelete
  8. Sha tak pernah makan labu air ini.. Selalu kalau ada yang masak memang ambil kuah je.. kikiki..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...