Saturday, January 4, 2020

GERHANA MATAHARI CINCIN 26/12/19

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Pada 26hb Disember 2019 dalam jam 12 lebih hingga jam 1 tengahari terjadinya gerhana matahari analus. Masa tu aku ada kat kampung, tak dapat ambil gambar sangat tapi dapatlah ambil gambar dengan hp cap ayam aku tu. Masa tu memang terasa redup lain macam, aku ajakla adik aku ke luar rumah. Sibuk la siap tengok dalam baldi yang berisi air lagi heheheh. Subhanallah, keindahan yang tak sesiapa boleh buat.

Jabatan aku, JUPEM ada buat cerapan gerhana matahari dengan teleskop dia Masjid Jamek Perpat Timbul, Tanjung Piai tapi rasa jauh lak nak ke sana. Kegigihan aku dengan maktek dapat jugak lah nampak hehehe... Macam-macam gaya wei kami masa tu.

Ini edy yang hantar gambar, kat KL masa tu mendung jadi dapat la nampak gini

masa ni dalam kul 12 lebih

ini yang ambil kat kampung, cuaca masa tu terik 

tengok kat baldi berisi air ni memang nampak, tapi tak boleh tengok lama-lama, sakit mata... bila ambil gambar dengan hp tak jadi

nampak kedudukan bulan sabit tu bergerak-gerak 

nampak kedudukan dia tu 

sedangkan aku berdiri di kedudukan sama cuma masa berbeza

25 comments:

  1. Gigih tengok gerhana matahari ye. Saya macam tak tergerak keluar nak tengok.

    ReplyDelete
  2. tengok gak kat bawah opis dengan uncle tuan tanah sewa opis. dia bagi cermin apa tah warna hitam..mmg nampak clear tengok guna cermin tu. Mama Yan tengok bayang2 guna sampul surat tebuk guna penebuk lubang....

    ReplyDelete
  3. Ummi sempat tgk..tp time die jadi gelang tu silau sgt klu tgk direct..smpt ms die jadi sabit .subhanallah meremang bulu roma masa tu..

    ReplyDelete
  4. Saya sempat tengok sekejap je. Itu pun dah hujung-hujung pukul 2. Tapi walau sekejap, perubahan sekeliling tu nyata sangat. Sekeliling jadi gelap, sunyi. SubhanaAllah..

    ReplyDelete
  5. Saya tak sempat tengok. Mampu tgk gambar kawan2 post je

    ReplyDelete
  6. Tak ada rezeki nak tengok kak sebab dah jena lindung dengan awan

    ReplyDelete
  7. Sempat gak tgk. Masa tu kat rmr gambang otw ke kuantan. Sakit mata. Silau sangat

    ReplyDelete
  8. mampu jenguk dari jendela opis je, tak koser nak turun tangga kluar 😄

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesempatan yang baik.
    Subhanallah, di antara tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT.

    Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam telah mengkhabarkan kepada kami Ma’mar dari Az Zuhri dan Hisyam bin ‘Urwah dari ‘Urwah dari ‘Aisyah berkata, “Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah saw. Maka baginda berdiri melaksanakan solat bersama orang ramai, baginda memanjangkan bacaan, lalu rukuk dengan memanjangkan rukuk, kemudian mengangkat kepalanya, lalu membaca lagi dengan memanjangkan bacaannya namun tidak sebagaimana panjang bacaan yang pertama. Kemudian baginda rukuk lagi dengan memanjangkan rukuk, namun tidak sepanjang rukuk yang pertama, lalu mengangkat kepalanya kemudian sujud dua kali. Baginda kemudian berdiri kembali dan mengerjakan seperti pada rakaat pertama. Setelah itu beliau bangkit dan bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan mengalami gerhana disebabkan karena mati atau hidupnya seseorang, akan tetapi keduanya adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, yang Dia memperlihatkan kepada hamba-hambaNya. Jika kalian melihat gerhana keduanya, maka segeralah mendirikan shalat.” (Sahih Bukhari no. 998)

    ReplyDelete
  10. NA- hehehe kebetulan memang kt rumah kan... itu yg sibuk beria tu

    AzianKhalil- kalau tgk dengan cermin hitam mmg nampak ternag la tu kan... cuma yang psl bayang-bayang tu tak tau la jd bentuk bulan sabit...syg betul

    k NurAsyiqin- itulah tak nampak sgt masa tu, itu tgk dgn air tu... tu pun silau, kat area kl mendung tu nampak bentuk

    Nuru Shahira- itulah perubahan keadaan tu yg terasa sgt

    Aisyalieza- ok jugak tu kwn2 pos kan.. kalau yg tgk kt tv tu cantik betul

    Mimie- kene tunggu banyak tahun lagi kalau nk tgk sendiri tu mimie

    IbuLala- itulah mmg silau kak, itu yg tgk kt air, nk cari cermin gelap tak jumpa2

    k Kamsiah- tak teringat kak pasal yg tuh

    ShirVen- hahahah kt kampung masa tu, mmg lari kuar je

    en Abuikhwan- wsalam... memang syukur dapat tengok gerhana matahari ni, tanda kekuasaaan Nya

    ReplyDelete
  11. Akak pun tengok, amik gambar guna hp x nampak sebab x secanggih Iphone...lepas tu sakit mata dan pening kepala

    ReplyDelete
  12. tengok gambar je aritu.. x sempat nak tengok live. hehe

    ReplyDelete
  13. Subhanallah besarnya kuasa allah

    ReplyDelete
  14. an incident happened to me while everybody was busy dengan gerhana.

    ReplyDelete
  15. k SA-itulah dana guna hp pun kejap, buat jadi gelap baru boleh amik tu pun ttp silau

    en Ejulz- kat gambar pun dah cantik kalau live lagi lah

    k Mamapp- betul tu kak...

    Ray- kenapakah dik oi? cer cite

    ReplyDelete
  16. xdan nak tengok haritu, sebab busy sangat

    ReplyDelete
  17. memang ramai teruja nak tengok kan

    ReplyDelete
  18. tengok gak yang kawan share ambil guna kamera dslr lens tele, memang nampak pergerakan cincin sama macam akak tengok tu...subhanallah...

    ReplyDelete
  19. Teruja sangat dan boleh terlupa pula tak boleh tengok direct.. Berpinarlah kejap mata.. hehehe..

    ReplyDelete
  20. SubhanaAllah, Allah Maha Besar 😭

    Ruby tak dapat tengok. Hanya tengok yang kawan² dan suami share saja kak.

    ReplyDelete

  21. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 8 permainan seru :)

    ReplyDelete
  22. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.club....^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...