Assalamualaikum semua kawan-kawan,
Cuti CNY hari isnin lepas kami tak keluar sarapan sebab Edy kerja. Pagi tu ke dapur ingat nak masak mehun goreng tapi bahan lak tak cukup, nak buat nasi goreng malas lak nk masak nasi nya. Nak masak maggi goreng tapi tengok tinggal 2 pek je jadinya kita tukar lah rancangan.
Buat murtabak maggi jelah, dah lama tak buat pun. Godeh la dalam peti cari bahan yang ada, sayur mayur pun takde. Apa yang ada jelah ya janji boleh jadi sarapan.
Bahan-bahan:
2 pek maggi ( celur dan toskan)
5 biji telur
1 pek perisa kari maggi
2 biji bawang merah kecil , mayang halus
3 batang filament crab, potong nipis (korang boleh isi lauk apa pun, sosej, ayam, daging, udang tapi kalau taknak isi pun boleh)
2 batang daun sup, hiris halus
Cara Masak:
- Campurkan semua bahan dalam 1 bekas besar
- Gaulkan semuanya hingga sebati
- Gorengkan dalam pan ikut kesukaan nak saiz mana
- Gunakan api sedang supaya betul-betul masak murtabak maggi ini.
- Boleh makan dengan sos cili dan mayonis
masa ini aku lupa masukkan daun sup, dah nak goreng baru ingat |
aku gunakan cuma 1 perisa maggi jadi dia agak pucat |
aku guna pan yang kecil je mudah sikit nak jaga |
ini pun agak fail sebab pecah sikit tengah tu hahahha |
dah siap di goreng, tak sempat nk susun yang lawo kat atas, yang pecah kat bawah... hahaha janji sedap makan panas-panas |
Sedapnya dana .. murtabak megi
ReplyDeleteaku pun suke ni dana....telur byk2...fuhh fluffy ajeeee nanti....ko punye versi meriah jugak bahannye hah...best2....
ReplyDeleteada juga tgk org share resepi murtabak maggi tp tk pernh buat..kelmarin husband akak ada ckp nk buat tp tk buat2 lg hehe
ReplyDeletex pernah makan murtabak meggi tp rasa mcm nak cuba la..
ReplyDeletesedapnya.... lama tak buat murtabak maggi
ReplyDeleteK NurAsyiqin- sedap kak, lagi banyak isi lagi sedap
ReplyDeleteLieyaLatif- betul tuh, kalau telur sikit tak berapa ngam kan... selalu aku isi lagi banyak sayuran, kengkonon sihat la
MamaTisya- tryla request kak, kot dapat makan petang nih ke ujung minggu ke
Abam Kie- mudah je buatnya, nanti cubalah abam kot lah kene dengan selera
k Amie- dana pun lama tak buat, selalu buat time bulan puasa je hehehe
Nampak gebu je murtabak megi tu. Nasib balik boleh tukar-tukar bahan dalam murtabak tu.
ReplyDeleteHai kak dana . Lama tak jenguk blog akak .
ReplyDeleteWeyyy , murtabak megi nie paling mudah dah cepat kenyang .
Saya selalu jugak buat murtabak megi nie , letak telur lebih lagi yummyyy 😍
Menariklah idea Dana nie.. Sha tengah cari idea nak bekalkan apa dekat anak2 nie.. tq Dana..
ReplyDeletewah nampak sedap.. terliur lah
ReplyDeletehttps://thejagungspirasi.blogspot.com/
Macam senang aje nak buatnya.
ReplyDeletekita tak berapa minat murtabak megi, tapi kak dana buat ni macam nak mintak lahhhh
ReplyDeletesungguh kreatif la manusia zaman sekarang
ReplyDeleteletak crab stick banyak2... puas hati makan. sedap ni lama da x buat.
ReplyDeleteSedapnya.. lama x makan mhrtabak Meggie. Nanti nak buat lah..
ReplyDeleteBtw mama tag Dana
http://www.mamapipie.com/2020/02/beeha-mencari-bloglist-baru.html
Sedapnya. Lama tak makan ni murtabak meggi
ReplyDeleteSedap tu kak dana oii..Lama tak buat murtabak meggi. Kalau dah nampak meggi mesti nak merebus je. memang tak lah nak memurtabakkan dia.Hihi
ReplyDeletek NA- nak gebu kene lebihkan telur... isi boleh ikut suka kita je hehehe
ReplyDeleteSuhana- itulah ke mana menghilang tuh kan, itulah mudah mengenyangkan pun iya, makan panas-panas layan betul
k Sha- sesuai jugak jadi bekalan anak-anak nih, boh banyak sikit sayur macam lobak, kucai dalam murtabak megi tuh
AimanSalleh- sedap dik, lagi-lagi kita buat sendiri
wak WP- senang je lah wak, cuba wak buatkan untuk mem pulak
Sunah- heheheh makan panas-panas boh mayo lak sedap Sunah oi
MrHanafi- alhamdulillah, pelbagaikan masakan
SYM- itulah boh crab stick tu pun layan, kalau ada sosej best gak
MamaPp- buat jangan tak buat kak...
Khairul Krol- sedap di buat sarapan atau minum petang nih
Azhafizah- heheheh itulah, ini sebab tak cukup maggi itu yang jadi muratabak tu
hua hua hua hua...
ReplyDeletelama nyer tak buat ni.
maggi ada jer stok kat rumah, dana.
ijat suka makan maggi mcm biasa je.
kalau buat lain skit, mula la dia berkeriut dahi! :) ha ha ha ha...
sesekali buat pai maggi ni, sedap gak.
k Aida- tulah sesekali layan, selalu-selalu jemu jugak... oh ijat tak minat yek, si aiyan ikut mood jugak kadang dia tak layan jugak...
ReplyDeleteSedap.. pelbagaikan isi murtabak maggi macam ni, lagi lah berselera :)
ReplyDelete
ReplyDeletemain poker dengan banyak penghasilan
ayo segera hubungi kami
WA : +855969190856
Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
ReplyDeletemampir di website ternama I O N Q Q
paling diminati di Indonesia,
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-Q
~domino99
~poker
~bandar66
~sakong
~aduQ
~capsa susun
~perang baccarat (new game)
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
Whatshapp : +85515373217