Friday, January 3, 2020

RESEPI MEMASAK BUNGA KUCAI

As salam semua kawan-kawan,

Korang kenal tak bunga kucai atau ada yang panggil bunga bawang putih atau asian chives. Ini pengalaman pertama aku masak bunga kucai ni.  Sebelum ini biasa aku nampak kat blog atau facebook. Bila dapat jumpa jakun jugak la, nak cuba tapi dia jual seikat bukan main besar.  Beli jugak lah dapat masak 2 jenis masakan. Bawak balik kampung bunga kucai nih, guna masak kat kampung jugak dan diaorang suka je dengan rasanya.

Cuma yang tak suka kucai atau bau dia yang kuat memang takkan suka masakan ini.  Lain kali aku patut masak kejap je, baru ranggup je rasanya.

Resepi Tumis Bunga Kucai dengan telur

Bahan-bahan:

1 mangkuk bunga kucai yang di potong seinci
sedikit kek ikan, potong ikut suka
2 biji telur
2 ulas bawang putih, tumbuk
4 biji bawang merah kecil, tumbuk
sedikit bilis, tumbuk
3 biji cili api, tumbuk
garam

Cara Masak:

- Tumiskan bahan-bahan tumbuk hingga naik bau, dan hampir garing
- Masukkan kek ikan gaulkan rata hingga masak kek ikan dan masukkan bunga kucai. 
- Bila dah kacau rata, masukkan garam, telur gaulkan hingga telur masak dan boleh keluarkan

jumpa kat pasaraya giant

nampak bunga nya tuh, bentuk nya pun lain dengan daun kucai tau
batangnya nampak berisi bukan leper macam daun kucai tau

Ini je bahan-bahan utamanya

tumbuk kasar-kasar je ye kawan-kawan

masukkan kek ikan masak lama sikit jangan sampai mentah lak

bau dia macam kucai tu tapi lain sikit...



dah siap, sedap jugak sebab laki aku makan habis... kalau tak sedap kat tekak mesti dia tak makan

esoknya aku masukkan dalam telur dadar... 

sedap jugak... tapi aiyan tak suka heheheh... 

27 comments:

  1. Yela..rupa dia tak sama mcm daun kucai yg biasa guna - leper.

    Telur dadar campur kucai tu nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. SA x pernah makan lagi...nampak macam sedap..SA kalau kucai suka campur dalam mee goreng , cekodok atau cucur udang...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. Belum penah makan lak bunga kucai. Selama ni dok makan kucai biasa tu ja 😁

    ReplyDelete
  4. x pernah makan tp nampak sedap je.

    ReplyDelete
  5. WAH MESTISEDAP SAT UR NI XPERNAH RASA LAGI

    ReplyDelete
  6. k Ujie- aah kak dia nampak bentuk bulat, rasa lebih ranggup lagi

    k SA- dana pun suka campur dalam mee goreng daun kucai, tapi bunga kucai ni tak pernah lagi masuk dalam mee goreng mesti sedap jugak

    k UmiNazrah- hehehe kebetulan terjumpa itu yang cuba tu

    Abam Kie- cuba lah beli kalau terjumpa... rasanya sedap jugak

    k Paridah- sedap kak, yang suka makan kucai

    ReplyDelete
  7. Tak pernah jumpa lagi sayur nie.. bubuh dalam telur tu nampak menarik..

    ReplyDelete
  8. Pengetahuan baru pasal daun kucai ni.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah tahu sayur ni.. Pasni kalau jumpa dah tahu la nak masak apa

    ReplyDelete
  10. Tak pernah lagi jumpa bunga kucai. Daun kucai je biasa nampak. Nanti kalau jumpa boleh try menu ni 😉. Yang last tu kucai masak dalam telur, teringat korean food. Selalu diorang masukkan kucai dalam penkek.

    ReplyDelete
  11. k Sha- dia rasa ranggup gitu, selalu kt NSK banyak atau giant

    NA- dia tak jual sekali dengan daun kucai tau, dia jual asing

    Han- ye memang jarang ada nampak jual nih...

    Nurul Shahira- heeh kot-kot terjumpa kat pasaraya nnti boleh la cuba beli dan masak

    en Ejulz- kalau suka sayur memang sedap, lagi-lagi kalau peminat kucai

    ReplyDelete
  12. wak tau jalan Kuchai jeer., hehehe
    nmpk sedap dgn telur dadar tuuh.,

    ReplyDelete
  13. paling saya suka telur goreng yang ada adunan kucai..

    alhamduillah

    ReplyDelete
  14. tumis dgn ikan bilis pun sedap kucai jenis ni, ada yg sejenis lagi tu buat kerapu sedap!

    ReplyDelete
  15. ray igt daun kucai td. ray suke letak daun kucai bila buat jemput-jemput.

    ReplyDelete
  16. Walaupn mcm xpernah mkn.tp nampak sedap cara dana masak..

    ReplyDelete
  17. Rajin Dana cuba macam2 . Akak terliur nampak telur dadar tuh..akak suka jer kucai..masuk dalam cekodok pun best! hehe.. tapi memang akan dapat banyak kan kalau beli banyak tuh. Sesuai klau makan ramai-ramai ni.

    ReplyDelete
  18. Kalau masak sotong masak kunyit kan saya suka letak daun kucai. Daun kycai jugak bagus diamalkan untuk kecutkan rahim. Ni petua nenek saya.

    ReplyDelete
  19. Nampaknsedap. Kk pun X penah makan ni fana

    ReplyDelete
  20. wak Lat- hehehe wak tahu nya kalau dlm pinggan makan je

    mrHanafi- telur lain perisa telur dadar tu bila ada daun kucai

    ShirVen- kalau yg dlaam kerabu tuh lokio kot, kan sedar mara kucai gk

    Ray- sama lbh kurang duan nya cuma ni lbh ranggup

    k NurAsyiqin- hehehe dana bab cara masak mmg teror kak, campak-campak je

    k NanyFadhly- heheh tak cuba tak tau rasanya kak, sebab ada orang kata sedap, ranggup

    Mimie- petua yang menarik tu mimie

    k Mamapp- kalau terjumpa cuba lah beli kak

    ReplyDelete
  21. Sedap ni. Suka gak makan. Beli stok banyak pun macam-macam boleh dipelbagaikan menu

    ReplyDelete
  22. agaknya bunga kucai ni ke yang diorang letak dalam carrot cake tu ekk..

    ReplyDelete
  23. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D

    ReplyDelete
  24. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.club....^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete
  25. oooooo...
    tak pernah plak aida masak ni, dana :)
    new ideas.
    new knowledge.

    ReplyDelete
  26. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...