Friday, May 30, 2025

TUMIS TERUNG DAN UDANG

 Assalamualaikum semua,

Cerita nya dah beberapa minggu lepas ni, beli terung lepas tu asyik lupa nak di masak mujur la terungnya masih elok. Lepas tu malas pulak nak sediakan bahan bumbunya. Nak senang kerja aku guna perencah nasi goreng adabi yang baru, yang pedas. Sedap juga rupanya sesuai tambah untuk masak sayur.

Jom tengok resepinya:

3 batang terung, potong serong

3 ulas bawang putih, hiris

1 biji bawang merah besar hiris

4 biji cili api, potong

1 mangkuk kecil udang kecil

Suku perencah nasi goreng adabi pedas

1 sudu kecil asam jawa

1 sudu gula

Garam

Air secukupnya

Cara masak:

- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili api hingga layu.

- Masukkan perencah nasi goreng, kacau-kacau sikit masukkan terung. Tambahkan air secawan lepas tu tutup kan periuk dengan penutup hingga terung masak.

- Tambah asam jawa, gula garam lepas tu masukkan udang.

- Bila dah cukup rasa boleh matikan api. 












24 comments:

  1. Aduhai baru teringat ada seplastik besor terung PZ beli...dia mintak buatkan sambal terung...ishhh...kena buat esok ni...

    ReplyDelete
  2. taufik memang tak pernah makan terung....tapi tgk orang lain makan macam sedap je hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruginya, sila lah cuba makan terung sedap tu

      Delete
  3. Replies
    1. Kalau dekat dana yg datang umah akak mintak lauk hehehhe

      Delete
  4. Cara macam ni campur udang belum pernah makan lagi. Terung ni masak apa pun sodap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, rebus cicah ngn sambal belacan pun sedap

      Delete
  5. waahh boleh save resepi ni sbb sllunya duk buat terung berlado je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila cuba, tak payah boh udang pun dah sedap

      Delete
  6. Stok bumbu Adabi saya dah habis pula 😅😅. Memang saya suka stok Adabi ini kak. Sebagian bumbu ada dijual di JKT. Tp tiap kali saya ke KL atau Penang, pasti selalu beli lagi, terutama yg ga dijual di jakarta.

    Sedap pasti menu ini.. nak buat lah, simple pula 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak tu selalu ulang alik ke Malaysia mesti selalu nyetok kan dik...

      Delete
  7. Perencah nasi goreng xtra pedas tu memang betul-betul pedas.. Menarik tau sebab perencah tu boleh kita pelbagaikan tak semestinya buat nasi goreng kan Dana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau campur dalam nasi goreng pun boh sikit je dah kepadasan

      Delete
  8. Suka menu terung macam ni tapi takut yang pedas2

    ReplyDelete
  9. nie lagi another level kak Dana..linda guna untuk goreng kuetiau, akak buat masak terung...boleh cuba lepas nie

    ReplyDelete
  10. Boleh cuba perencah nasi goreng kampung extra pedas. Tq perkenalkan.

    ReplyDelete
  11. kegemaran ni. tapi hakak sering fail goreng terung tu, selalu kurang minyak, krg sedap

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...