Monday, December 28, 2020

KEREPEK NGAKU @ARROWHEAD DATANG LAGI

 Assalamualaikum semua,

Bila tiba akhir tahun selain burger mcD prosperity ada sesuatu yang aku tunggu-tunggu. Ubi ngaku atau arrowhead, orang cina yang biasa masak dengan ubi ni tapi aku suka buat kerepek. Aku buat kerepek pun lepas ada seorang nyonya ni yang bagi cadangan masa aku selalu ke kedai nya beli barang. Sedap katanya, manis lemak dan sehingga hari itu dah 5 ke 6 tahun jadi rutin.

Ubi ngaku ni kalau nak buat kerepek senang je cuma api tak boleh besar macam buat kerepek pisang sebab dia cepat hangus. Petua paling best, masa bersihkan tangkai atas dia jangan buang, supaya senang untuk jadi pemegang bila nak sagat.

Dia bukan sengkuang cina, sebab sengkuang cina warna gelap 

Ini rupa dia tau

Kupas dia jadi gini, belah kanan tu ok ada tangkai, belah kiri tu payah nak pegang untuk sagat

Rendam dalam air dan letak sedikit garam

Selepas 15 ke 20 minit boleh toskan

Aku pakai penyagat biasa je,lebih senang pakai sagat yang ini

Dia agak melekat tak macam kerepek pisang tau, api memang kene sedang

Dah siap kerepek ngaku... rasa dia lemak manis


25 comments:

  1. Rajin Dana buat kerepek. Warna memang cantik kuning keemasan.

    ReplyDelete
  2. kak dana rajin buat jajan kan ! bestnyaaa.... klu p rumah kak dana, semua tersedia ada heheh

    ReplyDelete
  3. Memang sedap sangat kerepek ubi ngaku ni, tak payah tambah apapun, dah lemak2 manis rasanya. Cuma bila nak buat tu perlukan kerajinan sbb akk rasa agak cerewet juga nak membuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu kak sedap rasanya dia tu, unik gitu...
      nak buat tang kene kupas satu tu agak leceh udahla kecik kan

      Delete
  4. Bila hujung Tahun nak Tahun baru China ni keluar lah ubi ngaku ni.. pernah buat juga.. mmg sedap bila mkn nak sagat Tu malas sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, sebab tu dana selalu buat banyak terus... kalau sikit-sikit mcm tak berbaloi lak

      Delete
  5. lama tk buat kerepek ngaku,...dapnya kunyah2 ralit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kak dia kuar kan setahun sekali je itu lama tu heheheh

      Delete
  6. pertama kali dengar pasal kerepek ni masa dah start kerja haritu hehe

    ReplyDelete
  7. wow! baru tahu. first time tengok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia muncul time nak CNY je, sebab tu ramai tak kenal hehehe

      Delete
    2. iya, dia selalu muncul akhir tahun dan paling lama pun awal bulan 2 gitu kadang dah takde di pasaran

      Delete
  8. ingatkan lengkuas tadi..haha. adoi first time dengar kerepek ni. ni kalau hidang depan mata sekejap je habis..hahaha

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-indonesia-assalamualaikum-calon.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah melampau bebeno ko dik jauh beno rupa lengkuas dgn ngaku hahahaha

      Delete
  9. ku ingat kan bawang putih ..hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh... dulu-dulu masa tak kenal akak pun ingat bwang jugak, tapi dah kenal baru jatuh cinta

      Delete
  10. Lama tak buat.. memang sedep kerepek ini berbanding kerepek pisang atau ubi.. Setahun sekali je dapat jumpa kan Dana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu kak, dahla ada pun tak lama.. itu yang rajinkan diri buat tu

      Delete
  11. sekali tengok mcm bawang putih hehehhe

    ReplyDelete
  12. Tak pernah makan. Nak cari gak lah arrowhead ni nak buat kerepek gak cuba rasa.

    ReplyDelete
  13. Sekali imbas tengok bawang putih. Tapi rupanya bukan. Tak pernah kenal arrowhead ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...