Friday, December 4, 2020

RESEPI KARI KEPALA IKAN TENGGIRI

 Assalamualaikum semua,

Geram je aku pagi - pagi dah nyanyuk, beria aku taip entri ni bagi resepi tapi lupa nak update tak ter save. Dana-dana.... sabar jelah

Kisahnya beberapa minggu lepas, Edy ke pasaraya Giant dan nampak kepala tenggiri ni. Giant kadang bila petang dia boh ikan atau seafood lain dengan separuh harga. Jadi dia tengok banyak kepala ikan ni dah harga murah dia pun beli lah. Dia beli 3 bekas kepala ikan dan 3 keping badan. 

AKu siap mintak resepi kari ikan ni dengan mak, sebab kari ikan mak memang sedap. Sesekali beli ikan mahal kan kita nak la hasilnya pun umppph. Aku ni dahla jarang sangat masak kepala ikan.


Bahan-bahan:

6 keping kepala ikan, 3 keping badan

3 biji bawang merah, kisar

5-6 ulas bawang putih , kisar

1/2 inci halia, kisar

Rempah 3 sekawan

2 paket kecil rempah kari ikan babas, bancuh dengan 1 cawan air panas

3 keping asam keping

2 1/2 kotak kecil santan

Kacang bendi

Tomato

2 tangkai daun kari

Garam/ gula secukupnya

Air secukupnya

3 sudu besar minyak 

Cara Masak:

- Tumiskan rempah 3 sekawan dan daun kari, masukkan bahan kisar masak hingga pecah minyak

- Masukkan rempah kari yang telah di bancuh masak lagi hingga pecah minyak

- Masukkan kepala ikan dan gaulkan dengan rempah hingga rata, tutupkan kuali dengan penutup untuk 5 minit

- Buka penutup dan terbalikkan kepala ikan supaya masak sekata, masukkan asam keping dan air 1 cawan. Masakkan hingga ikan masak

- Buka penutup masukkan santan, 1 cawan air, bendi, tomato dan 1 keping lagi daun kari masakkan dengan api kecil hingga masak.

- Tambahkan gula garam dan perisa perasanya bila dah ok boleh matikan api.

* Kalau suka kari berkuah atau pekat boleh tambah air ikut kesesuaian

besar gabak ikan ni

bahan utamanya


tumiskan hingga pecah minyak tau

bila dah pecah minyak baru masukkan kari kacau lagi

masak hingga pecah minyak tau, kalau tak tak sedap kari tu

masukkan ikan dan kepingan daging gaulkan serata sebelum tutup kuali dengan penutup

pastikan kita terbalikkan ikan tadi supaya masak sekata, masukkan bendi dan tomato akhir sekali 

dah siap... kari kepala ikan kita

48 comments:

  1. kari kepala ikan tenggiri fevret ni sedap sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, teringat-ingat je kak oi hehehhe

      Delete
  2. sedap. makan nasi bertambah-tambah Ros kalau macam ni. hihi

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak...rasa nak makan lagi walaupun baru saja buat hujung minggu lepas..

    https://naimyart.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya... kalau beli kat kedai 1 kepala tu dah berapa puluh kan

      Delete
  4. suka kari kepala ikan tp MIL yg masak..selalunya MIL guna ikan merah....suka part mata tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni tak jumpa lagi kepala ikan merah yang murah kak heheheh... kalau offer tingin jugak guna ikan merah

      Delete
  5. kalau kat utara ni kami tak guna asam keping dalam kari tp bancuhan air asam jawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. paste asam jawa ada tapi saja guna asam keping kak

      Delete
  6. Besar betul kepala ikan.
    Tidak pandai makan kepala ikan.

    ReplyDelete
  7. tudia...ammi tak pernah lagi masak kepala ikan tenggiri. biasanya pak incik beli kepala jenahak atau merah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau ada cuba beli dan masak kari ammi, mesti terangkat

      Delete
  8. ikan tenggiri memang sedap masak kari, kalau family saya suka pedas, saya akan tambah cili kering blend tiap kali masak kari ikan atau kari ayam..bahan yang lain sama..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana tak boh cili kering sebab aiyan tak makan pedas

      Delete
  9. Akk terus terang jelah dana, akk and family tak minat dgn kepala ikan, tak reti makan, tapi akk tau kari dana ni mesti meletup sbb dah cukup bahan2nya tambah2 dgn sayur2 tu, kuajnya buat lebih cicah dengan lempeng kelapa, ermmm..nikmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe ye kak tak semua orang suka kepala ikan... tulah kuah nya pekat makan dengan lempeng ke prata memang sedap

      Delete
  10. teringat arwah ayah mertua ,dtg kl mesti nak mkn kari kepala ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kedai kegemaran mesti nak cari punya

      Delete
  11. Kalau ai masak kari tumis kari dulu. Kena try resipi ni pula.

    ReplyDelete
  12. tiba2 teringin makan kari huhuhu
    esokla cari hehe kalau masak mmg nda sbb malas hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhehe takpe ada masa bila rajin cuba masak

      Delete
  13. Sama menu kita minggu ni Dana. Suami Kak yang suka makan Kari kepala ikan, Kak Tukang Masak je.
    Sedap tu kepala ikan tenggiri buat Kari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh layan makan kepala ni, kdg yg besar banyak dagingnya

      Delete
  14. jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  15. Biasanya aku beli gulai kepala kakap di resto Padang.
    Tapi disini ada resepnya, jadi keluarga kami dapat memasak sendiri.
    Waaah mantap !.

    Terimakasih telah berbagi resep.
    Salam.

    ReplyDelete
  16. Aduhhh, sedapnya kari. Terliur kita. Hehe

    ReplyDelete
  17. Ya Allah sedapnya, makan kuah banjir.. yummsss

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Wahh, resepi lagi. bolehlah salin resepi ni. kami biasa buat kari kepala ikan merah. tapi orang tua-tua dahulu tak bagi makan kepala ikan, katanya takut jadi bebal..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, amin... cuba ya nanti ustaz dengan ikan apa pun ok

      Delete
  19. bendi tu menambah kan selera gulai ikan tu!

    ReplyDelete
  20. Kari camni, cicah roti pun sedap. :)

    ReplyDelete
  21. mabeles kari kepala ikan tenggiri kak dana. Bikin lapar tengah malam ni haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah macam ketagihan lak , akak seminggy lps tu msk lg kari ni

      Delete
  22. wowww memang besau betul kepala ikan tenggiri tu kak!

    ReplyDelete
  23. wow ikan dia...kak dan ^_^ sedap kari ikan..
    shida kan tak pernah lagi masak kari ikan huhuuu
    sbbnya suami xmkn ikan ^_^

    ReplyDelete

  24. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 9 permainan seru :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  25. Besar kepala ikan tuuuu.. puas makan.. !

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...