Assalamualaikum semua,
Salam selasa semua kawan-kawan, pagi ini sejuk betul malam tadi hujan renyai sampai lewat malam. Pagi ini aku kerja di pejabat, boss lama masih tumpang di biliknya sebab dia ada majlis untuk di hadiri projek semasa dia jadi pengarah di bahagian ini. Kelakar je bila dia masuk sambil sengih dan cakap nak tumpang bilik ye heheheh...
Aku nak kongsi dengan kawan-kawan, dimsum sedap yang aku pernah beli. Bagi aku sedap dan harga berpatutan sebab selama ini dimsum harga memang agak mahal dan aku pernah beli dimsum di pasar tani bila balik rumah kukus, rasa hanyir walaupun 12 ketul tapi terkulat-kulat juga nak habiskan. Sejak dari itu aku tak berani beli dimsum sampaikan bekas PPM Aiyan ada jual. Mula-mula cuba beli 1 paket balik rumah kukus, eh sedap lah. Terasa isi dia tu bila gigit tak la rasa macam bebola tu kan, lepas tu ulang beli lagi dan beli lagi.
1 paket RM 38 isi nya da 55 ke 57 biji lebih kurang 1kg beratnya.
|
Dimsumnya ada 4 perisa ayam, udang, ketam dan sotong
|
|
PPM ini siap beli chest freezer untuk menampung tempahan yang semakin banyak |
|
susun gini lepas tu kukus la hingga masak |
|
Dah masak... sedap bau dia tuh |
|
Aiyan pun suka makan, cuma yang perisa sotong tu je pedas sebab ada campuran lada hitam... yang lain ok sesuai untuk budak |
|
memang jadi bekalan untuk bawak ke pejabat |
|
aku suka letak sos nya sekali, baru meresap |
|
ini yang ketam |
Susah nak cari dimsum yang menepati citarasa.
ReplyDeleteHarga berpatutan.
betul tu kak, susah nak cari yang rasa ok dan harga berpatutan biasa 1 ketul tu pun dah seringgit atau dua ringgit
DeleteMurah tu...pernah gak beli pek besar gini tapi harga tinggi lagi.
ReplyDeleteAkak pun suka makan dimsum, cuma tu lah..mahal. Ngapnya sekali banyak pulak. Haha..
itulah kak biasanya kan mahal ... ini just nice lah besarnya 1 tu
DeleteYa Allah terliurnya. Kalau dekat boleh tumpang pesan dim sum hendak cuba.
ReplyDeletetulah kak, kalau akak kat kl ni boleh dana hantar
DeleteIngatkan Dana nak share resepi dimsum ,boleh try buat sendiri..hihi.
ReplyDeletehahahha idok la kak yang susah gini dana nak buat sendiri
Deleterupa pun menarik...sudah tentu rasa juga sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap yg ini tak rugi beli
Deletedimsum... dulu ada ummu ikhwan belikan, teruja sungguh nak merasa, maklumlah tak pernah makan. sekali gigit ohh, rasa yang tidak boleh diterima anak tekak. penyudahnya ummnu ikhwan dan anak-anak yang menghabiskannya..hehehe
ReplyDeleteMungkin ustaz terkene mcm saya mula2 tu, tp bila dah jumpa yg sedap memang akan repeat
Deleteada kawan dekat tempat kerja jual juga.. rasanya dua bulan skali atie sure beli hahahah
ReplyDeleteBila dah kene dgn selera memang akan repeat beli lagi n lagi
DeleteOh bestnya ada jual yang paket banyak2 macam ni rupanya!
ReplyDeleteAah ada dah sekarng ni... sebelum ni agak jarang jumpa frozen gini
DeleteRasanya macam ada nampak kedai frozen kat sini jual.. Boleh cuba nie nanti..
ReplyDeletePernah beli dan makan...sedap...
ReplyDeleteoh ya, salah satu sebab saya tak suka dimsum dulu adalah sama macam apa yang akak alami tu..jadi trauma nak makan dimsum..baru2 ni je jumpa dimsum yang helok dan sebenar2 makanan dekat renaissance..haha
ReplyDeleteSampai sekarang tak panda makan dim sum sebab ada rasa2 hanyir sikit.
ReplyDeletenampak je tau sedap. campur cili, makan panas2 fuh nyaman!
ReplyDeletemurah juga beli sepeket besar macam ni. memang puas dapat makan :)
ReplyDeletePerasan juga ramai jual dimsum macam ni. Berbaloi beli kalau sedap dan kena dengan harganya tu.
ReplyDeleteaida ada beli few packs kat mydin, Dana.
ReplyDeletebaru rasa 1 pek, masin!!! :(
kebetulan kedai frozen kat rumah pun ada dah jual dimsum gini.
nanti nak cuba :)
jimat ekk kalau beli gini. makan kat rumah dgn selesa.
sedapnya kak dana..shida dh lama x pekena dimsum ni..
ReplyDeletedekat taiping ade kedai dimsum tp sos dia xsedap pulak huhuu