Monday, December 14, 2020

SELAMAT TINGGAL EN ZOHER 😭😭

 Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di pagi isnin yang dingin. Mentang-mentang pagi ini BDR malam tadi tidur lewat. Melayankan GV7, tapi aku nak Muss yang no 1 tapi juri kata lain yang penting puas hati Ayu dapat top 3. Apa pun semua buat persembahan yang terbaik.

Nak cerita pasal pengarah yang naik pangkat ke jusa C dan ber pindah ke JUPEM Pahang. Bulan 9/2021 dia dah nak pencen tapi dah dapat arahan kene lah ikut. Dia jadi pengarah aku tahun 2016 dan dia antara pengarah paling baik, paling mudah untuk aku jaga. Dia pengarah ke 4 yang aku pernah jaga sepanjang 13 tahun aku kerja di JUPEM. Khamis 10/12 pejabat ada buat majlis perpisahan tapi aku tak sempat beegambar, jadi ajak bergambar dengan beberapa kawan pejabat di hari terakhirnya 11/12.

Hadiah dari aku... 


Jumaat pagi tu dia minta tolong staf pejabat angkut barang dia untuk hantar ke rumah, dia suka on radio setiap kali masuk pejabat

Speaker tu kuat, kadang kami rasa macam duduk kat disko hahahah... 

Khamis pun sebahagian barangnya dah hantar ke rumah

Ini antara yang dapat panggil untuk bergambar petang tu  maklumla cuma 11je kerja hari itu

Kenangan kan

Setiausaha dan pengarahnya

Sebelah kiri dan kanan dia suruh aku bergambar

Ini kerani pejabat aku, antara staf yang rapat dan banyak buat kerja terus dengan pengarah aku
 
Dulu pertama kali dia datang pejabat kami nak tengok dia senyum pun susah tapi sekarang bukan senyum ajak berborak dan ajal bergurau pun boleh

Antara pegawai yang ada jumaat tu, mula-mula malu ajak bergambar tapi malu-malu kucing



Punch out terakhir di pejabat kami 

Bye bye boss... moga maju jaya di tempat baru


27 comments:

  1. Biasalah tu..bila naik pangkat kena pindah ke tempat lain. Mcm abe kie ni masih d sek yg sama dkt 18 thn. X nak pindah sbb dah selesa d sek ni. Lainlah kalau pindah sbb dinaikkan pangkat. Yg tu kena patuh arahan lah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu abam, boss tu pun ingat dia pencen kat bahagian kami tp dpt naik pangkat lak kene la tukar

      Delete
  2. Tepat 4:30 boss tu balik.. kemain tak sabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takla tu eksen je, sebab ramai kami nak balik masa tu..
      Dia selalu balik lewat

      Delete
  3. semoga penganti belaiu juga seorang yg memahami pekerjanya

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Bila boss yg baik kita sedih bila dia nk pindah kalau boss yg kita tak gemor... bahagia dia pindah

      Delete
  5. Replies
    1. Ye kak, begini lah adat kerja dana sering bertukar boss

      Delete
  6. Boleh tahan segak boss dana tu, masa muda mesti encem kan, hehe.
    Mudah2an boss yg baru pun baik dan memahami, dpt boss baik ni rezeki kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia keturunan india dari india sana kak sebab tu muka hensem... itulah moga lps ni dpt boss yang baik jugak

      Delete
  7. Terharu rasanya kalau bos yang baik tinggalkan kita. Mudah-mudahan dia gembira di tempat baru.

    ReplyDelete
  8. Pegawai yang baik pasti disayangi dan akan dirindui

    ReplyDelete
  9. Sayangnya bila terpaksa berpisah dengan boss yang baik. Moga boss baru lepas ni pun dapat yang baik juga dan sentiasa hargai staf-stafnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah nak jumpa boss yg baik kdg susah, debar jugak nk tunggu boss baru ni

      Delete
  10. Bos yang baik pasti sentiasa diingatan..

    ReplyDelete
  11. Kadang- kadang bila kita dah serasi masa tu la boss akan bertukar kan...akak setakat ni dah jaga 9 orang boss sepanjang 12 tahun kerja kat Malakoff ni

    ReplyDelete
  12. mesti encik Zoher seorang boss yang sangat baik..

    ReplyDelete
  13. rezeki dapat boss yang baik. Semoga boss baru juga baik dan senang bekerjasama.

    ReplyDelete
  14. bila dpt bos baik, sedih kan bila dia pindah.
    bos baru ntah kan camne :( hu hu hu

    ReplyDelete
  15. padan la baju besar2 kasut besar..tinggi En Zoher ni sebenarnya ^_^

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...