Thursday, December 3, 2020

PHOTO DIARY #38/2020

 Assalamualaikum semua,

Maaf semua, lambat sikit buat entry hari ini. Pagi tadi ada appoinment kat klinik pakar nefro tapi doktor suruh pospont tarikh ke bulan 4. Sebab katanya keputusan darah yang ambil 2 minggu lepas ok jadi tak perlu jumpa doktor. 

Balik awal, lepas sarapan terus berkebun kejap. Edy pun masuk kerja separuh hari, itu dapatla pindahkan pokok cili dan semai beberapa pokok lain. Sedar-sedar dekat pukul 12 baru masuk rumah. Jom kita layan cerita bergambar ya.

Selasa lepas, ada 8 orang je yang kerja sunyi pejabat

Kerja di pejabat 2 hari je seminggu, memang aku pilih pakai baju yang tak perlu gosok heheheh

Port tidur dan melepak, kadang tidur ganas sampai jatuh ke bawah nasibla jatuh tempat empuk

Pokok kemboja tinggal 1 je batangnya... ini pun tunggu masa nak tebang bagi togel

Pokok ros banyak yang gugur daun, terlebih air agaknya... dah trim jadi togel lah

Nampak la dah keluar pucuk baru lepas trim minggu lepas

Moga terus subur semula

Lapang sikit walaupun dah tak teduh depan ni, tapi pokok tanaman kene matahari banyak sikit

Masa aku dan Edy kat luar boleh pulak cik teh dan cik tam memboboskan diri... geram je

Banyak pulak anak aloe vera ni... dah alihkan ke pasu asing

Susun pokok cili kat tepi tu supaya kene matahari, pokokkemboja dah tak rimbun

Menanam keledek,tanam bawang dan semai tomato

Baru nak isi 1 bekas lagi pasu, tanah pulak dah habis... 

Cita-cita tinggi nak tanam macam-macam laki aku layankan je

Selasa petang malas masak, dinner kat luar terus walaupun baru pukul 5.30


24 comments:

  1. Cantik ros kuning tu dana. Moga teruslah hidup subur mengeluarkan kembang2 indah lagi kan. Akk kalo dgn ros kalah terus, manjang tak menjadi.
    Moga urusan dengan pakar nefro yang seterusnya berjalan lancar ye. Aamiinn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, tapi puas hati jugak lah dapat tanam dari bulan julai, harapnya bertahan lama lagi heheheh

      Delete
  2. Takpe niat hendak tanam macam-macam pokok. Seronok nanti keluar hasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tapi itulah kawasannya yang tak perapa ada nak menanam macam2

      Delete
  3. Seronok tengok kebun Dana. InsyaAllah lepas ni banyak hasil.

    ReplyDelete
  4. untung ada ruang utk berkebun kn..nanti bole kutip hasil

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ruang tapi sikit sangat kak, tapi berangan nya nak tanam macam2

      Delete
  5. Semoga terus sihat Dan darah bagus juga bila jumpa doktor.

    Rajin eddy Dan Dana berkebun.. elok manfaat Kan tanah yg ada tu Kan..

    Kucing pun nak ambil udara luar Tu Dana, boring PKPB dlm rumah tu 🙈😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, terima kasih kak... sesambil isi masa lapang kak...

      Delete
  6. Seronok tengok kebun Dana. InsyaAllah lepas ni banyak hasil.Semoga dana terus sihat

    ReplyDelete
  7. Best dapat bercucuk tanam kan dana... saya kalau bercucuk tanam, selalu tak menjadi.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe cuba lagi n lagi... dulu awal-awal pun mcmtu tapi bila dah dapat yg ok... memang ketagihan rasa

      Delete
  8. awal dinner..jgn kul 10 masuk dapur plak lagi

    ReplyDelete
  9. Bagus Dana, rajin bercucuk tanam. Pokok ros tu, ada baja khas untuk dia. Kalau pi nursery bunga, cer tanya, baja pokok ros. Nanti berimbun-rimbun daun dan bunga keluar. :)

    ReplyDelete
  10. pokok aloe vera tu senang sgt membiak. kat rumah saya pun sampai tak tahu nak tanam kat mana..haha.
    best bercucuk tanam ni :)

    ReplyDelete
  11. Wkmsalam
    Nampak dah meriah tanamannya.
    nasib baik ada gambar Aiyan satu.

    ReplyDelete
  12. Aiyan buat apa tu ? main game ke sambil tgu makanan sampai?

    ReplyDelete
  13. Banyak tanaman kak dana. sayangnya banyak daun bunga ros gugur. letak baja x kak?

    ReplyDelete
  14. bestnya macam2 boleh tanam bila duk bawah gitu...

    ReplyDelete
  15. seronok tgk mini kebun kak dana ^_^
    jaga diri ye kak :)

    ReplyDelete
  16. AJOQQ menyediakan 9 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  17. Bestnya tengok tanaman macam2. Meriah!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...