Friday, December 18, 2020

RESEPI VITS ITALIAN MI GORENG AGLIO OLIO

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku kerja dengan Aiyan, terpaksa sebab Edy kene masuk site juga hari ini. Dari rabu dia dah kata dia kene masuk site hari jumaat, aku pun bebel jugak sebab jumaat sepatutnya giliran dia jaga Aiyan di rumah. Aku dahla datang ke pejabat 2 hari je seminggu, nak ambil cuti tak boleh sebab semua cuti aku dah bawa ke tahun hadapan. Jadi nya disebabkan Edy dah buat muka seposen, muka kesian aku terpaksa bawak lah Aiyan ke pejabat, lagipun boss baru tak masuk lagi.

Beberapa minggu lepas aku cuba masak vits italian yang aglio olio ni. Edy beli lama jugak aku yang baru nak cuba masak, dan bagi aku sedap juga mi nya. Lain dari mi goreng atau maggi goreng yang kita buat. Puas hati betul dan boleh nak ulang lagi lain kali.

Bahan-bahannya:

4 paket mi goreng vits aglio olio ( celur dan toskan)

2 paket rempah sup ( ada dalam mi goreng)

2 paket rempah kering

2 ulas bawang putih, hiris halus

2 biji bawang merah kecil, hiris halus

1/2 pokok daun bawang (pilihan, tak de pun takpe)

6 ekor udang ( boleh tukar dengan lauk lain)

1/2 cawan air

Cara masak:

- Masukkan minyak dalam kuali, minyak dari dalam rempah mi goreng

- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan daun bawang sebentar hingga naik bau dan masukkan udang tumiskan hingga udang bertukar warna

- Bila udang dah nampak masak masukkan 1/2 cawan air dan rempah sup rempah kering gaulkan hingga rata 

- Masukkan mi yang dah di tos tadi gaulkan dengan rempah hingga sebati dan merata,gaulkan hingga serata dah matikan api

- Siap

Ini bahan utamanya ya

ini rupa mi goreng nya

rempah sup, minyak dan rempah kering (rempah kering tu agak pedas tau jadi jangan guna banyak kalau tak tahan pedas)

celur kejap jangan lama-lama tau

minyak dari rempah mi itu kita guna semua 4 paket

bagi bawang ini semua baru bau lagi sedap jadinya

Masukkan udang 

Udang dah tukar warna dan minyak tu pun bertukar jadi merah-merah jugak

Air tu jadi warna oren-merah dari udang tu, kita masukkan rempah sup dan rempah kering guna 2 paket je sebab agak pedas

Akhirnya masukkan mi tadi dan gaulkan hingga sebati dan serata semua

Dah rata semua kan, boleh la matikan api

Amacam menggoda tak? 

Bau dia masa ini memang mengancam... 



30 comments:

  1. nak try jugaklah..tapi yg pasti tanpa bawang...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaaha boleh je MY, boh ayam ke udang awal tu pastu masuk rempah musti sedap

      Delete
  2. Fuh nampak sedap banget! Husband klau dah buat muka seposen ni, memang cair la kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah teringat-ingat lagi hehehe
      muka seposen pastu buat-buat tak tau nak fikir camne, nak marah pun tak tau camne... takpelah nanti adalah nak kita denda

      Delete
  3. Wah nampak sedap!! Boleh try nanti ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain nampak sedap rasa pun sedap tau hehehe... selamat mencuba

      Delete
  4. Replies
    1. cuba buat kak, mesti anak-anak akak pun suka jugak nih

      Delete
  5. Oo tak perasan pulak ada mee vits ni ,nak juga beli kalau jumpa nanti.Anak akak Iman memang peminat tegar mee& spagetti,tak kisah pun kalau masak kosong je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru jugak ni kak keluar dalam tahun ni rasanya ... cuba nanti kaka kalau jumpa boleh beli

      Delete
  6. macam megi la eh. saya ingatkan mi nya macam spegeti

    ReplyDelete
  7. Tak peenah jumpa lagi yg ni, tapi jenama vits tu selalu juga nampak. Tekstur dia camane dana? Kenyal? Lembik cam maggi? Mcm spegeti ke? Hihi..bukan apa? Nnt jumpa senang nak decide beli byk ke sikit ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedikit kenyal, tak macam maggi biasa kak... memang lain lah, takpe kak cuba beli sepeket ni dulu pastu try mcmne hehehe

      Delete
  8. nasib baik boleh bawak aiyan ke office. kalau tak boleh bawak, teruk juga kan nak cuti lagi... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya cuti takde dah tahun ni dik oi heheehehhe...

      Delete
  9. Rajin betul Dana. Tengok gambar pun kakcik terliur... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh masak megi mana ada rajinnya kakcik oi heheheh

      Delete
  10. Menggoda, menggoda. Akak tak pernah nampak mee goreng aglio olio tu, Dana.

    ReplyDelete
  11. kecur air liur abe kie tgok mi goreng italian ni. aglio olio... nk sebut pun terbelit lidah. hehehe..

    ReplyDelete
  12. Tak pernah nampak pulak mi goreng aglio olio ni. dah masak nampak macam sedap lah pulak kak dana. nak carilah nanti.

    ReplyDelete
  13. sedap pula tengok akak masak ni, tiba2 terasa nak makan maggi..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-jepun-alice-in-borderland-2020.html

    ReplyDelete
  14. nampak menggoda pulak udang tu ek...macam nak kena cari udang pulak..hahahah

    ReplyDelete
  15. Wah disediakan perencah, ingatkan macam mi segera seorang makan. Bolehlah beli sebab suka pedas.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum , moga sentiasa dberikan kesihatan yang baik
    rajin sungguh memasak, ada je resepi baru...terbaiklah. nengok ke udang tu .hmm memang mengiurkan

    ReplyDelete
  17. sedapnya! menggoda tgk mi grg aglio olio kak dana ni..nk cuba juga nnt :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...