Thursday, December 10, 2020

PHOTO DIARY #39/2020

 Assalamualaikum semua,

Hari ini lambat pulak buat entri, maaf ye kawan-kawan. Gini lah bila BDR, tapi hari aku aku masuk pejabat tapi separuh hari je. Kebetulan ada majlis perpisahan boss, tengahari ini jadi aku masuk pejabatla petang nanti.

Oklah moh kita layan cerita bergambar ya.


Maggi celup, dinner jumaat lepas... balik kerja terus singgah untuk makan malam walau baru pukul 5.30petang

Ikut SOP kan 1 meja 2 orang je... dia mestila geng papa

Jiran sebelah bagi kuew tiaw goreng... sedap segala seafood ada

Ahad lepas buat bubur jagung dengan sagu,buat banyak dapatla bagi kat jiran-jiran

Dalam 3 ke 4 bulan sekali mesti beli benda alah ni, walaupun yang guna aku je tapi selalu hilang entah ke mana

Bekal dimsum selasa lepas, dah jumpa dimsum yang sedap dan harga berpatutan... 

Balik kerja ajak la budak putih ni bergambar.. muka memang tak pernah mesra

Aku jarang ajak dia bergambar... tapi tengokla muka tu hahahh... 

Malam semalam hidup tersumbat bawak sampai siang... nasibla malam td dah ok lena tidur

Jenguk pokok ros, gembira dah mula kelurkan pucuk baru

Gembira tengok ... moga terus subur hari tu dah bagi baja juga

Pokok kacang botor, Edy semai 4 biji tapi 1 je yang hidup

Semalam hidung tersumbat... layan la makan tengahari maggi kari terus ok hidung tu bila hirup kuah panas 


27 comments:

  1. Bila hidung tersumbat atau selsema macam lega sangat makan bersup2 especially maggi kari kan....maggi celup tu macam sedap nyerrrrr.....terus lapar tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, lepas makan megi kari tu memang segar rasa walaupun banyak hirup kuah dari makan mee sebab si aiyan yang bedal mee nya tu

      Delete
    2. tulah memang rasa lega hidung tu lps hirup kuah panas2 tu kak... mee nya si aiyan cukai

      Delete
  2. Tengok getah rambut tu.
    Teringat Mrs. A punya getah-getah rambut pun dah hazab nak beli jugak nih!
    Esoklah kot lunch hour panjang bolehlah ke Aeon gitteww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, beli kt eco je untung banyak dapat hehehhe

      Delete
  3. RAJINNYA BERTANAM ROS PENYERI RUMAH TERAPI MINDA

    ReplyDelete
  4. eh saya pun pakai tisu royal gold tu kak..haha..best kan, tebal tisunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya akak suka selain tisunya lembut, kadang colorful pink ngn biru lembut

      Delete
  5. Banyak cerita dalam 1 post... Saya suka! ahhaha.. budak putih tu.. eii geram tgk muka dia gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh setiap khamis memang segmen photo diary ada banyak cerita

      Delete
  6. Seronok tukar-tukar makanan dengan jiran.
    Beli mana dim sum? Selalu beli di pasaraya itu inti macam tidak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah seronok bila jiran2 pun pun suka tukar hidangan
      dimsum tu beli dengan kawan dekat sini, memang puas hati sebelum ini beli tak berapa sedap dengan yg kawan ni puas hati

      Delete
  7. geng papa , bertabah la kak dana.. heheheheh hmm cepat la kan covid ni .. nak pergi makan ramai2 pun dah tak best now sbb duduk jauh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasalnya, moga masalah ini cepatla selesainya

      Delete
  8. hahahha dana ni selalu letak merata, kalau dlm bilik air edy siap sangkut letak tinggi supaya tak basah, tp itulah tukang pakai yang letak merata... nsbla murah je

    ReplyDelete
  9. Sedapnya dapat kuey teow goreng jiran bagi. Sesekali merasa air tangan orang lain memang sedap kan Dana.

    ReplyDelete
  10. Sedap tengok maggi celup dan kuetiau. Comei anak-anak bulu Dana. :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    aduhh, rambang mata.. terutama mee celup memang feveret.. kalau hidung tersumbat/ selsema biasanya saya tampal potongan kecil plaster berubat (org kg panggil 'tampal koyot' heheh) .Alhamdulillah serasi

    ReplyDelete
  12. Ya rabbi gambar last tu lah makanan paling tempting dalam dunia! telur wajib ada! sekarang jugak nak buat hahaha

    ReplyDelete
  13. kalau time hujan makan maggie panas2 fuhh sedap jugakk

    ReplyDelete
  14. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  15. Bestnya bertukar2 juadah dengan jiran2...

    Haha selain getah rambut kan, pin tudung pun sama. Entah mana2 diorang menghilang. Hahaha

    Betul pasal megi sup panas2 ni. Selsema boleh hilang. Satu lagi, paling syok makan bila tengah hujan!

    ReplyDelete
  16. lama tak makan mee versi celup tu.
    hidung tersumbat memang tak syok. suka letak minyak angin bagi selesa bernafas.
    saya pun suka beli 1 bundle getah rambut.senang buat stok kalau hilang.
    kucing memang tak pernah nak mesra kamera tapi tetap comel muka tu.
    Banyak dah koleksi tanaman akak. alhamdulillah subur semuanya.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...