Friday, December 25, 2020

RESEPI KELADI GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi masakan yang sangat mudah. Rupanya lama aku tak masak dan rakam yang ada menu biasa je. Jadi kita kongsi la sarapan pagi ini. Sarapan orang kampung je wei, keladi goreng ranggup cicah sambal kicap. Ini cara mak aku bancuh tepung untuk goreng keladi ,keledek, tempe ( kami tambah lagi biji ketumabar dan jintan). Ini cara mak aku masukkan minyak panas dan air sejuk supaya ranggup.

Bahan-bahan:

1 biji keladi, buang kulit potong nipis cuci dan toskan

10 sudu besar tepung gandum

2 ulas bawang putih, tumbuk

Sedikit garam, tumbuk

Sedikit serbuk kunyit

2 sudu minyak panas

1 1/2 cawan air sejuk

Minyak untuk menggoreng

Cara Masak:

- masukkan tepung gandum dan bawang putih garam dalam 1 bekas besar

- masukkan air sejuk dan bancuh dengan whisk hingga dapat bancuhan yang elok, jangan pekat atau cair sangat. 

- masukkan sedikit serbuk kunyit dan minyak panas, gaulkan hingga sekata

- bolehla masukkan keladi dan goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.

Bawang putih dan garam yang kita dah tumbuk 

Nipis gini lah, ikut suka nak nipis atau tebal ya


Bancuh dengan whisk lebih mudah

Minyak panas dan serbuk kunyit(lupa nak ambil gambar dengan serbuk kunyit)

Gorengla hingga ranggup dan kekuningan


Dah siap... 

Cicah dengan sambal kicap baru terangkat

Keladi lak empuk je sedap... 

20 comments:

  1. Wak selalunya ngadap keladi goreng untuk minum petang.
    sarapan pagi2 cari nasik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana selalu suka mkn gini wak, sesekali je baru nasi.. yelah wak nak ke kebun kene sarapan berat

      Delete
  2. Bancuhan minyak panas dan air sejuk ini akak hendak cuba untuk goreng tempe nanti. Terima kasih kongsi resipi mak Dana.

    ReplyDelete
  3. kalau makan saja ni pun sedap kan ?

    ReplyDelete
  4. wak dah lama x mamam keledek goreng camni.. nmpk mmg sedapp tuul

    ReplyDelete
  5. Haha,pandai tak akk teka dana nak buat keladi goreng cicah sambal kicap. Oh..macam tu ek nak kasi rangup, bolehla akk cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keladi dana memang suka goreng dari di buat masakan lain kak

      Delete
  6. sedapnyaaa..kalau ada ubi kat rumah ni mak saya rajin juga buat :)

    ReplyDelete
  7. orang johor memang wajib ada sambal kicap tu kak dana. dah lama tak pekena keladi goreng. asyik pisang goreng je la.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itulah, sambal wajib ada kat rumah orang jwa

      Delete
  8. sedapnya. semua makanan yang Dana masak semuanya nampak sedap. nyum..nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, masakan yang mudah sambil kongsi ilmu untuk kawan-kawan lain cuba

      Delete
  9. Sedapnya keladi goreng.. Siap ada sambal kicap.. memang best..

    ReplyDelete
  10. Wah dengan sambal kicap! Pisang goreng dengan sambal kicap pun sedap!!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...