Thursday, December 31, 2020

PHOTO DIARY #42/2020 TERAKHIR DI TAHUN 2020



 Assalamualaikum semua,

Hari ini hari terakhir  di tahun 2020, tahun yang penuh onak duri. Terasa cepat betul tahun ini berlalu tanpa ada banyak yang dapat dilakukan. Moga tahun 2021 nanti akan lebih baik lagi buat kita semua. 

Jom la kita layan cerita bergambar ya. 

Beli dengan kawan di JUPEM ini, dia jual sekilo RM5 je... sebiji ini baru 3.7kg puas makan manis pulak tu

Kita goreng lah apa lagi, semerbak harum 1 rumah


bila papa yang jaga kat rumah, mesti hantar report kat mama nya apa Aiyan buat kat rumah... 


Percubaan tanam bawang putih dan bawang merah dalam botol, tapi itulah lubangnya saiz tak betul... 

menu makan malam hari selasa lepas, mee celup campur... kuah dia mantap pedas yang amat hahahah

Setelah seminggu di rumah, keluar dah pucuk asparagus cuma comel sangat 

Aku beli 2 pokok, nak kene beli lagi pokok nya ni... sikit sangat kalau nak masak ni hehehhe 


beli bunga baru, tak tau apa namanya nih... tapi aku suka bunga nya... biasa jumpa warna ungu tapi kali ini jumpa warna merah jambu pulak

12/12/2020 comot selamat beranakkan 4 ekor anak lagi... 2 ekor pagi 2 ekor petang

Selepas seminggu lebih, silap atok nya lah... haritu lepas anak-anak comot 2 bulan aku dah suruh Edy mandulkan comot dia kata nanti-nanti, sudahnya anak dia baru 3 bulan lebih dia dah bunting lagi... itu yang tak sampai setahun beranak 2 kali


gambar malam tadi, 2 ekor lagi tengah tidur yang 2 ekor ni dok berjaga itu yang culik kejap nak ambil gambar... ini setelah 2 minggu lebih, atoknya kata nak bagi orang yang kecik ini tapi bila tengok corak kucing ni dia macam suka lak

19 comments:

  1. Puas makan cempedek satu biji besar.
    Comel muka 2 ekor anak kucing.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki dapat cempedak elok cantik manis ya Dana.

    Comot ni mesti spesis subur. Macam kucing Mrs. A anak menyusu lagi pun boleh bunting. si Awanikenet tu tak sempat nak mandul dah bunting. Tapi sekarang Awanikenet dah hilang sobb..sobss.sobs... tinggal anak-anak dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak yg jual cempedak tu mmg akan tanya elok ke tak, kalau tak elok dia akan tukar...

      itulah kak terlebih subur kot... laju je pantang jumpa jantan hehehe

      Delete
  3. ya Allah , baru je lunch tapi lepas tengok cempedak tu lapar semula . hmmmm . . .

    ReplyDelete
  4. cempedakkkkk!!! lama dah tak makan cucur cempedak ni.. aduh kak dana.. please adopt me !

    ReplyDelete
  5. cempedak gorengg..fav tu. sedapnya!

    ReplyDelete
  6. Sedapnya cempedak goreng, akak suka! Mee celup pun suka. Selamat bercucuk tanam, Dana. Comei anak-anak bulu cinonet. :)

    ReplyDelete
  7. Murahnya cempedak, sekilo rm5.50 tu takkan dapatlah kat sini, dahla murah isinya cantik dan penuh plak tu. Untungnya.

    Adoiii, comeynya sekenit 2 ekor tu, geramnya tengok, ishhhh kalao suami akk suka kucing, mau akk minta nak bela tu..

    ReplyDelete
  8. Cantiknya budak2 tu
    Ada oyen, hitam dan putih

    ReplyDelete
  9. Wahhh terliur betul tengok cempedak goreng tu kak Dana! banyak betul. hehe

    ReplyDelete
  10. Puas hati kak beli cempedak isi elok dan banyak tu.
    Pucuk asparagus tu boleh makan ye kak.baru tahu!
    Bunga tu macam bunga keembong je.
    wahh anak bulus bertambah lagi. Makin meriah :)

    ReplyDelete
  11. Adoi.. puas hati tengok cempedak tu.. cantik isinya.. Puas makan..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya tengok cempedak tuuu!!!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...