Assalamualaikum semua,
Semalam petang masa dok belek kabinet barang kering terjumpa beras pulut ini tengok macam dah nak rosak. Beli mesti masa PKP aritu tapi tak terbuat lagila bila dah mula kerja. Fikir nak masak apa lah ek, mula-mula ingat nk buat pulut pagi atau pulut dengan kelapa tapi bila nampak ada daging. Cepat-cepat basuh beras dan rendam dengan serbuk kunyit. Boleh buat rendang daging dengan pulut kuning.
Rendang tu maghrib dah buat untuk buat lauk Edy makan malam. Pulut tu pulak dalam pukul 10 lebih baru mula kukus. Ikut resepi yang mak mertua ajar buat pulut kuning, senang je dan sedap kejadiannya. Kukus sekali untuk 15 minit lebih kurang, lepas tu keluarkan letak dalam bekas besar, tambahkan sedikit air, gula garam dan santan lepas tu gaulkan hingga sebati, tambah sedikit minyak masak. Lepas tu kukus lagi untuk 30 minit. Pagi tadi kukus lagi sekali sebab nak bawak bekal ke pejabat.
bekal aku hari ini, untuk sarapan dan makan tengahari sekali |
selalu aku kukus macam ini , lebih pilih kukus dari tanak sebab kukus pulut jadi cantik |
masa baru buka penutup harummm bau daun pandan |
lamanya tak makan pulut kuning, kak dana makes me tempting huhuhu
ReplyDeleteheheeh apa lagi lepasni cari atau msk sndiri dik
DeleteCantik kuning pulut Dana Tu..
ReplyDeleteKena dah regu Tu dgn rendang daging 😋
pulut tu dana boh pewarna kuning jugak kak... selain serbuk kunyit
DeleteSuka makan pulut kuning kalau pergi kenduri.
ReplyDeletekadang tak semua kenduri ada pulut kuning, jadi kita masak sendiri hehehe...
DeleteWOW! sedapnya
ReplyDeletesesekali bawak bekal berasaskan pulut... hehehe
Deletewak dh lama x mamam pulut kuning gituu., ;p
ReplyDeletepantang ye wak?
Deleterajin dan menarik..ini kukus cantik2 bolh buat pulu tsekaya ni kalau tak habis, semua sedap aih
ReplyDeleterasa lain lak sebab dah boh serbuk kunyit tuh hehhehehe...
Deletesedapnya pulut kuning..semerbak bau daun panda tu kn
ReplyDeletebetul tu kak, kalau ada daun pisang lagi best tu boh buat alas lepas angkat pulut kuning tu... hhehehe
DeleteAllah.. terus teringin nak makan pulut kuning dengan rendang.. hehehe.. Lamanya tak makan..
ReplyDeletenanti buat kak, dana ni pun kalau tak kerana sygkan pulut tu memang tk jadi... nsb sempat diselamatkan dari rosak
Deletewahhhh.. sedap :)
ReplyDeleteKeputusan GA dah keluar :)
https://ejulz.blogspot.com/2020/12/keputusan-giveaway-by-ejulz-faizzahamir.html
Sesekali heheheh
DeletePandai Dana masak pulut kuning. Cantik kejadiannya.
ReplyDeleteIkut resepi yang mil ajar kak, insyallah jadi
DeleteSedapnya nampak pulut kuning Dana.
ReplyDeleteBilalah Mrs. A nak cuba memasak pulut kuning nih!
Senang je kak buatnya... cuba nanti
Deleteakak tengok pun dah terasa sedapnya tu dana..hasil yg berjaya ni hehe
ReplyDeleteSebelum2 ni pernah cuba dah buat kak itu jd heheheh
Deletepagi tadi kak ana nampak ada cafe jual pulut kuning dengan rendang limpa, esok nak pii beli lah in shaa allah terliur tengok pulut dana ni huhu :)
ReplyDeleteRendang limpa... mantop ni payah nk jumpa
DeleteNampak cantik kejadiannya.
ReplyDeleteBuat penuh kasih sayang katanya heheheh
Deletekalau saya perhatikan hubungan di blog itu lebih mesra berbanding hububgan di Facebook.
ReplyDeletemumgkin kerana persamaan jadi blogger..
moga ukhkuwah begini berterusan hingga ke hujung nyawa
pulut kuning ni masaknya guna santan kah?
ReplyDeleteSaya pun masak rendang tapi makan dengan nasi putih je. Sedap tu dapat makan dengan pulut kuning. Saya pun suka kukus. Lagi sedap tak melekat pada periuk.
ReplyDeleteUii nampak sedap kak!!!
ReplyDelete